Khamis, 7 Julai 2011

PANDUAN MENTERI MERASMIKAN SIARAN TV PARABOLA ANTARABANGSA DI MALAYSIA.

Dalam masa tiga tahun dari sekarang, penyiaran TV percuma Malaysia melangkah ke era baru yang menjanjikan gambar yang lebih jelas dan serba canggih termasuklah siaran antarabangsa melalui satelite parabola. Dipimpin oleh RTM tetapi Media Prima pun turut serta, kerana peralihan ini adalah wajib untuk kesemua negara yang mempunyai rangkaian televisyen. Kita perlu membeli set-top box bernilai lebih kurang RM300 (moga-moga disubsidikan) tetapi kita bakal menerima habuan saluran2 baru, pasang tutup sarikata, tukar audio bahasa, teleteks yg lebih menarik dan interaktif, HDTV dsb. ala-ala ASTRO, tp khidmatnya tetap percuma.Orang ramai perlu memasang dekoder dengan anggaran harga RM300 apabila sistem penyiaran digital menggantikan analog diguna pakai sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan, Datuk Utama Rais Yatim, ia mungkin mahal pada peringkat permulaan kerana orang ramai perlu membeli dekoder bagi menonton televisyen tidak berbayar RTM dan tentunya membebankan golongan kurang berkemampuan.

揘amun peralihan kepada sistem digital adalah perlu, selaras dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi penyiaran dunia masa kini,� katanya.

Beliau berkata, proses pendigitalan penyiaran televisyen perlu dimulakan sekarang kerana jika tidak, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara lain, apatah lagi negara Asean akan menghentikan siaran analog pada 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin