Pembuangan Bayi
31 Julai 2005 KUALA KEDAH: Misteri penemuan sebuah beg merah dalam tandas lelaki di Masjid Danil Ehsan, Kubang Rotan di sini terjawab apabila seorang bayi perempuan, dipercayai baru lahir, ditemui di dalamnya semalam. Bayi seberat 2.3 kilogram itu ditemui seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan ki¬ra-kira jam 11.30 pagi ketika memasuki tandas untuk membuang air. Idris Shaari, 55, berkata pada mulanya dia menyangka beg yang tersandar di bahagian tepi pintu tandas itu milik pengunjung berikutan ramai datang ke masjid untuk mendengar ceramah agama. Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu membuka beg itu dan mendapati seorang bayi yang masih hidup ada di dalamnya. Bayi itu dibungkus dengan kain batik dan badannya masih basah dengan kesan darah. Katanya, sebelum itu seorang jemaah masjid memaklumkannya mengenai beg berkenaan tetapi lelaki itu tidak berani menyentuhnya kerana menyangka ia milik seseorang. "Saya buka zip beg itu seluas-luasnya bagi membolehkan udara masuk ke dalam beg selepas mendapati keadaan bayi yang masih bertali pusat itu lemah tetapi tidak menangis. "Saya hembus ke muka bayi itu beberapa kali dan mendapati dia bergerak lalu menangis, mungkin kerana lapar" katanya. Idris berkata, dia tidak berani mengangkat bayi itu kerana bimbang sesuatu akan berlaku lalu menghubungi Balai Polis Kuala Kedah untuk memaklumkan penemuan itu. Bayi itu kemudian dibawa anggota polis ke Klinik Perbidanan Kampung Masjid, kira-kira 80 meter dari masjid itu untuk dipotong tali pusatnya dan pemeriksaan lanjut. Jururawat Masyarakat kampung itu, Rosmawati Md Rejab, 29, berkata ketika diserahkan, bayi itu menghisap ibu jari dan mungkin lapar. Katanya bayi berkenaan kemudian diberi minuman sebelum dipotong tali pusatnya serta ditimbang berat sebelum diserah kepada Hospital Alor Star untuk pemeriksaan lanjut. Katanya, berdasarkan keadaan semasa, dia yakin bayi itu dipercayai dilahirkan kira-kira lima jam sebelum ditemui di tandas masjid. Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasim, ketika dihubungi Metro Ahad mengesahkan penemuan bayi itu. Katanya, penduduk kampung, termasuk bidan kampung, jururawat serta sesiapa mengesyaki ada wanita baru melahirkan anak diminta menghuhungi Ibu PejabatPolis Daerah Kota Star di talian ()A -7321222 atau datang ke balai polis berhampiran. |
Beginilah nasih satu nyawa yang tidak berdosa. Dia tidak diminta dilahirkan begini. Dibuang bagaikan sampah atau najis. Dia adalah mangsa nafsu serakah daripada perbuatan durjana manusia. |
Bayi dibuang di Tapak Pesta MUAR: Seorang pemandu lori dan pembantunya terkejut apabila menemui bayi lelaki dalam sebuah beg di tapak pesta ria di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, dekat sini, pagi semalam. Norazli Mokhtar, 26, berkata dia dalam perjalanan menghantar barang di sebuah kilang berhampiran tapak pesta ria itu apabila melihat sebuah beg pakaian diletakkan di tepi longgokan batu dan serpihan simen, kira-kira jam 10 pagi. Dia kemudian memberhentikan lori untuk melihat dengan lebih dekat kerana menyangka kemungkinan beg itu mengandungi wang tunai yang tercicir. "Beg itu berat dan apabila saya mengangkatnya, ia bergoyang dan saya terasa sesuatu bergerak-gerak di dalamnya. "Sebaik membuka zip beg itu, saya terkejut kerana di dalamnya ada bayi yang masih hidup;' katanya. Norazli dan pembantunya, Reny Abdul Samad 26, kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan bayi itu sebelum anggota peronda polis tiba dan membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Sementara itu, jurucakap HPSF berkata, bayi lelaki seberat 3.28 kilogram itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusatnya belum dipotong. Katanya, bayi itu dalam keadaan sihat dan diletakkan di wad kanak-kanak untuk pemerhatian lanjut |
Sudah pastilah kelahiran bayi sebegini adalah kelahiran yang tidak ingini dari kehamilan yang tidak dirancang. Terlepaskah ibu dan ayah yang tidak bertanggungjawab????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan