- Panduan ini ditujukan khas kepada bakal pengguna dan pengguna baru yang jumlahnya
- agak besar. Namun ruangan yang sedia ada dalam media ataupun internet, tidak mereka
- fahami kerana lebih sesuai kepada yang telah mahir. Terima kasih.
- Tajuk Perbincangan:
- 1. Kepentingan Komputer.
- 2. Bimbingan Membeli
- 3. Panduan Menggunakannya
- 4. Tip Tambahan
- 5. Istilah-Istilah
- Apa Pentingnya Komputer ?
- Mungkin anda telah mempunyai sebuah PC, tapi adakah penggunaannya mencapai tahap
- maksimun? Atau PC anda lebih banyak tidur ? Jika ingin menyenaraikan kegunaan komputer
- sepenuhnya, adalah terlalu banyak dan meliputi bidang-bidang tertentu pula. Namun antara
- faedah yang boleh diperolehi melalui "benda alah" ini ialah:
- 1. Anda boleh menulis sebarang kerja yang bersesuaian, biasanya dengan MS Word.
- 2. Membina jadual, himpunan markah, pengiraan, dan sebagainya, pelajarilah dengan
- mendalam MS Excel.
- 3. Permainan yang meliputi jenis pendidikan, sukan dan aksi.
- 4. Nonton filem dalam bentuk VCD
- 5. Belajar atau dengar lagu-lagu melalui CD
- 6. Membina sesuatu program untuk pembelajaran dengan menggunakan MS Power Point
- atau MS Acces
- 7. Menyimpan data peribadi, keluarga,ataupun kelab.
- 8. Membuat poster, sepanduk, blok perkataan, pelbagai jenis kad, kelendar dan sebagainya.
- 9. Sebenarnya penggunaan komputer secara lebih kompetitif dewasa ini tidak dapat lari daripada
- menyentuh dunia internet.Di bawah berupa beberapa senarai pendek kegunaan internet:
- a. berhubung melalui e-mail, 'chat', dan e-mail bersuara, ianya menjimatkan
- b. mendapatkan pelbagai jenis ilmu di pelbagai jenis laman web
- c. bina laman web sendiri
- d. beli barang, contohnya peralatan komputer
- e. iklankan barangan atau perkhidmatan sendiri (dah ada iklan nasi lemak di internet)
- f. sudah ada perkhidmatan pembayaran bil letrik, air dan telefon melalui internet di Malaysia
- g. terdapat kandungan berita yang pelbagai tanpa perlu membeli akhbar
- h. menambah kenalan dalam dunia siber
- i. hiburan, dalam bentuk muzik, maupun filem
- j. permainan dalam bentuk pendidikan, perlumbaan dan aksi yang pelbagai pula jenisnya
- dengan pelbagai jenama.
- Sebenarnya banyak lagi yang tidak dinyatakan. Bagi tujuan negatif memang diluar perbincangan kita.
- Orang yang gunakan PCnya untuk tujuan jahat, sebenarnya khianat kepada Allah yang anugerahkan
- otak untuk berfikir.
- Bimbingan Membeli
- 1. Kenal pasti terlebih dahulu apa kegunaan PC yang bakal dibeli. Ini kerana ianya mempengaruhi
- PC yang sesuai dengan tahap penggunaan. Bagi pengguna biasa, tidak perlulah membeli Windows
- 2000. Walau bagaimana pun PC yang dilengkapi Multimedia sekarang ini boleh meliputi sebarang
- tugas yang diperlukan oleh pengguna biasa.
- 2. PC yang biasa dan hangat di pasaran sekarang ini ialah berasaskan pemproses Intel(r) Pentium III.
- Kemudian pilihlah kelajuan yang diinginkan sama ada 450 MHz (Megahertz) atau lebih hingga
- mencapai sekurang-kurangnya 733 MHz. Walau bagaimanapun pemproses Celeron dengan MHz
- yang sesuai juga boleh dipercayai, malah mungkin lebih baik.
- 3. Pastikan juga RAM yang sesuai, dicadangkan sekurang-kurangnya 64MB.
- 4. Pastikan semua program utama dan penting dimasukkan, selain program tambahan seperti
- Adobe PageMail, Authowear dan sebagainya.
- 5. Tentukan sendiri jenis antivirus yang dikehendaki. Di sini disyorkan Norton.
- 6. Anda boleh juga memilih kedai yang menawarkan sedia pendaftaran internet. Asalkan kelebihan
- itu tidak menghapuskan kelebihan lain yang sepatutnya.
- 7. Sebaik-baiknya belilah perisian yang asli bagi semua perkara. Kalau ada satu dua yang 'celup',
- itu adatlah sebagai penambah.
- 8. Buat perbandingan tawaran-tawaran yang anda perolehi. Biar letih dahulu daripada 'letih' kemudian.
- 9. Sering berlaku setelah PC terjual, perkhidmatan selepas jualan begitu menghampakan. Jangan
- bosan hubungi pengurusan berkenaan. Kalau terpaksa sertakan sedikit ugutan 'sunat'.
- 10. Pastikan ada kad jaminan. Selain pastikan casing yang baru, isi perutnya juga mesti baru.
- Jangan tertipu dengan casing yang berkilat.
- 11. Akhir sekali, bawalah orang yang agak mahir dan boleh dipercayai bagi membantu sekurang-
- kurangnya agar tidak ditipu "bulat-bulat".
- Panduan Menggunakannya
- 1. Letak komputer anda dalam jarak yang agak jauh dari dinding. Ini bertujuan agar peredaran
- udara sentiasa berlaku.
- 2. Tempatkan PC anda seboleh-bolehnya di tampat yang agak dingin antara 10 hingga 35 darjah C.
- 3. Elakkan juga tempat(bilik) yang mempunyai kelembapan yang tinggi.
- 4. Elakkan juga hampir dengan alatan letrik yang lain. Ini untuk mengelakkan berlakunya elektro magnet.
- 5. Biasakan diri membuka dan menutup PC anda mengikut peraturan. Ini bermakna langkah pertama
- ialah buka suiz punca letrik, CPU, kemudian monitor. Bagi menutup, ikut langkah tadi secara
- mengundur di mana diakhiri dengan menutup punca letrik. Satu perkara lagi, proses Shut
- Down mesti juga betul. Tiada kompromi tentang itu. Kerana proses Shut Down yang sering salah
- memungkinkan hard disk rosak. Nanti anda juga yang "over budget".
- 6. Jangan minum atau makan semasa berhadapan dengan PC anda. Tabiat tersebut boleh menimbulkan
- pelbagai kesan kepada komponen PC anda.Tentu ada tempat makan yng lebih baik selain depan PC kan?
- 7. Jangan cuba membaiki sebarang komponen PC anda jika ilmu belum cukup. Takut nanti "Seperti tikus
- membaiki labu". Setakat yang rosak labu tak apa lagi, harga CPU anda?
- 8. Akhir sekali rajin-rajinlah membaca dan bertanya untuk memahirkan diri agar bukan saja penggunaan
- PC anda ke tahap maksima, tapi juga sentiasa selamat daripada sebarang kerosakan. Ingat, membazir itu
- pekerjaan syaitan....
- Tip Tambahan
- 1. Ramai yang tidak menggunakan kemudahan keybord shortcut semasa menggunakan komputer mereka.
- Contohnya untuk simpan(save), tekan serentak Ctrl + S. Contoh lain ialah untuk Bold - tekan serentak Ctrl + B.
- Sebenarnya ada lagi keybord shortcut yang lebih berfaedah, bolehlah lihat di Menu Bar. Jika anda klik sekali
- (contohnya File), di hujung perkatan Open atau Close tersebut terdapat panduan keybord sortcutnya.Untuk
- tambahan shortcut yang ada kat Menu Bar tu bolehlah tanya rakan yang tahu atau e-mail saya.
- 2. Buka folder baru (kepada yang tak tahu) - Klik kanan tetikus. Klik New, pada Folder, klik New Folder.
- Taipkan nama folder baru tersebut kat desktop dan ianya sudah boleh disikan dengan fail-fail yang diingini.
- 3. Ketika melayari internet anda mungkin ingin menyimpan gambar-gambar tertentu. Caranya buka folder baru.
- Klik kanan tetikus pada gambar yang ingin disimpan. Kemudian klik Save Picture As sebelah kiri tetikus.
- Lepas tu save aje ke dalam folder baru yang telah dinamakan tadi. Kemudian bolehlah cari gambar-gambar lain
- (yang halal) dan simpan dalam folder yang sama.
- 4. Anda mungkin teringin nak gunakan kemudahan chat dalam internet yang banyak disediakan. Tapi pendapat
- saya, lebih baik anda terus aje pindah turun (download) kemudahan messenger yang banyak terdapat di internet,
- contohnya Yahoo Messenger. Perkhidmatan jenis ini lebih meluas dan berguna dalam kehidupan sehari-hari dan
- bukan hanya untuk 'chating'.
- 5. Untuk tukar alamat pertama laman web dalam IE. Pergi kepada Internet Explorer (IE). Klik View, pilih Internet
- Options. Pada rungan address, taip lah laman web baru pilihan anda. Contohnya, tm.net.my atau yahoo.com
- Setelah itu klik Apply dan OK saja.
- Catatan: Ruangan ini akan sentiasa ditambah bahan yang baru, di masa
- akan datang, InsyaAllah.
- Istilah-Istilah
- 1. CPU - Central Processing Unit ( Unit Pemprosesan Pusat).
- 2. CD ROM - Compact Disk Read Only Memory - sejenis ingatan dalam cakera padat yang telah ada maklumat
- tertentu dalamnya. Maklumat itu tidak boleh dipadam, diubahsuai,atau dihapuskan. Ianya juga hanya
- untuk dibaca. Tidak boleh tulis perkara baru atau disimpan dalamnya.
- 3. RAM - Rendom Access Memory - sejenis alat ingatan yang digunakan menyimpan aturcara-aturcara dalam PC.
- 4. Modem - adalah akronim kepada Modulator dan Demodulator. Diguna untuk menghubungkan PC anda kepada
- ISP dan seterusnya ke dunia internet.
- 5. ISP - Internet Service Provider. Di Malaysia ada 3 ISP yang aktif iaitu TM NET, Jaring dan Maxis. ISP inilah yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan internet kepada kita - bagus atau sebaliknya,( selain faktor keupayaan
- komponen PC kita sendiri). Sebagai makluman, Singapura mempunyai hampir 10 ISP!
- 6. MS DOS - Microsoft - Disk Operating System. Perisian sistem yang mengendalikan fail dalam cakera.
- Komputer dan Internet dalam Dunia Kanak-kanak
- Komputer dan internet telah dengan cepatnya menguasai kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia.
- Sambil kita mengakui dan bersetuju dengan faedah yang boleh mereka perolehi, langkah-langkah ter-
- tentu perlu pula diambil. Ini kerana terdapat unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan tertutama
- apabila melayari internet.
- Rencana pendek ini cuba menerangkan secara ringkas faedah, bahaya, dan perisian pelindung kepada
- kepada kanak-kanak. Juga disenaraikan beberapa laman web khusus untuk kanak-kanak.
- Faedah Internet Kepada Kanak-kanak
- * Pendidikan - melalui laman web, berita, ensaiklopedia, kamus
- cerita dan lain-lain.
- * Komunikasi - e-mel, 'chat', dan e-kad
- * Perdagangan - jual beli buku, iklan dan sebagainya
- * Hiburan - permainan, muzik, cerita, video, dan lain-lain
- Kemungkinan Bahaya Yang Timbul
- * Melayari laman-laman berunsur sex, keganasan dan ajaran sesat.
- * Maklumat-maklumat palsu.
- * Laman-laman yang berbentuk memujuk melakukan jenayah seperti membuat bom.
- * Menggunakan nombor kad kredit ibu bapa.
- * Terdedah kepada penipuan melaui e-mel atau 'chat'.
- * Mengadakan pertemuan dengan orang yang dikenali melalui dunia siber yang mungkin mencari mangsa.
- * Memberikan data peribadi kepada orang tak dikenali.
- Langkah-langkah Mengatasi
- * Menyekat laman-laman yang tidak sesuai dengan menggunakan perisian khas.
- * Sentiasa memantau penggunaannya oleh anak-anak.
- * Menetapkan masa dan tempoh masa tertentu dengan tegas.
- * Syorkan laman-laman web yang sesuai untuk mereka layari.
- * Sentiasa tegaskan pada mereka mempelajari ilmu komputer yang begitu luas itu jauh lebih
- baik dibandingkan untuk hiburan. Ini mengelakkan pembaziran tanpa manfaat.
- * Sediakan peraturan-peraturan tertentu yang mesti dipatuhi apabila menggunakan komputer dan
- melayari internet
- Perisian-Perisian Yang Boleh Membantu Sebagai Penyekat
- ke Laman-laman Negatif
- CyberSitter
- NetNanny
- Safe Access
- The Cyber Angels Security Software
- Internet4Families
- Cyber Patrol
- The Internet Filter
- X-Stop
- Kemampuan Perisian-Perisian Ini Antaranya:
- * Menyekat maklumat yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
- * Menghadkan masa anak-anak menggunakan internet.
- * Menyekat maklumat yang berunsur lucah.
- * Menyekat maklumat yang bersifat perkauman.
- * Menyekat maklumat yang menyiarkan aktiviti-aktiviti tidak sihat.
- * Mengawasi anak-anak semasa melayari internet.
- * Menyekat memasuki laman-laman berunsur keganasan.
- * Mengawal penggunaan komputer dan internet.
- * Mengawal penggunaan e-mel.
- * Mengawal daripada memasuki 'chatroom'.
- * Hanya membenarkan hantar e-mel kepada alamat yang dibenar/senaraikan saja.
- * Boleh memeriksa e-mel anak-anak anda.
- * Boleh memantau laman web yang anak-anak anda lawati.
- * Perisian digunakan tanpa pengetahuan anak-anak anda.
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Selasa, 19 Julai 2011
PANDUAN KOMPUTER.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan