(PERLIS INDERA
KAYANGAN) Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah.
Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri
menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan
pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha
pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat
tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang
menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang
berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad
Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis
Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama
Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan
Perlis adalah di
tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan
dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat
fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas
dari itu.Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821
menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara
besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan
penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir
Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok
dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai
timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis
yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada
status sebuah negeri naungan.
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas.
Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul
nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang
diketahui:-
1) Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil,
terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu
berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang
bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan
dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau
Perlis.
2) Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal
daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada
kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
3)Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya
daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis.
Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di
Nusantara iaitu Tok Perlis.
4)Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada
perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah.
Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan
‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat
namanya.Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat,
dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok
yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan
begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir
sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama
negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis
dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.
:::MerongWangsa:::
(PERLIS
INDERA KAYANGAN) Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah.
Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri
menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah
menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu
dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana b...erdasarkan cara hidup
masyarakat tempatan.Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah
yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang
berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad
Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri
Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat"
nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu,
jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah
Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut
Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri
Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.Pendudukan Siam ke atas Kedah dan
jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas
penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada
pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar
tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.Bagi
negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed
Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik
bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari
status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas.
Terdapat
banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama
Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-
1)
Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil,
terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu
berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi) yang
bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan
dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau
Perlis.
2) Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama
negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud
kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi
Perlis.
3)Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis
mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu
kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang
terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
4)Sumber yang
keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan
‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim
kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan
‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat
namanya.Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat,
dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis
pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh
dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan
pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.
Meskipun
terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri
Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan
bersempena dengan nama pokok perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan