Selasa, 5 Julai 2011

PASTIKAN TAYAR MOTORSIKAL ADALAH BARU.

Tire Tips
'Hati-Hati Membeli Tayar Motosikal Baru'

   Adakah anda pasti tayar motosikal baru anda selamat digunakan di atas jalan raya? Mengikut piawaian tayar antarabangsa, jangka hayat tayar motosikal mahupun kereta hanya bertahan selama lima tahun selepas ia dikilangkan. Ini bermakna, selepas tamat tempoh, getah tayar itu akan menjadi keras atau  dalam bahasa mudahnya ia akan 'mati cengkaman'.
Tire Tips
   Asasnya, rangkaian nombor di bahagian tepi tayar yang selalunya dicetak tenggelam ke permukaan tayar, akan memberi kita maklumat mengenai tarikh ia dikilangkan. Misalnya, jika rangkaian nombor pada tayar tersebut adalah 3001, ini bermaksud tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke-30 pada tahun 2001.
   Oleh itu, jangan tertipu! Sekiranya ada kedai menawarkan tayar dengan harga yang murah, periksalah terlebih dahulu rangkaian nombornya bagi mengelakkan anda menjadi mangsa. Besar kemungkinan, tayar motosikal tersebut telah tamat tempoh penggunaannya. Ingat! Tayar yang telah tamat tempoh berisiko tinggi dan mudah meletup pada kelajuan tertentu.
Tire Tips
   Ia juga sudah tidak sesuai digunakan di jalan raya kerana akan membuatkan motosikal anda terasa bergegar atau kurang cengkaman. Perkara tersebut boleh menyebabkan sesebuah motosikal itu mudah terbabas terutama di selekoh yang licin. Seperkara lagi yang Riders di Malaysia perlu tahu, jika anda melihat usia tayar dikilangkan berusia kurang tiga tahun, jika dipasang pada motosikal, ia diklasifikasikan barbahaya.
   Sebagai panduan, jika anda lihat tertera nombor 1508, tayar itu dikilangkan pada minggu ke-15 atau dari 6 hingga 12 April 2009. Maksudnya, jika anda membeli tayar tersebut pada Rabu, 6 April ini, tayar tersebut sudah berusia tiga tahun. Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras disebabkan sudah terlalu lama tidak digunakan atau disimpan di kedai berkenaan.
   Mengenai jenis tayar pula, Riders di Malaysia kini gemar memakai tayar import yang diketegorikan mahal. Walaupun tayar itu dikatakan lebih lembut, ia sebenarnya direka bersesuaian dengan iklim negara pengeksport tersebut. Ia lebih sesuai digunakan di negara mereka berbanding Malaysia yang beriklim panas.
Tire Tips
   Penggunaannya akan menyebabkan tayar motosikal anda mempunyai jangka hayat pendek serta kehabisan bunga atau permukaan menipis. Begitu juga penggunaan tayar 'Racing'. Antara jenama yang menjadi kegilaan Riders di Malaysia adalah seperti Battlax, Pirelli,Corsa, Dunlop Racing dan Comet. Senarai jeama tersebut mempunyai harga pasaran bermula RM100 sehinggalah RM600 untuk sebiji tayar. Bagi yang mampu memang tiada masalah. Bagi yang pendapatan sederhana, sanggupkah anda melihat tayar tersebut 'botak' di permukaan tengah? Sama-sama renungkan...
   Kesimpulanya, kita sebagai pengguna mestilah tahu memilih tayar motosikal untuk kesejahteraan dan keselamatan kita semasa menunggang motosikal. Kita tidak mahu keseronokan menunggang motosikal bertukar menjadi tragedi yang memilukan diri kita,keluarga dan sahabat kita. Pilihlah tayar yang tepat dan bersesuaian mengikut keperluan tersendiri. Di harap 'Tips Motosikal' untuk kali ini dapat menjadi panduan berguna kepada Riders di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin