Cerita ini bermula dengan mendakwa bahawa Nibiru, yang seharusnya planet ditemui oleh kaum Sumeria, akan menuju ke Bumi. Zecharia Sitchin, menulis fiksyen tentang peradaban Mesopotamia purba Sumeria, mendakwa dalam beberapa buku (misalnya,The twelfth Planet, diterbitkan tahun 1976) bahawa dia telah menemui dan menterjemahkan Sumeria dokumen yang mengenalpasti planet Nibiru ini, ia mengelilingi Matahari setiap 3.600 tahun. Dongeng Sumeria ini merangkumi cerita tentang "astronaut kuno" melawat Bumi daripada sebuah tamadun orang asing yang dikenali sebagai Anunnaki. Lalu Nancy Lieder, menyatakan dirinya seorang psikis mendakwa dia adalah perantara makhluk asing, telah menulis dalam laman webnya Zetatalk, bahawa penghuni planet di sekitar bintang Zeta Reticuli memberi amaran kepada beliau bahawa Bumi dalam bahaya kerana ancaman daripada Planet X atau Nibiru. Bencana ini pada awalnya diramalkan pada Mei 2003, tetapi ketika itu tidak ada apa yang terjadi, dan tarikh kiamat itu bergerak maju hingga Disember 2012. Hanya baru-baru ini dua fabel ini dikaitkan dengan akhir kalendar Maya menghitung musim sejuk yang panjang di Solstice pada tahun 2012 - maka dianggarkan hari kiamat tarikh 21 Disember 2012. (Untuk maklumat lanjut sila lihat:- http://en.wikipedia.org/wiki/2012_doomsday_prediction.
2. The Sumeria adalah tamadun pertama yang terbesar, dan mereka banyak membuat jangkaan tepat tentang astronomi, termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi mengapa seharusnya kita tidak percaya akan ramalan mereka tentang Nibiru?
Nibiru adalah salah satu nama dalam astrologi Babel(Babylonian) kadang-kadang dikaitkan dengan dewa Marduk. Nibiru muncul sebagai watak kecil dalam puisi ciptaan Babel Enuma Elish seperti yang tercatat di perpustakaan Assurbanipal, Raja Assyria (668-627 SM). Sumeria berkembang jauh lebih awal, dari sekitar abad ke-23 abad ke-17 SM. Mereka yakin bahawa Nibiru adalah sebuah planet dimana ia bertentangan dengan para sarjana yang (tidak seperti Zecharia Sitchin) mengkaji dan menterjemah nota bertulis daripada Mesopotamia purba. Sumeria memang tamadun yang besar, penting bagi pembangunan pertanian, pengurusan air, bandar kehidupan, dan terutamanya menulis. Namun, mereka meninggalkan sangat sedikit nota tentang astronomi. Tentu mereka tidak tahu tentang kewujudan Uranus, Neptun atau Pluto. Mereka juga tidak mempunyai pemahaman bahawa planet-planet mengelilingi Matahari, adalah idea dari Greece purba dua ribu tahun selepas akhir Sumeria. Tuntutan bahawa Sumeria mempunyai astronomi canggih, bahkan mempunyai tuhan yang bernama Nibiru, adalah produk daripada imaginasi Sitchin sahaja.
3. Bagaimana boleh anda menyangkal kewujudan Nibiru ketika IRA menjumpainya pada tahun 1983 dan cerita mengenainya muncul di akhbar terkemuka? Pada saat itu anda menyebutnya Planet X, dan kemudian Xena atau Eris.
IRA (Astronomi Inframerah NASA satelit, yang melakukan kajian di langit selama 10 bulan pada tahun 1983 dan menjumpai banyak sumber inframerah, namun tidak satu pun dari sumber itu adalah Nibiru atau Planet X atau benda lain di luar sistem tata surya.Secara ringkas, IRA mengkatalog 350.000 sumber inframerah, dan pada awalnya banyak daripada sumber-sumber ini yang tidak dikenalpasti. Semua pemerhatian ini telah diikuti mengikut kajian selanjutnya dengan instrumen yang lebih canggih baik di darat dan di ruang angkasa. Khabar angin mengenai sebuah "planet kesepuluh" meletus pada tahun 1984 selepas akhbar saintifik Astrophysical Journal Letters ini diterbitkan yang berjudul " sumber titik yang tidak dikenalpasti dalam kajian mini IRA", yang membahas beberapa sumber Inframerah.Tapi "objek misteri" ini ditemui di galaksi yang jauh (kecuali satu, dimana ia adalah seunting daripada "Inframerah cirrus"), yang diterbitkan pada tahun 1987.Tidak ada satu pun sumber IRA berubah menjadi sebuah planet.Ini bermakna bahawa Nibiru adalah sebuah mitos, tanpa asas fakta. Bagi pengamal astronomi, mendakwa tentang sebuah planet yang "menghampiri" tetapi "tak kelihatan" adalah sekadar bohongan.
4. Mungkin kita sepatutnya bertanyakan tentang Planet X atau Eris? Mengapa NASA merahsiakan orbit Eris?
"Planet X" merupakan oxymoron bila diterapkan pada objek sebenar. Istilah ini telah digunakan oleh para astronomi berabad lalu tentang objek yang berkemungkinan. Sekiranya sesuatu objek yang ditemui, maka ia akan diberi nama, seperti planet Pluto dan Eris, yang keduanya pada suatu masa disebut sebagai Planet X. Jika objek baru ternyata tidak nyata, atau bukan sebuah planet, maka anda tidak akan mendengar tentang hal itu lagi. Jika itu nyata, ia tidak akan disebut Planet X. Eris adalah salah satu daripada beberapa planet kerdil yang baru-baru ini ditemui oleh para astronomi di luar tata surya, kesemua daripada planet tersebut bergerak di atas orbit normal yang tidak akan mendekati Bumi. Seperti Pluto, Eris adalah lebih kecil dari bulan kita. Jaraknya sangat jauh, dan orbitnya tidak pernah mendekati dalam sekitar 4 bilion batu. Tiada rahsia tentang Eris dan orbitnya, kerana anda dengan mudah boleh mengesahkan dengan Googling di google search atau mencarinya di Wikipedia.
*Terjemahan tidak dapat dilanjutkan. Saya akan cuba terjemahkannya sehingga habis sekiranya berkesempatan. Terima kasih.
Artikel dalam bahasa inggeris boleh dimuat turun di bawah kategori konspirasi di sini ** Ulasan Dari Penulis(Azhar)
Perbahasan mengenai Hari Malang / Doomdays tahun 2012 banyak dilaporkan di internet dan akhbar-akhbar tempatan mahupun luar negara. Malah filem mengenainya sudah ditayangkan. Persoalannya sekarang apakah impaknya kepada umat islam tika ini? Makin hampirkah kita dengan Hari Kiamat? Sebahagian ada yang mengatakan "Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA".
Pernyataan seperti ini mungkin mengelirukan kita semua. Kenapa? Kalau kita lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Morrison seperti di atas, banyak bercanggah dengan apa yang diperkatakan dan difahami oleh orang ramai. Apakah agenda NASA ini? Seperti yang kita sedia maklum, USA aka Amerika ini mesti mempunyai agenda yang tersembunyi yang tidak kita ketahui. Mereka juga adalah agen yahudi. Pembohongan boleh dilakukan oleh mereka pada bila-bila masa. Kita mesti ingat tujuan mereka adalah untuk menghancurkan Islam. Mereka akan sedaya upaya cuba menyembunyikan fakta yang sebenar supaya umat Islam tidak bangkit dan masih tidur seperti yang berlaku di Malaysia ini.
Sama ada info-info yang didapati benar ataupun salah, apa yang wajib kita ketahui ialah mengenai hari Kiamat. Hari yang pasti dan tetap akan berlaku. Berdoalah kita supaya kita tergolong dikalangan orang yang dilindungi oleh Allah s.w.t bila sampainya kemusnahan dunia ini nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan