1. Syurga Firdaus
Syurga
Firdaus diciptakan oleh Allah SWT dari emas. Tentang calon penghuninya
dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yanag ertinya sebagai
berikut:
“Sesungguhnya
beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu
dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan
dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan
zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap
isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya
mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik
itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang
yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan
orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang
akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal
di dalamnya.” (al-Mu’minun:1-11)
2. Syurga ‘Adn
Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah SWT dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
“(iaitu)
Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya
sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang
mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang
yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik
oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum,
masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu
kerjakan.” (An-Nahl:30-31)
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Dan
barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi
sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang
memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang
mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu
adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).”
(Thaha:75-76)
- Orang yang banyak berbuat baik.
“Kemudian
Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara
hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka
sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka
ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang
demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn,
mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan
gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di
dalamnya adalah sutera.” (Fathir:32-33)
- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
“Dan
orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan
shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,
secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan
kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).
(iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan
orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak
cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari
semua pintu.” (Ar Ra’d:22-23)
3. Syurga Na’im
Syurga
Na’im diciptakan oleh Allah SWT dari perak putih. Calon penghuninya
adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh.
Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (Al-Qalam: 34)
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka
Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman :8)
“Kekuasaan
di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka.
Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga
yang penuh kenikmatan.” (Al-Hajj:56)
4. Syurga Ma’wa
Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah SWT dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:
- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
“Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi
mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang
telah mereka kerjakan.” (As-Sajdah:19)
- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah SWT dan menahan diri dari hawa nafsu buruk. “Dan
adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan
diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat
tinggal (nya).” (An-Nazi’at:40-41)
5. Syurga Darussalam
Syurga
Darussalam diciptakan oleh Allah SWT dari yakut merah. Calon
penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya,
mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta
mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah SWT. Firman Allah SWT: “Bagi
mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah
Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka
kerjakan.” (Al-An’am:127)
6. Syurga Darul Muqamah
Syurga
Darul Muqamah diciptakan oleh Allah SWT dari permata putih. Calon
penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman
Allah SWT: “Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah
menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar
Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga)
dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula
merasa lesu “. (Fathir :34-35)
7. Syurga Al Maqaamul
Syurga
Al Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari emas.
Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien),
iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (Ad-Dukhan:51)
8. Syurga Khuldi
Syurga
Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah SWT dari marjan merah
dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan
perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT: “Katakanlah:”
Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang
telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan
dan tempat kembali bagi mereka.” (Al-Furqan:15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan