Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.
Isi kandungan[sorokkan] |
Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.
Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159 (ini adalah " Mon Thong " pelbagai). Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakan mereka dari "piawaian" jenis liar.
Di Filipina, pusat pengeluaran durian adalah di daerah Davao di kepulauan Mindanao. Kadayawan merupakan perayaan tahunan menonjolkan durian di Davao City.
Di dunia Barat, durian terdapat di pasar raya bagi memenuhi kehendak masyarakat Asia Timur.
Pendebungaan durian bergantung kepada kelawar, Eonycleris spelaed yang menghisap madu bunga durian. Pada waktu lain, kelawar ini menghisap madu pokok bakau Sonneratia dan petai.
[sunting] Pemilihan
Bagi setiap mereka yang selalu memakan durian mempunyai cara tersendiri untuk memilih buah terbaik dari timbunan durian. Kebanyakan kaedah ini disampaikan secara berbisik dengan perlahan dan setiap pembeli mempercayai kaedah pemilihannya dapat memastikan pemilihan buah terbaik. Pada masa lalu, kepakaran ini adalah penting. Durian merupakan buah bermusim yang dahulunya dituai sekali setahun. Pada masa kini, durian dituai sekitar dua kali setahun,\ dengan itu bekalan durian meningkat. Disebabkan peningkatan bekalan, penjual retail menjadi lebih bersaing dalam pendekatan mereka.Memilih buah yang tepat amat penting apabila penjual menjual buah "seperti itu" tanpa dibuka. Masa kini adalah lumrah untuk penjual membuka buah dan menjual bahagian dalam boleh dimakan. Dengan sebegini, melihat bahagian boleh dimakan telah menjadikan teknik pemilihan kurang penting.
Pemilihan durian di ladang adalah mudah. Buah dari pohon yang sama secara umumnya mempunyai ciri-ciri yang serupa. Lazimnya buah di ladang masak dan jatuh dari pokok, jadi kemasakan buah bukanlah sesuatu pekara yang dibimbangkan.
Pemilihan buah dari luar satu ladang adalah lebih rumit. Berikut adalah sebahagian daripada kaedah pemilihan asas digunakan :
- Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.
- Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
- Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.
Buah durian boleh dibuka dengan belajar secara berhati-hati belajar dan dengan menggunakan peralatan yang biasa terdapat. Pemeriksaan kulit luar buah akan mendedahkan "garis" sepanjang permukaan di mana duri durian tersusun dalam baris lurus disebalik duri yang kelihatan bertaburan secara rawak pada permukaan lain. Umumnya terdapat sehingga 5 garis sepanjang permukaan buah durian.
Bahagian tangkai durian sepatutnya diterbalikkan dan garisan urat sepatutnya tertumpu satu titik sekitar di bawah buah. Dengan perlahan jolok satu objek tajam ke dalam titik ini. Lazimnya benda seperti penebuk, penjuru pemotong daging ataupun pemulas skru adalah berguna. Kemudian gelongsor objek tajam sepanjang "garia" yang telah dikenal pasti sebelum ini. Ia adalah satu idea yang baik untuk mempunyai satu sarung tangan atau satu kain buruk yang tebal untuk memegang buah durian dengan sebelah tangan, sementara sebelah yang lain melakukan tugasan ini. Satu buah durian yang berputar mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kelakar, tetapi tertusuk duri durian adalah risiko yang benar.
Apabila kulit buah durian telah pun terbuka kepada dua bahagian, isi di dalam boleh dimakan. Bahagian ruas selebihnya boleh ditolak dengan menggunakan tapak tangan untuk menolak pada bingkai kulit durian pada bahagian yang bertentangan. Ia boleh membantu untuk mengoyakkan hujung kulit durian sedikit pada sepanjang pusat titik tengah sebelum melakukan ini.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Sebahagian durian disebut-sebut sebagai tidak mempunyai duri, tetapi penelitian rapi menunjukkan bahawa duri durian ini telah dibuang ketika muda. Durian tanpa duri masih tiada dalam pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan