Mungkin beginikah kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan kepada rakyat Malaysia |
Berlakukah keadaan seperti ini di Malaysia |
Selama ini pembangkang telah mewar-warkan kepada rakyat betapa zalimnya pemerintahan UMNO/BN. Siang malam mereka memberitahu kepada rakyat bahawa UMNO/BN telah menzalimi rakyat melalui ceramah-ceramah, road show atau media-media massa terutama media siber seperti Facebook, Twitter dan Blog. Tetapi mereka tidak menyenaraikan atau menerangkan bentuk kezaliman yang telah UMNO/BN lakukan terhadap rakyat. Kezaliman yang bagaimana telah UMNO/BN lakukan. Adakah dalam bentuk penyiksaan, pembunuhan, penderaan atau merampas harta rakyat ........???
Sarapan pagi yang digemari rakyat Malaysia |
Rakyat Malaysia
bebas ke mana sahaja, Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor dan lain-lain
negeri di Malaysia tanpa ada apa-apa sekatan atau gangguan oleh kerajaan
UMNO/BN. Rakyat Malaysia boleh makan minum apa sahaja, teh tarik, nasi
lemak dan sebagainya. Rakyat Malaysia boleh memilik seberapa banyak
kekayaan. Rakya Malaysia boleh membina rumah-rumah mewah, besar dan
mahal. Rakyat Malaysia boleh memiliki barangan mewah seperti kereta,
barang perhiasan, telefon serta segala macam barangan mewah. Bukan
sahaja pemimpin-pemimpin UMNO/BN sahaja yang memiliki kemewahan.
Pemimpin pembangkang juga ramai yang hidup dalam kemewahan malah ada
yang membayar cukai sehingga RM1 juta setahun.
Menteri Besar Kelantan pun memiliki Mercedes |
Menteri Besar Kedah memiliki Mercedes berharga lebih RM600 ribu. Nik
Aziz juga memiliki Mercedes dan sepanjang lebih 22 tahun menjadi Menteri
Besar telah beberapa kali menukar kereta rasminya. Khalid Ibrahim,
Menteri Besar Selangor memiliki banglo yang tersergam indah yang mungkin
berharga berjuta-juta. Malah dia mampu menyewa sebuah bas 2 tingkat
lengkap dengan pemandunya untuk Penasihat Ekonomi Negeri selangor. Anwar
Ibrahim walaupun telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana
Menteri masih boleh ke luar negara beberapa kali dalam sebulan. Azmin
Ali pula menurut Umi Hafilda dipercayai memiliki simpanan wang lebih
RM20 juta. Dia juga memiliki beberapa kereta mewah. Di antaranya sebuah
kereta sport berjenama Ferrari.
Rakyat Malaysia mampu makan di hotel-hotel |
Kerajaan UMNO/BN juga tidak pernah menyekat, menghalang, mengeluarkan
apa-apa juga pekeliling dan surat arahan atau peraturan yang menyekat
rakyat Malaysia terutama orang Islam untuk beribadat. Mereka boleh
beribadat bila-bila masa setiap hari. Mereka boleh solat fardhu lima
waktu sehari. Mereka boleh solat sunat sebanyak mana yang mereka mahu.
Mereka boleh berpuasa selama mana yang mereka mampu. Masjid-masjid yang
kerajaan bina boleh dikatakan setiap ceruk kampung untuk memberikan
kemudahan yang selesa kepada rakyat untuk beribadat. Sekolah-sekolah
agama rakyat, sekolah dan pusat Tahfiz dan kelas-kelas farhu ain
kerajaan tubuhkan dan diberi bantuan bagi memberikan kemudahan kepada
rakyat Malaysia mempelajari dan menimba ilmu agama.
Antara orang terkaya di Malaysia |
Sekolah, universiti awam dan swasta, kolej komuniti, Pusat Pengajian
Teknologi Tinggi, maktab dan pusat-pusat pembelajaran kemahiran yang
tumbuh bagai cendawan sama ada yang dibina oleh kerajaan mahu pun swasta
mampu memberikan ruang dan tempat kepada rakyat Malaysia menimba ilmu.
Kemakmuran dan ekonomi yang stabil telah merancakkan pembangunan dan
dunia perniagaan berkembang pesat. Syarikat-syarikat perniagaan mampu
melebar dan mengembangkan sayapnya sehingga keluar negara.
Pelabur-pelabur asing terus melabur di dalam pelbagai sektor sebagai
tanda mereka yangkin dengan perkembangan ekonomi Malaysia. Keadaan ini
telah memberikan rakyat Malaysia ruang dan peluang mengumpul harta
sehingga mampu melahirkan bukan setakat jutawan malah beberapa orang
telah disenaraikan sebagai Billionaire.
Di bawah ini disenaraikan antara hasil
atau kejayaan yang telah berjaya dicapai oleh kerajaan UMNO/BN akibat
dari pemerintahan yang zalim dan menzalimi rakyat seperti mana yang
diperkatakan dan war-warkan kepada rakyat.
Rumah mewah Menteri Besar selangor |
2. Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225. Maklumat lanjut sila klik di sini.
3. Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%
4. Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
5.Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah.
6. Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah
7. Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
8. Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
9. Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
10. Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
11. Jumlah subsidi setahun RM33 billion. Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang sama ada tua, muda dan pelbagai kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan