Ahad, 16 Oktober 2011

KESELAMATAN SEMASA BERLAKUNYA KEBAKARAN.

Keselamatan dalam rumah-bahagian akhir

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri yang terdahulu iaitu Tips keselamatan dalam rumah yang menyentuh berkenaan alat pengesan asap dan kali ini seperti yang dijanjikan iaitu berkenaan dengan Alat Pemadam Api dan juga Susun Atur dalam rumah. Kita teruskan dengan tips ini.
Alat Pemadam Api (APA) / Fire Extinguisher
Tips keselamatan kedua ialah dengan mengadakan Alat Pemadam Api (APA) dalam rumah anda. APA ini adalah sebagai bantuan ataupun langkah awal untuk melawan permulaan kebakaran. Kalau api dah besar tidak digalakkan menggunakannya. Terus lari selamatkan diri jer.
APA yang sesuai digunakan dalam rumah ialah jenis ABC Powder iaitu sesuai untuk jenis kebakaran A, B dan juga C. Nak tahu lanjut berkenaan kelas api boleh rujuk di sini. Baiklah aku bukan nak mengajar jenis kebakaran, kelas-kelas api dan sebagainya tapi ingin berkongsikan tips berkenaan dengan langkah keselamatan yang boleh diambil di rumah.
Kedudukan yang paling sesuai untuk meletakkan APA ini ialah paras dimana senang untuk kita mencapainya dan juga digunakan sewaktu berlakunya kecemasan. APA dalam gambar kat atas tu baru aku gantung dekat rumah aku sebab aku baru dapat Drill yang mentua bagi 2 minggu lepas. Oh ya harga APA ini dalam lingkungan RM 90-160 kalau aku tidak silap.
Kegunaan APA yang aku guna tersebut mempunyai berat 3kg dan yang selalu yang kamu lihat di pasaraya, pejabat biasanya jenis 9kg. Kalau setakat rumah 3kg pun sudah cukup sebagai persediaan untuk kejadian kecemasan yang mungkin berlaku.
Susun atur rumah

cara terbaik letak kunci di dalam rumahTips terkahir yang ingin aku kongsikan disini ialah susun atur rumah haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti jalan keluar yang mudah semasa berlakunya kecemasan. Anda boleh buat satu lakaran rumah anda dan buat pelan kecemasan semasa berlakunya kebakaran. Tapi kalau setakat rumah setingkat 20 x 70 tak perlu lah nak buat sampai macam tu.
Antara ciri-ciri penting susun atur rumah yang mampu membantu dalam keselamatan di rumah ialah tempat meletak kunci rumah di dalam rumah anda. Seperti gambar di atas kunci rumah, kunci motor aku letakkan sekali. (Kunci kereta aku terpaksa cabut semasa ambil gambar ni sebab tak cantik masa nak snap tadi). Disiplin dalam diri diperlukan untuk memastikan semua kunci diletakkan ditempat tersebut sebelum orang terakhir dalam rumah tidur.
Cara meletakkan kunci penting bagi aku kerana sekiranya berlaku kecemasan pasti kita akan tergesa-gesa untuk keluar dari rumah bukan? Cuba bayangkan dengan rumah yang sedikit bersepah, kunci rumah dan kunci kereta letak merata apakah yang akan jadi? Anda fikirkan dan renungkan. Sekali lagi ingin aku nyatakan untuk memastikan kunci berada ditempat yang dikhaskan sememangnya memerlukan disiplin dalam diri. Lakukan setiap hari pasti sebulan selepas itu anda akan jadi automatik, balik rumah jer buka pintu terus letak kunci dekat tempat yang dikhaskan tersebut.
Selain itu perkara penting yang perlu anda tahu ialah tempat untuk meletakkan kunci tersebut biarlah di tempat yang berhampiran pintu bilik tidur kita atapun pintu hadapan rumah kita, janji senang untuk ingat dan di ambil sekiranya berlaku kecemasan.
Tips-tips lain ialah dengan mempastikan sebelum tidur jadikan rutin harian iaitu laluan untuk keluar ke pintu rumah tiada halangan seperti basikal anak anda, takpun kerusi yang digunakan untuk menonton TV dan sebagainya. Ini penting apabila berlaku kecemasan dan dalam waktu yang sama bekalan elektrik terputus. Belum sampai tempat nak ambil kunci ataupun pintu rumah anda dah tersadung. Akibatnya fikirkanlah sendiri.
Ini situasi yang cuba aku bayangkan iaitu dengan gabungan tips yang pertama iaitu menggunakan alat pengesan asap dan setelah alat tersebut mengeluarkan amaran ataupun bunyi siren secara tidak langsung akan terjaga dari tidur dan bermaksud ada berlakunya kebakaran dan dengan pantas mengambil APA tersebut untuk melawan kebakaran pada peringkat permulaan dan dalam masa yang sama arahkan yang lain keluar dari rumah dan masa ini penting untuk semua yang berada di rumah tahu tempat kunci rumah diletakkan supaya senang untuk melarikan diri.
Tak perlu rasanya aku sebut tentang kes-kes yang berlaku kerana anda sendiri sudah membacanya di akhbar-akhbar.
Dah habis pun tips keselamatan dalam rumah ini. Ada persoalan? Mari kita sama-sama berkongsi pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin