Pada 19hb November 2010, Siam sekali lagi berlagak dan bertindak sombong dengan mengadakan satu pentas di parliamennya kononnya untuk mencari jalan keluar kemelut keamanan di Patani, tetapi yang sebenarnya demi memantapkan lagi peraturan penjajahannya walaupun perdebatan isu pemilihan bentuk pemerintahan yang paling sesuai di kawasan Patani Darussalam bermula hampir setahun lalu,
Akta Pusat Pentadbiran Wilayah-wilayah Sempadan di Selatan (APWS) yang baru saja diluluskan itu tidak berasaskan ciri-ciri hak asasi manusia dan sedikitpun tidak menyentuh identity Melayu Patani sebagai satu bangsa yang pernah berdaulat. Dalam acara perdebatan hangat yang disiarkan melalui siaran TV beberapa bulan lepas, Tavorn Senniam, Timabalan Menteri Dalam Negeri bagi hal ehwal masalah selatan, sudah menegaskan bahawa hal otonomi yang diperdebatkan berkaitan Patani itu tidak mungkin berlaku dengan alasannya bahawa rakyat Patani masih tak bersedia! sedangkan yang sebenarnya yang tak bersedia itu adalah pihaknya sendiri yang sampai sekerang tak mau orang Patani mengelola dan mengurus nasib mereka sendiri. Maka APWS adalah satu peraturan baru yang sengaja tidak mau melibatkan pihak-pihak yang berkaitan kedalam isu penyelesaian, sekiranya ia mau dinamakan demokrasipun maka ia mestilah sekurang-kurangnya berasaskan ciri-ciri hak asasi manusia sebagai asas kehidupan yang paling minima dan bermakna bagi orang Patani untuk kembali hidup secara aman damai untuk masa depan dan seterusnya.
APWS adalah diwujudkan demi memudahkan Pusat Pentadbiran Penjajahannya iaitu apa yang dinamakan (Pusat Pentadbiran Wilayah-wilayah Sempadan Selatan) untuk mengemaskini penjajahannya di kawasan Patani. Peraturan baru ini juga dianggap tidak sempurna oleh banyak pihak pemerhati antarabangsa dan tempatan sendiri, kerana ia datang dari hasil sistem demokrasi ala Thai yang sudah dibuktikan ketidak telusan dan masih mentah dan tidak sihat yang telah menyebabkan segala kepincangan yang berlaku dan rusuhan demi rusuhan tak berkesudahan yang sedang melanda masyarakatnya sekarang ini.
Apalagi penjajahannya yang melangar hak asasi manusia masih diamalkan secara meluas oleh seluruh jentera dan agensi keselamatan Siam terhadap umat Islam Patani dengan memperalatkan Akta Darurat demi memudahkan mereka melakukan penekanan secara zalim terhadap umat Islam Patani. Sesetengah kes sebagai contoh yang sampai pengaduannya ke mahkamah terhadap saspek yang dituduh bersyubahat dengan aksi-aksi penentangan terhadap penjajahan Siam, didapati tak ada satu kes pun yang berkaitan rakyat Patani Darussalam dilayan secara adil.
Atas asas penjajahan adalah punca segala kekerasan inilah, PULO dan gerakan pembebasan lain berjuang mati-matian demi menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan demi mengembalikan hak bangsa Melayu yang beragama Islam di Patani supaya mereka dapat menentukan nasib mereka sendiri seterusnya. Walaupun perjuangan bangsa Melayu Patani bangkit memegang senjata sebagai satu pendekatan mereka sehingga kehari ini, namun pintu perbincangan dan rundingan sentiasa terbuka luas jika Siam benar-benar ikhlas ingin menyelesaikan masalah Patani dengan adil saksama dan berkekalan.
Berikut 6 perkara asas yang menyokong terhadap keperluan berdamai yang sedang diusahakan oleh berbagai pihak antarabangsa dan pejuang-pejuang Patani sendiri, bagi mencari penyelasaian isu Patani secara menyeluruh adil dan berkekalan :
1. Pendekatan Kasit Pirumya Menteri Luar Thai, dalam isu Patani yang menganggapkan isu Patani adalah hanya isu dalaman negaranya, adalah pendekatan lama dan sebelah pihak, pendekatan seperti inilah yang menyebabkan isu Patani tak pernah selesai, ia boleh dinamakan sebagai pendekatan orang (gedaebae), ia sukar diterima oleh masyarakat tempatan sendiri dan antarabangsa.
2. Siam kena akui masalah di Patani ialah masalah penjajahan, lagipun sampai sekarang Siam masih melayani Patani sebagai bumi jajahan dan penaklukan, kecuali dalam tahun-tahun kebelakangan ini polisi menggula-gula orang Patani diguna pakai setelah semuanya sudah jadi bubur, orang Patani sudah memberi masa lebih dari seratus tahun kepada Siam untuk menjadi pemerintah mereka yang terbaik keatas mereka, tapi harapan itu sia-sia sahaja, maka dengan itu Siam tidak layak lagi meneruskan pemerintahannya keatas Patani.
3. Siam kena ingat bahawa usaha untuk mensebatikan minyak dengan air adalah sesuatu yang hampir mustahil terjadi; orang Patani akan tetap mengatakan dia mempunyai identiti yang berbeza dari Siam, itulah perjuangan mereka sebenarpun. Kalau Siam berdegil juga, masalah tidak akan terus selesai, cara Kasit itu, sebenarnya ialah untuk menghapuskan identiti orang Melayu Patani, itu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh orang Patani.
4. Masalah yang berlaku sekarang disebabkan ada pejuang dan pemerintah Siam, tidak ada pihak lain yang menyebabkan masalah ini berlaku dan terus berlarutan, rakyat biasa Patani semuanya akan berpihak kepada pejuang, cuma sekarang mereka tidak berani berbuat demikian kerana bumi Patani depenuhi tentera Siam mungkin dengan kadar antara 20-30 orang rakyat Patani dikawal oleh seorang askar Siam, maka penyelesaian ala demokrasi yang dicadang oleh Kasit atau Abhisit, tidak akan memberi apa-apa penyelesaian, orang Patani tidak menuntut pembangunan ala Thai, yang mereka mahu ialah hak mereka dikembalikan seadilnya dan pembangunan seperti yang dicadangkan malahan lebih dari itu akan datang mencurah-curah selepas itu.
5. Berilah minyak menguruskan dirinya sendiri dan air kena berada diluar sempadannya, kerana usaha air untuk bersebati dengan minyak hanya boleh berlaku pada saat dia mendidih sahaja, tapi selepas itu minyak akan terus terapong juga akhirnya
6. Berikan hak pejuang mewakili rakyat Patani untuk berbincang dengan Siam, kerana itu adalah cara antarabangsa bagi menyelesaikan isu di merata tempat di dunia seperti juga di Patani, cara yang dipilih oleh Kasit adalah cara orang (gedaebae) yang sudah ketinggalan zaman, ia sesuai untuk dipakai pada zaman dinasor dan prasejarah sahaja.
Polisi kerajaan penjajah Siam yang baru dalam bentuk APWS dan pendekatan purba Kasit dalam hal memberi hak kepada rakyat Patani, perbincangan dan rundingan dengan pejuang-pejuang Patani, jelas tidak melibatkan perkara-perkara seperti yang dinyatakan di dalam 6 perkara di atas, berarti Siam sengaja tidak ingin melihat orang Patani hidup dalam keadaan sejehtera aman damai, yang mereka ingin ialah untuk terus menjadi penjajah dan bertindak seperti orang (gedaebae).
Maka orang Patani berhak menafikan segala bentuk penjajahan Siam di Patani dan Siam juga mesti menerima segala akibat yang mendatang hasil dari kedegilannya dan pihaknya tidak boleh menyalahkan pihak pejuang Patani apabila masalah Patani berlarutan dan terus mengugat kestabilan negaranya dan serantau.
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Sabtu, 9 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan