1) PENDAHULUAN
.
Setiap individu yang
berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang
bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang,
harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya saling kasih mengasihi, hormat
menghormati dan menjalankan aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh
kerelaan. Perjalanan hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip
saling menjaga dan mengambil berat di antara satu sama lain, sentiasa memberi
sokongan semasa menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan. Selain
daripada itu, setiap suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan
membina hubungan erat dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka
sentiasa sensitive dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.
Kebahagiaan hidup sebuah
keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan
suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan
ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan bahawa krisis
adalah suatu perkara lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni
kehidupan rumahtangga tersebut. Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan
kebijaksanaan suami dan sokongan daripada isteri yang pengasih.
2)
PENGERTIAN KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Merupakan satu keadaan di
mana kehidupan suami isteri sentiasa berada di dalam suasana yang tidak harmoni
dan berkonflik. Suami isteri saling benci membenci di antara satu sama lain.
Krisis rumahtangga boleh di
dapati di dalam keadaan-keadaan :
.
1. Jelas / Ketara : iaitu suami isteri mudah bertengkar, saling
tuduh menuduh, maki hamun dan cepat bercekalan sebaik-baik sahaja dan sesuatu
yang tidak kena.
.
2. Tidak jelas : di mana perselisihan suami isteri tidak dapat
dilihat dengan mata kasar dan mereka kelihatan rukun dan damai tetapi
sebenarnya kehidupan mereka hambar tidak mesra dan perhubungan yang renggang.
Keadaan rumahtangga yang sedemikian selalunya memberi kesan yang mendalam
terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak.
.
3) TAHAP-TAHAP KONFLIK
DALAM RUMAHTANGGA
.
Krisis dalam rumahtangga
selalunya mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada kemuncaknya. Dalam
jangka masa yang sama ini dapat dilihat tahap demi tahap berlaku dan suasana
menjadi semakin genting jika salah satu pihak / keduanya tidak mengambil
sesuatu inisiatif untuk membendungnya. Di antara tahap-tahap atau petanda
berlaku krisis di dalam rumahtangga ialah ;
.
i. Penurunan
tahap aktiviti :
Selalu suami atau isteri tidak lagi seaktif biasa, kerja-kerja
atau tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, suka termenung dan
berfikir.
.
ii. Tidak
dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan semua ahli keluarga
Suami isteri tidak boleh saling menghormati di antara satu sama
lain.
Selalunya mereka akan menghadkan masa untuk berinteraksi seminima
yang boleh ataupun hanya sekadar perlu sahaja. Nada suara akan turut berubah,
kian menurun atau kerap gunakan bahasa yang kasar dan kesat. Di samping suka
menggunakan kata-kata sindiran ataupun perli.
.
iii. Seringkali
menunjukkan tingkahlaku permusuhan terhadap pasangannya
Suami atau isteri saling tuduh menuduh bahawa pasangannya adalah
sumber kebosanan atau penderitaan yang dialaminya dan pasangannya juga yang
sering menjadi sasaran kemarahan serta suka menentang apa-apa cadangan atau
tindakan pasangan.
.
iv. Kurang
keupayaan mengawal emosi sendiri
Di dalam keadaan ini kerap terjadi ketegangan emosi, suka
menengking ahli keluarga dan selalu menimbulkan ketegangan dalam perhubungan
keluarga.
.
v. Selalu
mengasingkan diri
Pada tahap ini suami atau isteri suka mengasingkan diri (boikot).
Di antara mereka berdua tidak lagi bertegur sapa dan segala keperluan diuruskan
melalui perantaraan ataupun secara ‘message’ (nota). Mereka selalunya akan
tidur berasingan dan kedua-dua pihak dan hakikatnya sudah tidak menjalankan
fungsi dan tugas masing-masing walaupun masih tinggal di dalam satu rumah.
.
vi. Kerap
bertengkar
Pertengkaran yang sengit kerap terjadi. Mereka akan bergaduh asal
saja bersua muka. Suami isteri sering mencari-cari punca kemarahan pasangan dan
segala ketidakpuasan hati diluahkan di samping kata-kata ungkitan. Kadangkala
bila kemarahan memuncak akan libatkan masalah keluarga, keturunan dan
sebagainya.
.
vii. Mengambil
tindakan yang nekad.
Apabila pergaduhan suami isteri berlaku, kerap kali juga mereka
mengambil sesuatu tindakan yang agresif seperti menggunakan kekerasan fizikal
terhadap pasangan. Selain daripada itu ada di antara suami isteri yang ambil
tindakan keluar rumah atau buat hubungan sulit di luar rumah. Di dalam
setengah-setengah keadaan, kedapatan pasangan suami isteri yang berusaha
mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak lain bagi memperkuatkan (backing)
tindakan seperti sokongan ibubapa, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya.
.
v. Pengaduan
Apabila sesuatu isu yang terjadi di dalam rumahtangga berpanjangan
tidak diselesaikan, pihak suami / isteri akan membuat pengaduan kepada
pihak-pihak tertentu seperti imam, ketua kampung ataupun ke pejabat agama untuk
diambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan.
.
ix. Tuntutan
cerai
Kemuncak kepada krisis di antara suami isteri ialah masing-masing
akan mengemukakan tuntutan perceraian melalui pejabat Kadi / Mahkamah.
.
4) KATEGORI KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh
berlaku sama ada berpunca daripada pihak suami atau pihak isteri. Oleh itu,
kedua-dua pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan sebuah rumahtangga
bahagia ataupun menjadikan rumahtangga mereka porak poranda.
.
1. Krisis yang disebabkan oleh isteri berlaku apabila isteri
enggan memenuhi kehendak suami, sering marah, benci serta tidak taat kepada
suami. Isteri juga meninggalkan tugas dan kewajipannya serta meninggikan diri
serta berlaku curang terhadap suami. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan
isteri bertindak sedemikian, termasuk faktor pada diri isteri sendiri, suami
dan factor-faktor luaran.
a. Faktor diri isteri sendiri meliputi kecantikan diri, kedudukan
dan pendidikan.
b. Suami memberi pengaruh yang kuat kepada seorang isteri. Ia
meliputi cara pergualan, akhlak dan juga perlaksanaan tanggungjawab. Seringkali
hal ini menjadi factor penggerak kepada isteri untuk berfungsi dengan baik di
dalam sebuah rumahtangga.
c. Pengaruh luar meliputi rakan atau jiran, media massa dan juga keluarga (mertua, ipar dan
sebagainya).
2. Konflik rumahtangga yang berpunca daripada pihak suami terjadi
apabila seorang suami bersikap keras, isteri tidak bergaul dengan baik, tidak
menjalankan kewajipan terhadap isteri, buat hubungan dengan perempuan lain dan
sebagainya.
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi ialah faktor diri dan
faktor luaran:-
a. Faktor kepada diri suami sendiri ialah kedudukan, pendidikan
dan juga pembawaan diri.
b. Faktor luaran meliputi pergaulan, persekitaran dan keluarga.
.
5) PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh
berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun ia boleh
disimpulkan kepada tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri
untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan
berkesan selalunya akan membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah
rumahtangga. Komunikasi agresif seringkali terjadi di dalam hubungan suami
isteri. Di mana suami isteri memaksa pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal
ini kerap menimbulkan reaksi pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang
kerap digunakan oleh suami isteri di dalam menyampaikan hasratnya.
Di antara teknik agresif ialah :
a. Paksaan
: Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang
keras, ugutan dan sebagainya.
b. Menyakinkan
: Dengan cara pujuk rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk
menyakinkan pasangan bahawa untuk kebaikan bersama.
c. Penilaian
: Memberi penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara
merendah-rendahkan pasangan.
d. Melindungi
: Tidak menyatakan sesuatu dengan sebenarnya.
e. Menangguhkan
: Melengah-lengahkan sesuatu harapan atau permintaan dengan
tujuan supaya dilupakan atau sebagai satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan
orang lain : Berlaku bila seseorang rasa marah dan tidak
diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula mencari sasaran untuk melepaskan
kemarahan.
2. Tanggungjawab
Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak
tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna.
Tanggungjawab di dalam rumahtangga meliputi :-
a. Nafkah
: Suami tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan
isteri.
b. Tempat
tinggal : Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan
kadang kala tidak menjelaskan sewa dan sebagainya.
c. Kebajikan
: Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan
persekolahan anak-anak dan pendidikan kerohanian.
d. Keselamatan
: Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih
sayang : Kasih sayang di antara suami isteri perlu sentiasa
dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau
tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.
3. Seksual
Seksual di dalam sesebuah perkahwinan merupakan suatu tuntutan
biokologikal. Ia juga merupakan terjemahan kepada perasaan cinta dan kasih
sayang suami isteri. Oleh itu, hubungan seksual adalah keperluan yang mesti
dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan isteri. Kerapkali berlaku
krisis rumahtangga bila suami / isteri mengalami masalah seksual seperti :
a. Rendah nafsu atau perbezaan keinginan di antara suami isteri
disebabkan oleh penyakit atau kejemuan.
b. Nafsu yang tinggi.
c. Penghindaran seks. Suami isteri sering kali menolak atau
mencari helah untuk tidak membuat hubungan seks.
d. Enggan melakukan seks dengan pasangan tetapi dalam masa yang
sama berkeinginan untuk melakukannya dengan orang lain.
e. Tidak ada tindakbalas / dingin.
f. Tidak sampai ke kemuncak
g. Keuzuran
h. Ketakutan
i. Takut mengandung
j. Sakit semasa atau selepas melakukan seks.
.
.
6) CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke
atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT
di dalam firmannya, yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas
perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa
keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian
daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
.
Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi
diberikan kepada suami maka beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi
mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah
bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
.Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam
rumahtangga.
b. Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.
Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca
daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri,
buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan
ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami
sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal
kepada Allah.
Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada
faktor luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :
1. 1. Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.
2. 2. Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3. 3. Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.
4. 4. Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri,
supaya isteri boleh buat pilihan
i. Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri
isteri semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah
menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku
nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika
sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka
masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan)
kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk
menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha
Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
.
7) MENASIHATI ISTERI
.
Dalam menghadapi sesuatu
permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh
bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan
: Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami
juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan
peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah
bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang dilakukan
oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan berperikemanusiaan,
sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Dari Abi Hurairah r.a.;
Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila
ia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik atau
diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang
rusuk. Dan bahagiannyan yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau
berusaha meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan
sentiasa bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”
(Riwayat Muslim)
.
MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR
.
Merupakan langkah yang
kedua yang disarankan kepada suami untuk bertindak setelah langkah pertama
menemui kegagalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
a. Suami tidak melakukan
persetubuhan dengan isterinya.
b. Tidur berasingan
(berlainan bilik).
c. Tidak bertegur sapa atau
bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur dengan cara
membelakangkan isteri
Tempoh bagi suami
melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan
kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila
Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga
4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.
Dalam melaksanakan tindakan
ini suami tidak boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh melampau di dalam
tindakannya. Apabila isteri telah kembali taat suami hendaklah memberhentikan
semua tindakan dan suami tidak boleh sekali-kali mencari jalan untuk
menyusahkan isteri atau membalas dendam.
.
.
9)
PUKUL
.
Salah satu langkah yang
boleh dilakukan oleh suami terhadap keengkaran isteri setelah langkah pertama
dan kedua tidak memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan
isteri tentang sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan.
Sabda Rasulullah SAW; maksudnya :
“Hendaklah kamu memukul
isteri-isteri kamu apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara yang baik”.
Di dalam melaksanakan
langkah ini, syarak telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut :
1. Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang
boleh meninggalkan sebarang kesan.
2. Tidak memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya
seperti dada.
3. Tidak menggunakan
alat-alat yang boleh mencederakan.
Selain daripada itu, suami
mestilah bertindak di dalam keadaan yang waras dan tidak sekali-kali dengan
mengikut perasaan marah atau dendam. Islam melarang keras suami memukul isteri
yang tidak membuat kesalahan. Sebolehnya mengelakkan daripada memukul isteri,
sekali pun langkah-langkah terdahulu telah gagal.
.
.
10)
MELANTIK ORANG TENGAH
.
Setalah suami melakukan
ketiga-tiga langkah terdahulu dan didapati tidak menampakkan apa-apa kesan
positif malahan bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami masih mengharapkan
kebaikan maka suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini berdasarkan firman
Allah dalam surah An-Nisa’ : 35, maksudnya :
.
Dan jika bimbangkan
perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantikan orang tengah
untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari
keluarga perempuan, jika orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak
mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat iaitu
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi di dalam pengetahuannya”.
ii. Konflik yang berpunca
daripada pihak suami.
.
Dalam menghadapi konflik
rumahtangga yang berpunca daripada sikap buruk suami, isteri hendaklah
bertindak berdasarkan firman Allah SWT, (Surah An-Nisa’ : 128) maksudnya :
.
Dan jika seorang wanita
khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak apa bagi
keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih
baik (bagi mereka walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ……..
.
Daripada ayat di atas,
tindakan yang patut dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami dengan
menyatakan bahawa suami sebagai tempat perlindungan isteri dan anak, isteri
hendaklah memberi peluang kepada dirinya dan suami untuk meneruskan kehidupan
suami isteri di samping meningkat potensi diri bagi menarik minat dan kesedaran
suami supaya untuk memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam keadaan
ini, pihak isteri tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau mencerca.
Suami di atas kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
.
Walau bagaimanapun dalam
keadaan tertentu isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak
tertentu seperti keluarga sahabat atau orang tengah yang dilantik untuk
membaiki keadaan rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak daripada krisis
rumahtangga mungkin isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan isteri perlu
menunjukkan permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun semasa krisis,
isteri tidak boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa persetujuan
daripada pihak suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan (kes-kes deraan
dan sebagainya).
.
11)
KESIMPULAN
.
Krisis di atas suami isteri
merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana
rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh
memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan
baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika
terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan
jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara
suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus
kekal bahagia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan