Isnin, 4 Julai 2011

SOALAN DAN JAWAPAN.

Soalan

Adakah halal jika kita minum urine yang telah
dineutralkan/dirawat/disuling selengkapnya.

Jawapan

Panel mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertanyaan yang telah anda
kemukakan kerana persoalan ini merupakan perkara baru yang sebelum ini
belum pernah ditimbulkan.
Secara khusus mengenai urine atau air kencing seperti yang kita sedia
maklum ia tergolong dalam ertikata najis mutawassitah atau najis
pertengahan. Setakat ini tiada Fatwa khusus mengenai urine yang telah
dineutralkan/dirawat/disuling yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan tetapi ia mempunyai kaitan dengan Hukum Pengguna Air Baru (
NeWater ) setelah isu ini timbul daripada keraguan masyarakat dari sudut
hukum tentang status kesucian air NeWater yang diperkenal oleh kerajaan
Republik Singapura.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura ( MUIS ) pada 22 Mei 2001
telah membincangkan isu ini dan memutuskan Fatwa seperti berikut:
" Air yang diproses secara penyulingan dikira air suci lagi menyucikan "
Air Baru ( NeWater ) adalah suci dan bersih dan ia tergolong daripada air
mutlak yang suci lagi menyucikan. Ini berasaskan kepada hujah dan dalil
seperti berikut:
( a ) Pendapat Syeikh Abd al-Rahman Abd al-Khalik ketika menghuraikan
maksud hadith bahawa Zat ( molekul ) air adalah selama-lamanya bersih (
ini bertepatan dengan penemuan sains yang menyatakan bahawa air terdiri
daripada molekul-molekul yang berasingan yang tidak boleh disebati oleh
molekul-molekul lain ). Air tidak akan menjadi najis dengan sendirinya dan
tidak larut dengan sesuatu elemen najis yang bercampur dengannya, tetapi
air bertukar menjadi najis disebabkan ia membawa najis. Bahkan jika air
yang terkena najis dirawat dengan dipisahkan najis tersebut daripadanya,
maka air tersebut kembali suci lagi menyucikan.
( b ) Pendapat Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu' yang menyatakan
cara-cara menghilangkan najis daripada air yang melebihi dua kolah adalah
seperti berikut :
i. Perubahan dengan cara sendiri ( semulajadi ) iaitu dengan perubahan
masa, matahari atau tiupan angin.
ii. Perubahan dengan ditambah air ke atasnya.
iii. Perubahan dengan dikeluarkan najis tersebut daripad air.
( c ) Fatwa Majlis Ulama-ulama Besar Kerajaan Arab Saudi yang memutuskan
seperti berikut:
" Berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan oleh ahli-ahli ilmu bahawa
air yang banyak yang terkena najis dihukumkan suci apabila ianya berubah
dengan semulajadi atau dengan dimasukkan air bersih ke dalamnya atau
berubah disebabkan ianya terlalu lama atau terkesan dengan cahaya matahari
atau dengan tiupan atau seumpamanya. Ini kerana kaedah Usul Fiqh ada
menjelaskan " Sesuatu hukum bergantung pada illahnya ( sebabnya )".
Sebagai penerangan kepada kaedah ini, air tersebut dihukumkan najis
disebabkan ada najis dan apabila sudah hilang najis maka air tersebut
dikira suci.
Memandangkan air yang najis boleh dipisahkan daripada najisnya dengan
beberapa cara seperti yang disebutkan di atas, lebih-lebih lagi najis
tersebut dapat dipisahkan atau dikeluarkan dengan menggunakan peralatan
terkini yang canggih sepertimana yang diputuskan oleh pakar dalam bidang
ini maka pengalaman dan kepakaran mereka tidak boleh dicurigakan lagi.
Sehubungan itu Majlis Ulama-ulama Besar Kerajaan Arab Saudi memutuskan
bahawa air tersebut dihukum suci setelah dikitar semula dan air tersebut
kembali kepada hukum asalnya iaitu suci. Air tersebut boleh digunakan
untuk mengangkat hadas, membersih kotoran dan sah bersuci dengannya.
Walau bagaimanapun majlis berpendapat sekiranya masih ada punca air lain
yang boleh digunakan maka keutamaan hendaklah diberi kepada penggunaan air
lain yang didapati daripada sumber alam ".
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kebangsaan telah meneliti beberapa pandangan
daripada ahli-ahli antaranya:
i. Kaedah kitar semula air kumbahan di Singapura adalah berbeza dengan
Malaysia. Di Malaysia air kumbahan dirawat dan dialirkan ke sungai secara
proses semulajadi manakala di Singapura pula bekalan air kumbahan dirawat
secara teknologi moden. Hasilnya air yang telah diproseskan iaitu Air Baru
NeWater akan dicampur dengan air mutlak dalam kolam takungan untuk
meneutralkan kembali dengan kadar peratusan 30 % air baru dan 70 % air
mutlak.
ii. Secara psikologi, zahirnya air baru NeWater adalah menjijikkan. Apatah
lagi masyarakat kita tidak mungkin boleh menerimanya walau pun hukumnya
adalah suci. Jika ditinjau pada peristiwa ketika Rasulullah SAW
dihidangkan dengan dhab dan baginda tidak memakan dan tidak pula melarang
memakan hidangan dhab tersebut. Oleh itu air NeWater patut diletak
hukumnya di tahap makruh.
Berdasarkan kepada hujah di atas Muzakarah bersetuju membuat keputusan
seperti berikut:
"Air Baru NeWater adalah bersih dan harus digunakan dari sudut hukum
syarak".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin