Selasa, 5 Julai 2011

PANDUAN JENIS-JENIS KESALAHAN PELAJAR.

Rujuk Buku Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia, Hal Ehwal Murid 1969-2007 ms.334

Kesalahan berat: Rotan di punggung (maksima 3 kali sebatan)

  1. Melakukan mana2 kesalahan sederhana kali ketiga.
  2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dl kegiatan dadah.
  3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
  4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yg memabukkan/mengkhayalkan.
  5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
  6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut, atau mencederakan guru/pengawas/murid.
  7. Biadap terhadap guru/pengawas/murid.
  8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.
  9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
  10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
  11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
  12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
  13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
  14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
  15. Mencabul kehormatan guru/murid.
  16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
  17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
  18. Bersedkudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
  19. Mengintai murid lelaki/perempuan.
  20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
  21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.
  22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
  23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
  24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
  25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
  26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
  27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
  28. Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  29. Melakukan ponteng sekolah secara berterusan (berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
  30. Mengganggu/menjejaskan kuasa guru besar atau guru yang menjalankan tugas.
  31. Membawa masuk tetamu dari luar kawasan sekolah tanpa kebenaran.
  32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
  33. Mengeluarkan kata-kata lucah yang kesat.
  34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
  35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Back to top Go down
Re: Panduan jenis2 kesalahan hukuman yg boleh dikenakan mengikut jenis kesalahan
Post by Admin on Thu Jul 08, 2010 6:03 pm
Kesalahan sederhana: Rotan di tapak tangan (maksima 2 kali sebatan)
  1. Melakukan mana2 kesalahan ringan melebihi 3 kali.
  2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
  3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
  4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
  5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
  6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
  7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
  8. Menconteng pada harta benda sekolah.
  9. Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.
  10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.


Admin
Admin
Posts: 1994 Join date: 2009-10-02
View user profile http://sktuaridtaud.forumotion.com
Back to top Go down
Re: Panduan jenis2 kesalahan hukuman yg boleh dikenakan mengikut jenis kesalaha
Post by Admin on Thu Jul 08, 2010 6:15 pm
Kesalahan ringan: Diberi amaran dan sesi kaunseling
  1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
  2. Berambut panjang atau meyerupai kumpulan tertentu.
  3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
  4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
  5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
  6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
  7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
  8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
  9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
  10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
  11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
  12. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
  13. Melakukan pembaziran elektrik.
  14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
  15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
  16. Datang lewat ke sekolah.
  17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
  18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
  19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
  20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
  21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
  22. Mengganggu kawasan.
  23. Mengganggu guru.
  24. Lewat masuk kelas.
  25. Mengotorkan kelas.
  26. Tidak duduk setempat.
  27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin