Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam
ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya
(isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya
kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak
partners, a trust from God with you; and they are made by the divine
word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah
diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat
menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah
rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami
hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun
disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri
bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu
daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika
sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna
suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami
hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan
salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual
bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan
juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan
orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya.
Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah
bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah
lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran
lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka.
Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga
diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya
mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri
iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat
tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri
supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si
isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan
si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang
selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum.
Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah,
memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang
berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan
kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita
perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam
sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan
nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu
ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah
melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar
isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini,
tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang
disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah
memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan
menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan
kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah
tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya.
Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang
tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat
kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan
mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman
(yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa
keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang
lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah
menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan
dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara
suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri
dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan
sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang
disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah
dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri
tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he
responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as
job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri,
si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah
perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca
masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar
dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang
ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan
mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak
mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah
melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana
perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu.
Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami
hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda
yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si
suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika
dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah
berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga
pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga
pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam
TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh
kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan
terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud
kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa
maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu,
jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta
izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali
dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri
si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab
itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada
bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin
antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan
bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia
enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu
malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka
isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan
yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai
satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang
menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan
damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah
itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga
itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan
ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si
isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan
wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut
keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan
ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk
keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan
keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi
pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat
pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan
sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun
mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia
segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si
isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama
daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga
bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak
terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah
kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau
keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan
tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian
ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan
serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan
berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya
ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan
yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan.
Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh
mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah
menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si
isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi
daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja,
isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk
hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper,
and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody
crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri
haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika
berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang
sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah
memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up
for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a
companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to
you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a
slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune
behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he
should become indifferent to you. If he approaches you, come running to
him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of
his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour
from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and
let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami,
menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan
suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami
menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka
berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama
memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai.
Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul
bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu
ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka
dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai
ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami
isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah
sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih
baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai
untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.
Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan
tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan
dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat
kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya
untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya
kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang
daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi
tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan.
Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan
masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih
banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara
satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang
mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama
lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka
suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam
banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai
manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka
suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan
kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah
kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat
berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka
pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara
sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah
antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam
kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah
berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup
berumahtangga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah
penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas
dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah
masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli
masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan
masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab,
pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu,
adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan