Ajaran Buddha
Tetapi Siddhatthta meneruskan azamnya keluar juga meninggalkan bayi yang baru lahir bernama Rahula, menggembara selama sehingga enam tahun sehinggalah satu hari bila beliau bermeditasi di bawah pohon Bodhi dan mendapat "Chahaya Petunju atau Cahaya Kebenaran - Englightment" dan dari saat itu bergelar Buddha yang mendapat Englightment.
Di Malaysia, peganut Buddha adalah kedua terbesar selepas umat Islam. Rata-rata penganut Buddha adalah dari kaum Cina Terdapat banyak Kuil Buddha di merata Malaysia dan Gambar di atas adalah dari Wat Chetwan Buddha Thai, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Ini pula gambar Kuil Buddha, di Jalan Burma, Penang.
Kuil Buddha atau Wat Photihivihan di Kampung Beruk, Kampung Cabang Empat di Tumpat, Kelantan meletakkan Patung Buddha baring yang terbesar di Asia Tenggara. Bandar Tumpat terletak 15 km dari Kota Bahru, ibu negeri Kelantan dan penduduknya pada tahun 2005 adalah seramai 140,989 yang kebanyakannya adalah orang Melayu tempatan. Terdapat 25 kuil Buddha disekitar Daerah Tumpat yang kebanyakan penganutnya adalah terdiri dari mereka yang berketurunan Thai.
Buddha tidak pernah mengatakan dia mendapat Ilham atau Cahaya kebenaran dari sesiapa atau dari yang Ghaib tetapi adalah dari Dalam diri dia sendiri. Dan dia tidak langsung menyentuh soal keTuhanan dalam pengajarannya. Pengajaran Buddha banyak mengandungi Fasalfah yang mesti dipraktikkan tidak seperti Fasalfah Barat yang hanya dipelajari dan dikaji. Dari itu Buddhism tidak boleh dikatakan sebagai satu "Agama". Pengajaran Buddha banyak mengadungi etika-etika hidup dan amat menekankan setiap orang mencari kebahagian sejati dengan mengamalkan hidup yang sederhana.
Setiap orang boleh menjadi Buddha bila mereka sendiri mendapat Ihlam atau cahaya dalam pengajaran pengajaran dan latihan-latihan yang diajar oleh Buddha. Pada hari ini terdapat 500,000 juta penganut Buddha di seluruh dunia. Hari Wesak adalah Hari Kelahiran, Buddha, Hari Buddha mendapat Enlightment dan Hari Kematiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan