Rabu, 20 Julai 2011

SOAL JAWAB DI ALAM KUBUR.

Sewaktu seseorang itu sudah berada didalam kubur, akan datanglah dua Malaikat kepada tiap tiap seorang yang baru saja di kebumikan iaitu Malaikat Munkar & Nakir.Kedua dua Malaikat ini ditugaskan oleh Allah swt untuk menanyakan setiap jasad yang baru dikuburkan itu.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Malaikat Munkar dan Nakir itu sangat hitam dan biru kedua matanya serta mempunyai suara yang kuat lagi menakutkan. Pandangan matanya tajam seperti kilat yang menyambar.

Pertama sekali, kedua dua Malaikat ini akan mendatangi si mati dari sebelah kepalanya. Bagi orang mukmin, kedatangan kedua Malaikat itu tidak akan menakutkannya kerana amal solatnya akan muncul sambil berkata '' Jangan kamu datang dari pihakku kerana kepala ini sentiasa bersujud menyembah Allah. Kepala ini sentiasa menjunjung perintah Allah dengan taat dan selalu mengingati Allah disetiap waktu''. Oleh kerana tentangan dari amal solat, kedua Malaikat mundur dari kepala simati.

Kedua Malaiat itu kemudiannya mendatangi simati dari bahagian kakinya pula. Diwaktu itu amal kebajikan yang lainnya akan muncul dan berkata ''Jangan datang dari pihakku kerana kaki ini sentiasa berjalan ketempat ibadat, samada diwaktu gelap malam dan adakalanya terpijak lumpur diwaktu hujan. Dan adakalanya memijak pasir panas diwaktu panas terik matahari dan sentiasa datang kemasjid atau majlis ilmu serta berusaha mencari rezeki yang halal yang diredhai oleh Allah''. Lalu kedua Malaikat berundur dari bahagian kaki.

Malaikat Munkar dan Nakir mendatangi lagi simati dari sebelah kanan. Pada saat itu amal sedekahnya berkata ''Jangan datang dari pihakku kerana tangan ini sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan menyayangi anak yatim. Tangan ini sentiasa berusaha mencari rezeki dan mengambil yang halal''. sekali lagi kedua Malaikat itu berundur.

Begitulah keadaannya terus menerus. Kedua Malaikat cuba mendekati simati dari bahagian yang mana saja dan pada waktu itu muncullah segala amal soleh yang pernah dibuat oleh simati semasa dia hidup didunia. Amal puasa juga akan ikut membela simati dengan berkata ''Jangan kau datang dari pihakku kerana kami telah berlapar lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan untuk mendapatkan kasih sayang Allah dan keredhaanNya. Kami mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya''.

Semua amal soleh simati akan ikut menjelma datang membela simati dari segala apa saja yang menakutkan dan yang mengerikan didalam kubur. Seluruh amal soleh yang dilakukan akan menjadi sahabat yang setia didalam kubur.

Sesudah itu barulah simati akan terbangun seolah olah baru terjaga dari tidur sambil bertanya kepada kedua Malaikat ''Apakah maksud kamu datang menemui saya?''. Malaikat menjawab ''Kami datang atas perintah Allah untuk menanyakan sesuatu mengenai agama engkau". Segala pertanyaan dari kedua Malaikat akan dijawab oleh simati dengan gagah dan lancar. Sedikitpun dia tidak berasa takut dan gentar kerana disampingnya ramai teman teman yang mendampinginya yang terdiri dari seluruh amal solehnya sebagai bukti dan saksi dari kebenarannya dalam bentuk yang nyata.

Inilah pertolongan pertama yang akan diperolehi oleh setiap orang Mukmin didalam kubur. Demikian seterusnya sampai ke alam Mahsyar dan hari kiamat. Seluruh amal soleh akan terus menyertai simati hingga simati akan dimasukkan ke dalam Syurga seperti yang telah dijanjikan oleh Allah bagi hambaNya yang beriman.

Renungilah, dengan pengetahuan dan ilmu yang kita ada sekarang ini, apakah kita mampu untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Malaikat Munkar dan Nakir?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin