Ada pula, hubungan sahaja yang bernama suami isteri. Tetapi, tempat tidur berasingan, si isteri masak untuk dirinya dan anak-anak sahaja manakala si suami makan di luar dan sebagainya.
Jika anda pernah melihat siri drama Jepun terkenal, Great Teacher Onizuka, ada satu episod di mana sepasang suami isteri tidur di bilik berasingan. Onizuka, cikgu kontroversi di dalam rancangan itu melakukan perkara mengejutkan yang akhirnya membuat pasangan tersebut sedar dan mendapat cahaya cinta mereka kembali. Nak tau apa yang dilakukan oleh cikgu tersebut? Baca sampai habis dulu.
Sambungan dari atas…
Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua ini berlaku kerana mereka berdua sudah tidak sefahaman lagi. Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya.
Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan