Ketakutan ini bukan sahaja menimbulkan kegelisahan kepada penghidapnya, malah turut menggangu hidup mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah apabila mereka tidak dapat menaiki kapal terbang untuk urusan kerjaya mereka.
Diantara orang terkenal yang menghidap aviophobia adalah Dennis Bergkamp, bekas pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris dari kelab Arsenal. Beliau terpaksa menggunakan jalan darat dengan menaiki keretapi ataupun kereta untuk perlawanan di tempat lawan dek kerana terlalu takut untuk menaiki kapal terbang. Fobia yang dialaminya ini menyebabkan dia diejek sebagai “Non-Flying Dutchman”.
Ketakutan ini bukan asing, malah jika anda pertama kali menaiki kapal terbang mungkin juga anda mengalami perasaan yang sama. Namun begitu seseorang yang mengidap aviophobia selalunya mengalami takut yang lebih kronik dan melampau sehingga boleh mengganggu emosi mereka.
Di dalam artikel ini ZL akan kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah aviophobia, atau sekurang-kurangnya mengurangkan perasaan gugup tersebut. Dibawah merupakan 5 tips mengatasi rasa takut ketika menaiki kapal terbang yang boleh anda cuba.
1. Cuba sampai ke lapangan terbang lebih awal
Bayangkan… Apabila anda lewat ke lapangan terbang dada anda akan berdebar-debar kerana risau kapal terbang akan berlepas meninggalkan anda. Anda bergerak dengan lebih pantas sehingga jantung anda berdenyut dengan lebih kencang. Apakah perasaan anda ketika itu? Sememangnya ia tidak akan membantu anda yang mengalami masalah aviophobia, malah menjadikan anda lebih teruk! Cuba sampai sejam atau dua jam lebih awal agar anda boleh relaks dan memasuki pesawat dengan lebih tenang.2. Pilih kerusi yang sesuai untuk anda
Jika anda mengalami aviophobia kemungkinan besar anda juga akan mengalami claustrophobic iaitu perasaan takut terhadap ruang yang kecil. Oleh itu pastikan anda memilih kerusi yang benar-benar selesa buat anda. Pilih kerusi yang lebih luas jika ada dan kawasan sekeliling yang tidak terlalu sempit. Anda juga dinasihatkan untuk duduk di hadapan kerana gelora ketika penerbangan akan lebih terasa dibahagian tengah pesawat.3. Jangan minum kopi ataupun minuman berkafein
Walaupun anda merupakan penggemar kopi elakkan dari meminum air kegemaran anda tersebut. Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda kita lebih “hiper” dan menjadikan kita lebih gelisah ketika didalam ketakutan. Elakkan dari meminum minuman tersebut dan anda dinasihatkan untuk cuma meminum air masak sahaja sebelum menaiki pesawat.4. Dengar Al-Quran atau lagu yang menenangkan
Jika anda takut untuk menaiki kapal terbang ZL nasihatkan agar anda melabur sedikit dengan membeli alat MP3 untuk kegunaan ketika menaiki kapal terbang. Penuhkan alat MP3 itu dengan alunan ayat-ayat Al-Quran agar anda akan menjadi lebih tenang. Untuk yang tidak beragama Islam, anda boleh dengar lagu-lagu yang instrumental yang boleh menenangkan anda. Elakkan dari mendengar lagu-lagu yang bising yang mampu membuatkan anda lebih gelisah.5. “Sibukkan” diri anda
Lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengalih perhatian anda terhadap perasaan takut anda tersebut. Sebagai contoh jika anda menaiki kapal terbang yang menyediakan panel televisyen, tonton cerita yang anda gemari, walaupun anda telah menontonya beberapa kali. Anda juga boleh membaca buku ataupun novel yang anda bawa dari rumah. Penuhkan masa anda dengan aktiviti yang boleh membuatkan anda leka dan seterusnya terlupa tentang perasaan takut yang anda alami tersebut.6. Cuba latihan pernafasan (deep breathing)
Anda digalakkan untuk mencuba latihan diatas jika anda mengalami masalah aviophobia. Latihan ini mampu membuatkan anda berasa lebih tenang dan fokus seterusnya menghilangkan perasaan takut yang anda alami. Cara yang anda boleh lakukan adalah dengan menutup mata anda, tarik nafas dalam-dalam menggunakan perut, tahan, kemudian hembus perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sambil mengosongkan fikiran anda. InsyaAllah dengan cara ini anda akan berasa lebih tenang.7. Beritahu Pegawai Penerbangan
Anda tidak perlu malu untuk memberitahu orang bahawa anda mengalami aviophobia. Beritahu pramugara atau pramugari yang bertugas bahawa anda mempunyai masalah tersebut. Selalunya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan penumpang yang mengalami aviophobia, mengikut latihan yang mereka terima. Selalunya mereka akan memberikan bantal dan selimut, dan beberapa cara lain bagi memastikan penumpang lebih tenang ketika dalam penerbangan.Diharap artikel kali ini dapat memberi manfaat untuk anda yang teringin menaiki kapal terbang, tetapi mengalami aviophobia. Jangan lupa untuk share artikel ini menggunakan butang dibawah jika anda rasa ia bermanfaat untuk rakan-rakan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan