Jumaat, 22 November 2013

HUKUM ONANI DAN KESANNYA.

Golongan muda atau pasangan yang belum berkahwin tahukah anda Hukum Onani Dan Kesannya Pada Badan.Kenapa ia di larang di sisi islam.

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna”(onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman:


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

 “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”(Al-Mukminun: 5-7).
Masalah ini seakan-akan menjadi perkara biasa kepada golongan lelaki namun tidak semuanya.Selepas terbiasa dengan kelakuan seperti ini,seseorang lelaki itu akan mendapati ia sukar dikawal atau sukar diberhentikan.


Dari sumber info mengatakan lelaki yang melakukan onani,perkara lain pula timbul.Anda akan diberitahu pelbagai perkara negatif mengenai tabiat berkenaan seperti:


  • Mata menjadi kabur,berair dan sering sakit(dry eyes)sehingga memeningkan kepala 
  • IBS atau ‘Irritable Bowel Syndrom’ atau rengsa usus 
  • Alat kelamin menjadi kecil 
  • Telinga berdesing dan sakit 
  • Muka,tangan dan badan terasa pijar atau panas 
  • Kadangkala badan terasa menggeletar(vibrate) 

  • Masalah pada saluran kencing
    Cuba anda bayangkan sistem ‘reproduksi’ anda dan pusat kawalan sistem itu yang akan mengalami tekanan tidak terhingga akibat amalan onani.

    Dalam keadaan teruja,ketika anda tidak mengawal perasaan,perasaan syahwat dan anggota kelamin turut menjadi teruja,darah masuk dengan banyak dalam semua organ terbabit iaitu zakar,buah zakar,pundi prostat dan banyak lagi.

    Sudah tentu pusat kawalan seks dalam minda anda juga menjadi teruja dan pada masa sama ia menjadi tertekan.Dalam keadaan teruja,fungsi jantung, pernafasan dan otot keseluruhan badan berfungsi ke peringkat luar biasa dan banyak tenaga digunakan. 

                                      
                                  Hukum Onani Dan Kesannya     
                            
    Selepas selesai,sistem berkenaan dan badan anda secara menyeluruh menjadi lemah.Di samping itu produk rangsangan seksual seperti Beta-endorfin, Oxitocin dan pelbagai lagi kimia 'neuro' yang tercurah dalam sistem kardio-circular anda turut memberi perasaan seronok dan khayalan.                   


    Bahan ini mudah ditagih dan mendorong anda untuk melakukan lagi amalan onani.Anda boleh bayangkan kesudahannya jika perkara itu diulangi secara kerap.Tentu anggota tubuh badan yang terbabit dalam proses itu akan tertekan.

    Cara menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada sistem tubuh badan yang tertekan akibat onani keterlaluan menjadi lega dan berfungsi dengan sempurna ialah apabila amalan itu dihentikan atau dikurangkan secara beransur-ansur.

    Jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya,anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor.Usah biarkan tabiat onani menakluki anda.Lawan dan segera mengawalnya dengan aktiviti riadah bermanfaat

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan


















    KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

    Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

    LinkWithin