Tidak
ramai yang tahu di dalam wilayah Ranong (Rundung), Thailand, terdapat
sebuah Batu Tanda yang amat penting kerana menyimpan satu lipatan
sejarah besar yang berkaitan dengan masyarakat Melayu dan Siam di zaman
silam. Batu Tanda tersebut (sebagaimana gambar di atas) dinamakan
sebagai Ban Malayu di Thailand yang bermaksud sempadan Melayu. Ia
merupakan tempat yang paling sempit antara bahagian timur dengan
bahagian barat Segenting Kera, iaitu kira-kira 45 kilometer sahaja.
Soalannya, bagaimanakah tanda sempadan Melayu ini boleh didirikan
ratusan kilometer daripada wilayah sempadan Malaysia-Thailand pada hari
ini?
Jawapannya boleh dirujuk kepada maklumat sejarah di zaman silam. Jika dirujuk kepada sejarah, wilayah Segenting Kera merupakan sebuah kawasan yang amat penting kerana menjadi saksi kepada kemunculan dan perkembangan awal tamadun Melayu menerusi beberapa buah Kerajaan utama seperti Langkasuka dan Sri Wijaya (Sri Wijaya sebenarnya berasal dari tanah Semenanjung, akan diterangkan dalam penulisan yang akan datang). Wilayah ini juga menjadi pertembungan beberapa siri peperangan dan perebutan wilayah antara orang-orang Melayu dengan pendatang T’ai yang berhijrah dari Yunnan, China, secara berterusan iaitu sejak dari era Kerajaan Sukothai, Ayutthaya, hinggalah kepada Dinasti Chakri pada hari ini.
Pencerobohan pertama pendatang T’ai terhadap Segenting Kera bermula pada kurun ke-13 dan 14 dimana gerakan ketenteraan Bangsa T’ai ini telah bertembung dengan tentangan daripada beberapa buah negeri Melayu pasca-Sri Wijaya, termasuklah Grahi (Kra), Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Tammarat), dan Cahaya (Ch’aiya). Pertempuran demi pertempuran telah dicatatkan dalam “Yuan-Shih”, sejarah rasmi bagi Dinasti Yuan di China. Yuan-Shih telah mencatatkan dalam Titah Diraja (Imperial Decree) pada tahun 1295 yang mengarahkan gencatan senjata antara Hsien (Siam) dengan Ma-li-yu-erh (Melayu). Bagi mengecam orang T’ai, titah tersebut menyatakan “Memandangkan kamu Hsien telah menimbulkan peperangan dengan Ma-li-yu-erh selama ini, kini kamu mesti mematuhi titah ini dan berjanji tidak akan mengganggu Ma-li-yu-erh lagi”. Hsien (Siam) telah diharamkan daripada memasuki sempadan alam Melayu yang ditetapkan oleh Maharaja Dinasti Yuan pada garisan Petchburi-Ratchburi, berdekatan dengan kota Bangkok pada masa sekarang.

Kejatuhan
Kerajaan Sukothai dan digantikan dengan Kerajaan Ayutthaya terus
membawa bencana apabila dasar perluasan kuasa terhadap Segenting Kra
diteruskan oleh Raja-raja Ayutthaya. Antara Raja-raja Ayutthaya yang
agresif membuat serangan terhadap negeri-negeri Melayu di Segenting Kra
ialah Ramadhiraja, Naresuan, Maha Chakrapat, Prasat Thong, Narai dan
Petra Raja. Peperangan yang paling terkenal antara Melayu dengan Siam
semasa era Ayutthaya ini sudah tentu mengenai Sultan Muzaffar Syah (Raja
Patani 1530-64) yang berjaya menewaskan tentera Siam di tempat sendiri
dan menawan istana dan singgahsana Raja Maha Chakrapat (Raja Ayutthaya
1548-68). Dan diteruskan dengan peperangan antara Raja Ungu binti
almarhum Sultan Mansur Syah (watak utama dalam filem Queen of
Langkasuka) dengan Raja Prasat Thong. Ketika inilah meriam terbesar di
Nusantara iaitu Sri Negara, Sri Patani dan Mahalela dibuat yang berakhir
dengan kemenangan di pihak Melayu menewaskan armada Siam.
Akhirnya,
kejatuhan Kerajaan Ayutthaya dan naiknya Raja Thaksin dan diikuti oleh
Dinasti Chakri membawa petaka yang paling besar apabila satu demi satu
negeri-negeri Melayu di Segenting Kera jatuh ke tangan Siam. Negeri
terakhir yang jatuh ke tangan Siam adalah Patani yang dianggap sebagai
kejayaan yang maha gemilang berdasarkan kepada tentangan hebat yang
diterima oleh pihak Siam daripada negeri tersebut selama ini.
Pertembungan antara Melayu dengan Siam berakhir pada tahun 1909 menerusi
perjanjian berat sebelah yang hanya melibatkan pihak British dan Siam
menerusi Anglo-Siamese Treaty yang membahagi-bahagikan semananjung Tanah
Melayu sesuka hati mereka seumpama memotong-motong kek harijadi.
Masyarakat Melayu-Patani di selatan daerah Legeh dan Reman bernasib baik
apabila wilayah mereka dimasukkan sebagai sebahagian daripada Negeri
Perak dan kini dikenali sebagai daerah Hulu Perak. Namun, malang bagi
nasib masyarakat Melayu-Kelantan di daerah Tabal (Tak Bai) apabila
mereka kini termasuk ke dalam wilayah Narathiwat, Thailand.
Semenanjung
Tanah Melayu terus mengecut apabila pada tahun 1965, akibat daripada
kesilapan sendiri, pulau Singapura diserahkan untuk diperintah oleh puak
Ultra-Kiasu menerusi pemerintahan Republik yang bersifat autokratik
sehingga ke hari ini. Justeru itu, jika para pembaca ada melalui
sempadan Malaysia-Thailand pada hari ini menerusi Bukit Kayu Hitam
ataupun Sungai Golok, ingatlah sesungguhnya sempadan wilayah milik kita
sebenarnya menganjur jauh hingga ke utara Segenting Kra pada masa
dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan