Sabtu, 2 Julai 2011

PANDUAN BERBUDI BAHASA.

Bercakap malam dengar-dengar;
Bercakap siang pandang-pandang.
Yang kecil itu jangan disangka anak.
Yang besar itu jangan disangka bapa.


Dalam berkomunikasi secara lisan ini ada satu kejadian yang pelik tetapi benar. Bahasa lisan itu boleh wujud dalam bentuk tulisan. Oleh sebab itu, ada penggunaan bahasa kita, walaupun bertulis, tetapi adalah sebenarnya bahasa lisan. Ia itu adalah bahasa lisan yang dituliskan. Contohnya adalah bahasa sms, iaitu bahasa dalam sistem mesej singkat.
Ada ramai antara kita yang sering menghantar sms dalam bahasa lisan yang dituliskan. Ada kalanya bahasa sms kita itu sama sekali tidak menggunakan budi bahasa yang baik. Malah, selalunya begitulah yang berlaku. Dalam sms, budi bahasa seseorang itu lebih mudah dapat ”ditangkap” baik buruknya. Segala-gala yang kita tuliskan itu kekal dan dapat dianalisis. Analisis itu dapat benar menunjukkan budi bahasa seseorang.
Apabila kita bercakap, sedar atau tidak, perbutan kita itu samalah seperti orang memandu kereta. Ada banyak peraturan yang kita mesti patuhi semasa memandu. Tetapi kita tidak menyedari lagi setiap peraturan itu kita ikuti sebab sudah sebati dengan tindakan kita. Orang yang memandu dengan mematuhi semua peraturan akan kelihatan memandu dengan baik dan cermat. Orang yang tidak, akan melanggar banyak peraturan lalu lintas dan kelihatan kasar. Perbuatan demikian memberi kesan buruk kepada pemandu lain. Dia akan menyebabkan pemandu lain marah.
Begitu juga, seorang yang melanggar peraturan budi bahasa juga dapat dilihat bercakap dengan kasar. Ini menimbulkan kesan yang tidak menyenangkan pada orang yang dilawannya bercakap. Kesan demikian mungkin menimbulkan akibat yang negatif seperti kehilangan kawan baik, kehilangan peluang kerja dalam temuduga, kehilangan pelanggan dalam perniagaan, kehilangan kerja sama dalam kelomok, kehilangan simpati orang dalam berbual, dan banyak lagi.
Buku ini khusus memberi panduan menggunakan bahasa dengan sopan apabila berkomunikasi secara lisan. Ada dua jenis unsur bahasa yang terlibat, iaitu: unsur-unsur tata bahasa dan unsur-unsur budi bahasa.

Unsur-Unsur Tata Bahasa
Perkara yang dikatakan unsur-unsur tata bahasa adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan tata bahasa kita. Dalam bahasa Melayu, unsur berkenaan adalah seperti berikut:
  1. Sebutan: setiap huruf disebut dengan sempurna bagi menunjukkan sikap peduli dan sopan.
  2. Tata bahasa yang lengkap dan rapi: ayat lengkap, imbuhan lengkap, seperti: bu(kan), (meng)angkat, (ji)kalau, dll. Menggunakan tata bahasa yang lengkap menunjukkan kita menghormati orang yang dilawan bercakap atau majlis di mana kita berucap.
  3. Suara dan intonasi yang jelas menunjukkan kita sopan.
  4. Kosa kata bahasa tinggi (dia cakap = dia berkata, jadi = oleh sebab itu) menunjukkan kita orang yang memilih perkataan dengan rapi dan berpendidikan, ahli yang santri.
  5. Menggunakan kata sendi yang tepat menunjukkan kita oarng yang serius dan berfikir. Kata sendi bahasa basahan (kat hospital = di hospital, kat dia = pada dia, kat situ = di situ, pergi kat sana = pergi ke sana), hanya menunjukkan bahawa kita tidak mengambil berat tentang lojik pertuturan kita. Kata sendi dalam ayat Saya tinggal (de)kat Kuala Lumpur tentulah tidak dapat diterima dalam mahkamah sebagai Saya tinggal di Kuala Lumpur.
  6. Gerak geri yang halus dan sopan dari segi budaya.
  7. Menguasai pragmatik yang baik, iaitu mengetahui cara keseluruhan penggunaan bahasa tinggi yang canggih, bukan neka basahan yang rendah dan kasar.
Semua unsur ini dapat kita dengar dan lihat pada masa kita berkomunikasi. Kita dapat mendengar apa yang diucapkan oleh orang, dan kita dapat melihat apa yang dilakukannya.


Unsur-Unsur Budi Bahasa
Bahasa sopan membina iklim yang positif. Berikut adalah unsur-unsur yang membina iklim komunikasi yang sopan.
  1. Bentuk sapaan dan ganti nama yang sopan. Ganti nama mesra adalah tidak sesuai boleh merendahkan taraf orang yang dilawan berkomunikasi dalam konteks bukan sahabat dan keluarga.
  2. Neka bahasa tinggi, neka rendah turut merendahkan taraf orang yang dilawan berkomunikasi.
  3. Gaya bahasa yang sesuai.
  4. Sebut nama batang tubuh orang yang dilawan bercakap itu adalah perbuatan merendahkan taraf orang itu (down levelling).
  5. Isi perbincangan: sama ada kita bercakap kosong, bergosip, mengumpat, dll. adalah juga menunjukkan sama ada kita berbudi bahasa atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin