Ajaran Islam telah wujud semenjak kelahiran Nabi Adam lagi. Tetapi pada masa ini perkataan 'Islam' belum diperkenalkan. Nabi Ibrahim a.s adalah merupakan bapa agama Islam. Beliaulah yang telah membina 'Ka'abah' yang wujud hingga hari ini.
Zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad mempunyai ajaran yang mempunyai persamaan dengan Islam. Agama ini adalah berasaskan 3 kitab iaitu;
|
manakala kitab yang terakhir melengkapi kekurangan 3 kitab ini adalah;
- Nabi Muhammad s.a.w - |
Walaupun kitab-kitab ini diturunkan pada zaman yang berbeza, peranan utamanya adalah untuk menyampaikan bahawa wujudnya kuasa teragung agung yakni Allah. Tetapi 3 kitab sebelum yang terakhir (Al-Quran) telah di tujukan kepada bangsa yang tertentu, khususnya Bani Israel (bangsa Yahudi).
Tetapi kesinambungan kitab ini telah diwariskan kepada kitab Al-Quran dengan hukum-hukum yang baru. Al-Quran adalah kitab yang yang paling tinggi kerana ia disampaikan untuk seluruh manusia. Kitab suci ini mempunyai peraturan hidup, amaran dan cara mengerjakan ibadah yang betul.
Al-Quran telah di gunakan dan TIDAK BERUBAH isinya sejak ia diturunkan. Semua umat Islam pada hari ini hanya menggunakan Al-Quran setelah beberapa kitab yang terdahulu telah diubah tanpa kebenaran Nabi sendiri.
Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s telah diturunkan kepada Nabi Isa untuk Bani Israel. Tetapi kitab ini telah dipesongkan kandungannya. Bani Israel telah menggunakan kitab ini sebagai pedoman hidup. Tetapi mereka hanya mengikuti sebahagian kandungan kitab Taurat & Injil.
Sebahagian lagi telah ditinggalkan dan disembunyikan. Antaranya kedatangan Nabi baru dan terakhir selepas Nabi Isa. Untuk pengetahuan bersama, Bani Israel mempunyai Nabi yang paling ramai diturunkan termasuklah Nabi Isa sendiri.
Kedatangan Nabi baru ini adalah berbangsa Arab yang bukan keturunan Bani Israel. Sebab inilah Bani Israel enggan menerima Nabi yang terakhir. Alasan mereka ialah kerana bangsa Israel mesti memimpin bangsa selainnya. Bagi menguatkan lagi hujah, mereka mempunyai Nabi yang paling ramai diturunkan Allah.
Tetapi meskipun Bani Israel menerima Nabi yang ramai ia jelas menunjukkan betapa degilnya Bani Israel menerima dakwah para Nabi dan Rasul. Kedegilan mereka amat ketara apabila Bani Israel telahpun membunuh seramai 300 orang Nabi sebagi utusan Allah.
Kisah dan ayat kedatangan Nabi terakhir telah disampaikan menerusi kitab Taurat dan Injil sendiri. Tetapi Bani Israel telah menyembunyikan firman ini dengan menulis semula kandungan dari diketahui oleh mana-mana pihak. Hasil daripada tindakan ini maka wujudlah agama Kristian Yahudi.
Tindakan ini bukan sahaja telah menipu kesemua penganutnya sendiri bahkan mereka (Rabi/Paderi) telah mendustakan Islam sebagai agama kesinambungan Kristian.
Bani Israel telah mengkhianati Nabi Isa kerana menafikan kedatangan Nabi terakhir. Rancangan jahat mereka dengan terakhir ialah dengan membunuh terus Nabi Isa.
Walaubagaimanapun, Allah telah menyelamat Nabi Isa dengan mengangkatnya ke 'langit'. Langit ini bukan seperti yang manusia lihat kerana ia terletak pada alam yang lain. Nabi Isa akan turun semula untuk membunuh Dajjal dan memusnahkan semua Salib yang ada di muka bumi ini apabila Hari Kiamat hampir.
Pada 12 RabiulAwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M dunia arab telah telah dikurniakan kelahiran bayi lelaki yang di panggil Muhammad. Ayahnya bernama Abdullah meninggal sebelum kelahirannya. Ibunya Aminah telah menjaga bersama datuknya Abdul Muthalib.
Nabi Muhammad dilahirkan 'Maksum' . Apabila Nabi dilahirkan Maksum, beliau telah dilindungi dari sebarang maksiat dan kekufuran. Maksum ini hanya dikurnia pada golongan Nabi sahaja.
Apabila berumur 35 tahun beliau telah digelar al Amin dan sangat berpengaruh kepada bangsa Arab di Mekah. Ia bermula apabila kabilah (puak) arab yang berbeza menuntut untuk mengangkat batu hitam ke Ka'abah.
Sebagai penyelesaian, Nabi Muhammad telah meletakkan batu di atas kain serbannya dan dibawa bersama oleh ketua-ketua kabilah. Kepimpinan ini telah menyebabkan beliau mula dihormati.
Beliau gemar mengasingkan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada usia 40 tahun beliau telah didatangi Malaikat Jibril di Gua Hira dan Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril sebagai perantara.
Wahyu yang pertamanya adalah surah Al -Alaq (...Iqra')
Wahyu ini telah diturunkan sedikit demi sedikit sehinggalah ia banyak dan lengkap. Surah ini telah Nabi ajarkan pula kepada sahabat -sahabat Nabi dan pengikutnya. Ayat-ayat ini telahpun ditulis oleh nabi untuk disimpankan bagi pengikut dan umatnya.
Helaian ayat-ayat Al-Quran telah diusahakan oleh Zaib bin Tsabit yang juga seorang tahfiz yang mengingati kandungan Al Quran keseluruhannya. Usaha seterusnya dengan pembukuan di masa Khalifah Usthman bin Affan. Ini untuk menyeragamkan bacaan, susunan ayat dan muka surat bagi memudahkan pembacaan dan mengelakkan masalah umum.
Al -Quran ini adalah mempunyai kandungan yang sama seperti yang terdapat pada hari ini. Al-Quran tidak boleh diubah kandungannya kerana Allah telah menjaganya. Justeru itu tiada perubahan yang boleh dibuat oleh mana-mana ulama atau inidividu.
Al-Quran adalah kitab suci pegangan orang Islam. Setiap muslimin dan muslimat mestilah membaca dan memahami kandungannya. Kandungan AL-Quran sangat menyeluruh melibatkan peraturan, peringatan, tuntutan dan larangan.
Al-Quran adalah petunjuk untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Ia juga mengandungi persoalan alam ghaib, muamalah (ekonomi) yang betul, perundangan, politik, sains matematik dan perubatan.
Maka kitab Al-Quran adalah pelengkap kepada kitab yang sebelumnya.
Sesungguhnya agama yang Allah terima adalah Islam. Maksud Islam ini adalah seperti 'Aman', 'Damai' & 'Tenang'. Ajaran Islam bukannya disebarkan bersama 'pedang' keganasan seperti yang diburukkan oleh Barat. Islam adalah rahmat Allah yang manusia tidak sedar kerana Islam sahaja agama yang diterima Allah.
Agama Islam telah diwariskan kepada bangsa Arab. Sebab itulah bahasa utama ibadahnya dalam bahasa Arab. Walaubagaimanapun penggunaan satu bahasa didalam Ibadah solat atau berdoa melambangkan penyatuan umat melalui satu bahasa.
Tiada paksaaan untuk memeluk Islam
Ayat ini terdapat didalam Al -Quran. Setiap manusia di muka bumi perlu mengetahui kewujudan Islam dimukabumi ini. Walaupun Islam tidak memaksa mana -mana manusia memeluk agama ini, penyelarasan agama Islam mestilah dibuat secara Global.
Apabila Islam disebut di Malaysia, istilah ini lebih berkait rapat dengan orang Melayu. Maka majoriti orang bukan Islam adalah bukan Melayu. Akhirnya apabila orang bukan melayu ingin memeluk Islam telah dikaitkan masuk ke kelompok orang melayu.
Tanggapan ini adalah salah.
Apabila kita ingin menjadi penganut Islam yang setia kepada tuhan, perbezaan bangsa mestilah diketepikan.Agama Islam Islam adalah untuk semua bangsa tanpa mengira warna kulit serta mementingkan penyatuan semua bangsa yang menyembah tuhan yang sama (Allah).
Apabila kita menganuti Islam, kita mesti mengimbangi ibadah kepada Allah & ibadah untuk dunia. Ibadah kepada Allah ialah seperti mengerjakan prinsip -prinsip rukun Islam, rukun Iman & penghayatan Al -Quran.
Ibadah untuk dunia pula adalah seperti berkerja dan berkahwin dalam meneruskan hidup. Agama Islam telah mengingatkan supaya berusaha mengecap kesenangan dan kekayaan untuk hidup. Tetapi ajaran Allah tidak boleh kita ketepikan.
Berbanding dengan agama lain, mereka masih pergi rumah ibadat untuk mengadakan upacara keagamaan. Tetapi ibadat yang di lakukan amat jarang sekali masanya. Mungkin mereka hanya mengingati tuhan pada masa dan ditempat yang tertentu sahaja.
Tidak pula bagi agama Islam, penganutnya mestilah mengingati Allah sepanjang masa. Tidak boleh kita hanya mengingat Allah di rumah atau di masjid.
Sebab itu Islam telah mensyariatkan kepada penganutnya untuk mengerjakan solat 5 waktu (rukun Islam kedua). Solat bukan sahaja boleh dibuat dimasjid tetapi dimana-mana sahaja kawasan yang selamat dan bersih.
Bagi seseorang yang sengaja meninggalkan solat dalam keadaan sihat dan mampu, hukumnya adalah berdosa besar. Melainkan dengan sebab yang tertentu.
Puasa juga wajib ditunaikan kerana ia menahan diri seseorang dari melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Kedua jenis ibadah yang disebutkan adalah antara yang penting dilaksanakan.
Apabila kita mengkaji semula, perlunya ibadah yang kerap supaya kita mengingati Allah di sepanjang hari bermula Subuh (pagi) hinggalah ke Isyak (malam).
Tidak patut mengingati tuhan pada masa dan tempat yang tertentu sahaja seperti yang diamalkan oleh agama Kristian cuma mengingati tuhan dii Gereja dan pada hari Sabtu /hari tertentu.
Tuhan mestilah di ingati sepanjang masa dan bukan sementara!
Mengapa ? -sebab tuhan itu menghidupkan dan mematikan
Kehidupan yang perlu dititik beratkan melalui cara hidup mestilah berlandaskan Al -Quran sepenuhnya. Kesimpulannya, penerimaan Al -Quran mestilah diterima secara total, bukan sebahagian sahaja yang perlu diamalkan.
Mungkin sesetengah penganut Islam menerima ajaran Islam sebagai identiti, dalam masa yang sama ia tidak menerima hukum Islam sebagai tuntutan agama. Alasan mereka, -Tiada paksaan dalam memeluk Islam.
Alasan ini hanya munasabah jika seseorang bukan Islam bertanya tentang agama. Memang tiada paksaan untuk memeluk agama Islam, tetapi apabila kita telahpun Islam semua syariat mesti diikuti samada suka atau tidak.
Islam bukannya agama kuno yang primitif seperti dakwaan sesetengah orang. Setiap hukum yang Allah turunkan menerusi Al -Quran adalah untuk kebaikan manusia sendiri.
Malang sekali apabila Islam dipandang sebagai agama yang bercorak ganas dan kejam. Contohnya hukuman bagi penzina atau perogol menurut Al -Quran, hukuman yang dikenakan ialah direjam / di baling batu sampai mati. Memang manusia yang cetek akalnya akan berkata "kejam".
Jika ia dipandang dari kebaikannya, hukuman ini adalah amaran dari Allah. Apabila hukuman ini dilaksanakan, manusia pasti berfikir dua kali sebelum melakukan maksiat. Penegasan ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan masalah jenayah rogol dan zina.
Lihatlah apa yang berlaku hari ini, penzinaan bebas menyebabkan wujudnya pelbagai jenayah seks. Apabila tiadanya keutuhan syariah, semakin galaklah aktiviti perzinaan ini dan kadar ini semakin bertambah.
Begitu juga dengan hukuman bagi orang yang mencuri, mereka ini mesti di potong tangannya bersama saksi yang sah. Memang tidak dinafikan ramai yang bersimpati jika pesalahnya dijatuhi hukuman potong tangan ini.
Mungkin orang ramai berasa kasihan melihat akan nasib si pencuri yang akan atau telah dipotong tangannya. Apabila berasa simpati maka ramailah yang menolak hukuman ini. Apabila hukuman ini di tolak maka sipencuri tidak pula takut mengulanginya.
Tetapi bagaimana pula dengan mangsanya?
Majoritinya mangsa pencuri akan setuju jika penjenayah ini di hukum. Lebih jelas jika dikatakan bahawa mangsa mahu perbuatan dibalas semula dengan hukuman yang setimpal. Bagi mereka (mangsa) tiada lagi simpati untuk pencuri.
Golongan seperti pencuri menyusahkan sahaja kita. Fikirkan semula jika ramai yang bersimpati diatas hukuman mencuri, maka bertambah ramailah menjadi pencuri kerana tidak takut hukumannya.
Hukuman ini telah Allah turunkan untuk keselamatan manusia. Semua hukuman bukannya sengaja dibuat dan direka, hukuman ini adalah sebagai amaran Allah kepada manusia supaya menjauhi kemungkaran atau kejahatan. Allah bukannya kejam kepada hambanya. Setiap hukuman yang ditentukan adalah yang terbaik.
Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, mengetahui semua perkara yang telah, semasa dan akan berlaku.
Islam tidak terletak dalam soal hukuman syariah sahaja. Ia merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah serta manusia, ekonomi, politik dan pendidikan. Penghayatan Islam sangat luas serta membentuk ketamadunan yang seimbang lagi terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan