Khamis, 28 November 2013

TERJEMAAHAN ISI KANDUNGAN AL QURAN AL KARIM.

Assalamualaikum wbh.
Dengan nama Allah s.w.t, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam bagi Rasulullah s.a.w
Kata kata ini ditulis pada oktober tahun 2007.
Logik dari kewujudan laman web ini adalah kewujudan kitab suci Al-Quran al karim itu sendiri.
Kita mempelajarinya semasa kecil, bagaimana membacanya dengan tajwid yang betul, tetapi hanya segelintir daripada kita mengetahui makna ayat-ayat suci Al-Quran. Saya terpanggil untuk mendokumenkan Al-Quran terjemahan bahasa Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih ini supaya pencarian Al-Quran terjemahan bahasa Melayu di laman web lebih banyak dan mudah dicapai.Sekarang ini laman web ini adalah yang ketiga menawarkan Al-Quran terjemahan bahasa Melayu, dan yang pertama menggunakan engine blog dengan domain .com supaya carian di search engine lebih mudah dicapai. Umum tahu engine blog wordpress memudahkan capaian robot search engine yang mencari data. Jadi kita berpendapat dengan wujudnya web ini akan lebih memudahkan carian maklumat mengenai ayat alQuran bahasa Melayu seluruh dunia.
Ramai orang bukan Islam bila membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya(Tadabbur) mereka terbuka hati dan kembali ke pangkuan Islam. Mereka ini lebih bertakwa dengan memahami Al-Quran. Kita yang lahir dalam masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri dan malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami Al-Quran dan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku di akhir zaman ini.
Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)
Al-Quran & Terjemahan – Bezanya
Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan dilindungi Allah swt sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran adalah kata-kata dari Allah swt . Adalah diingatkan sekali lagi bahawa laman ini hanya terjemahan bukan kitab Al-Quran yang sebenar.
Marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustaz-ustaz tafsir atau kitab tafsir muktabar.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Marilah kita mula membaca terjemahan dengan surah pembuka, ibu segala surah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin