Rabu, 20 Julai 2011

RESIPI MASAKAN CARA BERLAUK.

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • * Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN UNTUK BATER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumis rempah hingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  4. Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
  5. Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
  6. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  7. Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
  8. Kalau guna blender pun, lagi senang.
  9. Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  10. Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  11. Masukkan satu sudu inti daging.
  12. Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  13. Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
  14. Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin