Ahad, 17 November 2013

SALURAN TV BERITA MALAYSIA ADALAH PALSU DAN MENIPU SEPERTI PRO AGENDA AMERIKA.

Barus sekejap sampai dari Thailand bersama isteri. Saya menonton salah satu chanel berita Malaysia. Saya amat terkejut apabila saluran tersebut melapurkan: "Kematian akibat huru hara di Kaherah mencecah lebih 30 (tiga puluh orang). Polis terpaksa meleraikan penunjuk perasaan selepas semua jalan penyelesaian aman menemui kegagalan." Itulah bunyi laporan berita di Malaysia.

Baru tadi saya dengar berita di TV Thailand versi Inggeris melaporkan kematian mencecah ratusan. Sekarang saya semak berita versi arab di Al-Jazeerah dan beberapa berita lain.

Menurut sumber dari Hospital Al-Maidani sebagaimana laporan Al-Jazeerah, sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh dan ribuan yang cedera di hospital tersebut.

Sebagaimana semua maklum, berita-berita media eloktronik Malaysia sememangnya di bawah 'control' kerajaan. Ini bukan pertama kali, bahkan baru-baru ini berita TV3 yang telah melabelkan Mursi sebagai diktator. Sewaktu berita himpunan aman di dataran Tahrir dahulu, berita Malaysia melaporkan seramai 60 ribu yang berhimpun di dataran tahrir sebagaimana TV Nile Mesir, walhal semua blog dan FB serta Chanel2 satelite termasuk Al-Jazeerah melaporkan penunjuk perasaan melebih 4 juta. Dahulunya apabila media-media pro amerika mengubah istilah pengebom berani mati (Palestin dan Iraq) kepada pengebom bunuh diri, maka semua media di Malaysia mengubah istilah-istilah tersebut.

Apabila media-media kerajaan menyajikan berita yang berpihak kepada PRO Amerika di Mesir, bukan sekali tetapi secara konsisten, maka tidak salah untuk saya meletakkan keraguan dan persoalan: "adakah ulat-ulat Amerika bekrkeliaran di dalam kerajaan kita khususnya kementerian Penerangan?" Walhal berita dominan di peringkat antarabangsa melaporkan sebaliknya. Mustahil pada akal wartawan berita-berita media elektronik tidak menemui berita yang sebenarnya. Mustahil!!!

Cukuplah rakyat Malaysia diperbodoh dan disuap dengan berita-berita palsu dalam dan luar negara. Zaman ini adalah zaman berita langit terbuka yang akan merubah landskap politik melalui perubahan minda orang ramai.

يريدون ليطفؤوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون

Maksudnya: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).- (As-Soff: .

Walau bagaimanapun, saya yakin ini adalah petanda bahawa Khilafah baru akan naik? Bagaimana ia boleh berlaku dalam konteks politik hari ini dan fiqh Islam? Semoga dipermudahkan Allah untuk saya coret selepas ini. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin