Sabtu, 16 November 2013

BANGSA MELAYU YANG TIDAK SEDARKAN DIRI DAN MASIH DI JAJAH OLEH PUAK ASING.


Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan yang entah ke berapa puluh tahun. Kalau ikutkan rekod, Malaysia merdeka semenjak 1957. Kalau ikutkan cerita profesor dari badan tertentu, negara ini tidak pernah terjajah, cuma dinasihatkan. Dan kalau ikutkan cerita daripada puak-puak komunis pula, Malaysia tidak pernah merdeka daripada penjajahan secara sepenuhnya.

Memang benar, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu kini sudah bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. Kalau tidak, takkanlah ada orang Melayu yang sangat kreatif sehingga menguasai Internet untuk menghentam sesuatu isu tanpa rasa takut-takut dan was-was.

Bebas juga memilih sebarang pekerjaaan dan tidak lagi tertakluk kepada pekerjaan bertani, bersawah, berladang dan hanya mempunyai kebolehan membaca, menulis dan mengira hanya untuk memastikan hasil pertanian mereka lebih baik berbanding generasi terdahulu.

Namun kebebasan tersebut tiada setara dengan apa yang sedang berlaku.

Melayu tidak pernah merdeka di negaranya sendiri!

Melayu kini dijajah dengan pelbagai fahaman dan fahaman yang paling besar menjajah Melayu adalah demokrasi. Sedangkan Melayu yang merdeka sebenarnya tidak pernah memahami atau menganuti fahaman demokrasi. Hanya Melayu yang benar-benar kulup sahaja yang akan memberitahu demokrasi adalah yang terbaik.

Ia samalah seperti Melayu pada zaman penjajahan British menyatakan, penjajah British lebih baik untuk Melayu kerana Melayu tidak pandai dalam serba-serbi sehinggakan nak buat sebatang jarum pun, Melayu terpaksa mencari di kedai Cina.

Melayu masa kini jauh lebih teruk apabila sebahagian daripada mereka tidak tahu pun apa sebenarnya MELAYU. Mereka tidak faham pun mengapa Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Semenanjung Emas atau Srivarna Bumi. Mereka juga tidak faham mengapa DNA Melayu mempunyai kaitan rapat dengan Bani Israel dari Suku Ke-13 Bani Israel yang dianggap telah hilang yang merupakan tititsan langsung daripada Kethurah.

Dan Melayu masa kini tidak tahu pun apa rukun sebenar MELAYU.

Apa sebenarnya kemerdekaan kepada Melayu?

Sejarah mencatatkan kononnya Melayu asalnya tidak beragama, kemudian sebahagian beragama Buddha dan sebahagian lagi beragama Hindu. Kemudian, apabila datang pedagang dari India, China dan Arab, Melayu memeluk agama Islam tanpa sebarang tumpah darah kerana taat setia kepada Raja.

Semudah itu?

Sejarah juga gagal mencari ketamadunan Melayu sekalipun kitab-kitab hikayat Melayu seringkali mencatatkan perkara-perkara tidak masuk akal termasuklah berkerajaan di dalam laut, berkerajaan di atas langit, berkerajaan di bukit dan gunung dan sebagainya. Sehinggakan akhirnya Melayu dikatakan sebagai bangsa baru yang merupakan campuran daripada pelbagai bangsa yang kemudiannya memeluk agama Islam dan mengamalkan adat resam yang dicuit sana-sini untuk membentuk budaya serta adat resam yang sekarang ini dinamakan sebagai ADAT BUDAYA dan RESAM MELAYU.

Kalau pesanan orang Cina, selagi tidak menguasai bahasa Cina (tak kiralah bahasa apa pun, asalkan dinamakan Cina), mereka tidak layak menggelarkan diri sebagai CINA, bagaimana pula dengan Melayu, terutama sekali Melayu yang Melayunya hanya pada kulit tetapi sifat-sifat dalamannya sudah lama hilang?

Apakah Melayu yang melampaui batas wajar dikatakan telah merdeka? Atau adakah Melayu yang hanya tinggal namanya Melayu tetapi telah pun memisahkan diri daripada unsur-unsur Samawi dikatakan telah merdeka sepertimana yang kita boleh nampak sekarang ini di mana-mana?

Atau adakah Melayu yang berkeras dan bersungguh-sungguh mempertahankan KEMELAYUANNYA termasuklah akidah yang dianuti bagi mengekalkan KEMELAYUANnya dianggap Melayu yang hilang kemerdekaan kerana MELAYU bagi kebanyakan orang adalah bersifat BANGSA dan RASIS?


Saya menghormati pendirian sdra-sdri yg menyokong kepimpinan Najib. Hanya Allah saja yg mengetahui apa yg tersirat. Berikut adalah nukilan ikhlas seorang teman buat tatapan semua.

Hingga ke saat ini, saya tetap skeptikal dan menganggap Najib merupakan pemimpin yang lemah untuk orang Melayu Islam dan juga negara kita. Kalau kita lihat dari awal Najib dilantik jadi PM, rakyat disajikan dengan dasar-dasar transformasi merangkumi ekonomi, politik dan juga sosial. Saya termasuk rakyat Malaysia yang lain teruja dengan pembaharuan dasar kerajaan.

Malangnya lama kelamaan keyakinan itu semakin luntur. Pemansuhan ISA dan EO dilakukan ketika negara sedang berhadapan dengan jurang perkauman yang semakin melebar. Preventive laws ini yang menjamin kestabilan negara sejak Merdeka namun menjadi mangsa atas nama "Transformasi". Kesannya kita rasai hari ini.

Orang Melayu Islam semakin dihimpit oleh kaum pendatang di bumi sendiri. Ketika kami mengharapkan ketegasan dari kerajaan membela kaum bumiputera, tindakan kerajaan amat mengecewakan. Namewee sampai sekarang bebas menghina Islam dan Melayu. Pertemuan rasmi dengan ultra chauvinis Dong Zhong oleh Najib. Iklan pukul gendang sempena CNY lepas tapi tiada iklan bakar lemang semasa Raya lepas. Mana rasionalnya selain mendapat undi kaum pendatang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin