Rabu, 6 Julai 2011

MEMBERI PELUANG PILIHAN KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA UNTUK MENONTON SIARAN TV ANTARABANGSA. DARI PARABOLA.










Saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan thai memberi cadangan saya kepada pihak kementerian penerangan dan komunikasi supaya membenarkan rakyat satu malaysia menggunakan parabola antarabangsa di negara malaysia.Rakyat malaysia juga ada hak membeli parabola dan memasang parabola di kediaman masing-masing.Bagi padangan saya pihak komunikasi adalah cukup tak guna serta tidak memberi peluang kepada rakyat satu malaysia menggunakan parabola hanya semata-mata memaksa rakyat melihat astro sahaja,Jika menteri beri peluang khas untuk membenarkan memasang parabola jika rakyat tidak boleh sepatutnya kerajaan memberi peluang kepada rakyat satu malaysia untuk melihat siaran dari luar negara.Jika hendak di katakan gambar kurang elok internet serta Vcd pun boleh lihat,apatah lagi di dalam you tube pelbagai ranjang boleh di lihat.Sebenarnya pihak komunikasi adalah dengki dan khianat tidak memberi ruang kepada rakyat satu malaysia menggunakan parabola antarabangsa.
Saya sebagai rakyat malaysia ingin menyuarakan kepada kerajaan supaya dapat di beri kelonggaraan serta di beri lesen secara yang sah untuk menggunakan parabola di malaysia.Walaupun saya sebagai rakyat malaysia ingin membeli parabola dengan harga yang berpatutan.Saya takut kena di rampas serta di heret ke mahkamah tidak sepatutnya kerajaan membuat undang-undang seperti ini.Rakyat juga ada hak untuk membeli parabola 
Beri peluang kepada rakyat satu malaysia membuat pilihan tidak hanya kepada Astro sahaja. Kita sudah ada Measat3 tapi pengetahuan berkenaan langit terbuka masih lagi terhad. Kalau setakat pengaruh yang tidak baik berlambak maklumat yang boleh di cari di internet pada masa ini. Beri peluang kepada rakyat Malaysia berkembang dengan teknologi langit terbuka sepertimana rakyat di negara jiran. Tak semua rakyat di Malaysia tahu apa itu C band atau Ku band. jadi ini la masanya Kerajaan membenarkan penggunaan parabola. Pengaruh negative itu tetap ada di mana sahaja.Tapi kalau setakat Free Air Channel atau FTA saya rasa siaran TV mereka sama juga seperti siaran TV Malaysia.Saya berharap agar pihak komunikasi dapat memberi peluang kepada rakyat satu malaysia untuk memberi pilihan menggunakan parabola antarabangsa di negara malaysia.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin