IMAN DAN PERCAYA
Saya sebagai seorang islam hanya wajib beriman
dan percaya kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga anda tidak dapat
tidak mesti percaya 100%. Kepercayaan kepada keduanya diterjemahkan
melalui pegangan dan amalan seperti yang ditunjukkan di dalam Al-Quran
dan Hadis. Semua amalan tersebut bersandarkan kepada beberapa asas iaitu
kerana inginkan pahala yang boleh membawa ke syurga dan enggan kepada
dosa yang boleh membawa ke neraka. Juga kerana takutkan perkara –
perkara dahsyat di padang mahsyar seperti melintas titian sirat,
matahari sejengkal di atas kepala, tenggelam di dalam peluh sendiri,
timbangan amalan baik dan buruk dan berbagai lagi peristiwa akhirat.
Semua peristiwa tersebut berlaku setelah kematian kita. Tidak ada siapa
pun di antara kita yang pernah melihatnya. Kalau ada tentulah mustahil
sebab orang yang telah mati di dunia tidak akan kembali semula ke situ.
Jadi bagaimana kita tahu peristiwa-peristiwa tadi? Mestilah melalui
Kalam Allah dan Sabda Rasulnya. Percaya saya kepada keduanya adalah
sepenuhnya tidak berkurang sedikit pun walaupun hanya sekadar cerita.
Jika tidak begitu, cacatlah iman saya!
Ada pun percaya kepada manusia hendaklah dengan hati hati dan tidak mutlak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti
agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu
itu.“
( Alhujuraat : 6 )
Ayat di atas meminta kita menyelidik terlebih
dahulu sesuatu berita yang disampaikan kepada kita. Jangan terus
mempercayai sepenuhnya.
BERDIRI SENDIRI ATAU ADA YANG MENDIRIKAN?
Selepas media melaporkan sejadah berdiri di
dalam surau sebuah sekolah di Kelantan, hari – hari berikutnya turut
menyaksikan sejadah turut berdiri di beberapa tempat lain seperti di
Kedah dan Pulau Pinang. Yang menariknya sejadah yang dikatakan berdiri
sendiri itu bukannya berdiri tegak seperti persepsi saya semasa mula –
mula membaca tajuk isu berkenaan. Rupanya selepas melihat gambar, tidak
seperti yang disangkakan. Keadaan yang boleh dibuat oleh tangan manusia.
Soalan : Bolehkah beberapa orang budak nakal
menceroboh masuk ke surau tersebut pada waktu malam dan meletakkan
sejadah mengikut acuan orang yang sedang duduk solat?
Soalan lagi : Tidak perasankan bahawa sejadah itu yang jenis tebal dan keras semuanya? Mengapa tidak ada yang nipis?
YANG TAK HAIRAN DAN YANG HAIRAN
Yang Tak hairannya bagi saya ialah :
1) Sejadah yang dikatakan berdiri tapi tak berdiri pun. duduk saja.
2) Media yang kerjanya adalah untuk mencari
cerita menarik dan mensesasikannya walaupun tahu isu itu hanya untuk
bagi laku akhbar saja.
Yang hairannya pula ialah : ORANG RAMAI YANG
BERPUSU-PUSU MELIHAT KEJADIAN YANG BELUM TENTU BENAR ATAU TIDAK. LAINLAH
KALAU KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI.
Secara tak langsung orang yang datang tengok
dah diperbodohkan oleh orang lain. Saya rasa orang yang buat kerja tu
tengah gelakkan orang yang percaya. Media pun sama sekali la. Mungkin
mereka tahu tapi buat-buat tak tahu.
KHURAFAT DAN TANGGUNGJAWAB
Janganlah kejadian seperti ini membawa kepada
khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang islam. Sepatutnya orang
yang mula-mula melihatnya kena sembunyikan cerita dan jadikan ianya
pengajaran untuk diri sendiri bukannya menyebarkan kepada orang lain
yang belum tentu selamat dari fitnah atau tidak. Kalau betul pun, itu
untuk dirinya. Nah sekarang apa dah jadi? pening orang dibuatnya. Kalau
kejadian itu palsu habis semua kena tipu. Mana lebih baik dia sorang
yang tertipu berbanding semua orang kena tipu. Tengoklah sekarang ni
sejadah tempat lain pun berdiri sama. Ntah-ntah esok lusa semua sejadah
di semua masjid berdiri habis.
MANA LEBIH BAIK ANTARA PERCAYA DAN TIDAK?
Bagi saya lebih baik jangan percaya sebab
cerita tu datang dari manusia bukannya dari Al-Quran mahupun Hadis.
Biarlah orang yang melihatnya sahaja yang percaya dan menganggap dirinya
dipilih untuk melihat kejadian tersebut. Untuk orang lain…selidik
dahulu dan jika ada alasan yang kukuh untuk dipercayai, terpulanglah.
Asas yang boleh dilihat untuk percaya cerita seseorang ialah si
pencerita itu adil atau tidak( maksud adil ialah tidak fasik / tidak
melakukan larangan Allah dalam kehidupannya ). Syarat ini bertepatan
dengan ayat 6 surah Al-Hujuraat.
Si pendakwa kejadian ini boleh kiaskan ianya
dengan mimpi. Jika seseorang itu bermimpi perkara yang baik, eloklah
diceritakan kepada ahlinya sahaja yang pandai menafsirkan mimpi. Tidak
boleh diceritakan kepada sebarangan orang takut nanti disalah tafsirkan
mimpi itu, buruk padahnya. Lebih-lebih lagi mimpi buruk, jangan
diceritakan kepada sesiapa. Itu yang diajar oleh islam.
حديث أبى سعيد الخدرى : إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبها ،فإنما هى من الله ،فليحمد الله عليها وليحدث بها،وإذا رأى غيرذلك مما
يكره فإنما هى من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره
“Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang
menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan
ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat
mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan,
kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya
kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada
nya.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh
orang yang mula-mula melihat sejadah dalam keadaan” berdiri” itu. (Pada
saya duduk.tengok gambar betul-betul).
PENGAJARAN
1) Selidik cerita adalah suruhan Allah.
2) Jadikan kisah tafsir mimpi sebagai timbangan.
3) Iman manusia mudah terusik jika diuji sedikit sahaja oleh Allah S.W.T.
4) Bertaubatlah dari segala bentuk penipuan jika ada.
5) Mendirikan solat tetap kewajipan kepada semua orang islam. Jangan abaikan. Berita balasan neraka lebih perlu dipercayai.
Sekian Terima kasih.
Wassalam.
Wahabi Dan Realiti Di Malaysia
Malaysia sebuah negara yang sudah sekian lama
masyarakat islamnya mengamalkan ajaran mazhab Syafii termasuklah tradisi
berwirid selepas solat, bertahlil, azan jumaat dua kali dan sebagainya
lagi. Inilah yang dipegang tanpa rasa ragu-ragu. Harus diingat bahawa
amalan orang awam cukup sekadar ikutan(taklid) tanpa perlu kepada
dalil(bukti nas). Jika lebih dari itu, adalah lebih baik.Ini kerana
orang awam sudah tidak mampu untuk mencari dalil yang dikehendaki. Hal
tersebut akan menyusahkan mereka dan islam tidak menyusahkan umatnya.
Lihatlah di mana sahaja orang awam akan merujuk segala masalah kepada
para ulama dan ustaz. Jawapan yang diberikan tidak perlu ditanya pula,
mana dalilnya? Biar ulama dan ustaz itu sahaja yang tahu dalil tersebut.
Pengaruh Wahabi
Asalnya wahabi ini ialah nama pengasasnya
Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Mengikut kajian pengaruh
wahabi datangnya dari negara-negara arab yang dibawa oleh pelajar
Malaysia yang belajar di sana. Pelajar-pelajar ini ingin membuat
perubahan di Malaysia dengan harapan menjadi pendakwah yang membuat
perubahan masayarakat ke arah yang lebih sunnah, lebih baik dari yang
sedia diamalkan. Tetapi bukan mudah niat itu dilaksanakan kerana di sana
terdapat hujah lawan yang sangat kuat untuk dihadapi. Amalan Wahhabi
banyak boleh dilihat di Negeri Perlis. Pergilah kemasjidnya pada waktu
solat. Anda akan lihat pengaruhnya.
Hujah Lawan
Antara hujah atau alasan pembawaan wahabi ini ditolak oleh ulama tradisi ialah :
1) Apakah ajaran ulama terdahulu yang dipegang
oleh penduduk islam Malaysia sehingga sekarang sudah tidak relevan?.
Bukankah zaman mereka lebih hampir dengan zaman Nabi Muhammad dan para
sahabat? Jika hendak dibandingkan dengan mereka zaman kita lebih
terkebelakang. zaman kita penuh dengan fitnah dan kekotoran. Jiwa
tercemar dengan segala maksiat walau sedikit ia tetap dosa. Sedikit dosa
zaman kita, besar nisbahnya pada zaman mereka.
2) Bukankah perbezaan pendapat itu harus
dihormati? Mengapa mempertikaikan amalan orang lain yang tidak
disetujui? Kamu lakukanlah apa yang kamu ingin lakukan asalkan ianya ada
hujah. Jangan pertikaikan amalan kami yang juga ada hujah tersendiri.
Kami tidak mempertikaikan anda maka janganlah anda mempertikaikan kami.
Siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan ulama terdahulu?.Lakum
diinukum wa liya diin….
3) Jika hendak dilakukan pembaharuan
lakukanlah ianya untuk diri sendiri yang mungkin ada dalil yang boleh
dipakai. Jangan di fatwakan pada masyarakat umum. nanti pening jadinya.
Berlapang dadalah dengan amalan orang awam. Tidak salah bukan jika
mereka lakukan yang sudah diwarisi sejak turun temurun?. Itu lebih baik
dari fitnah yang bakal tercetus jika terus mempertikaikan amalan orang
lain.Ingat kata kunci “Jangan Pertikai”dan “jangan fatwakan pada orang
awam”. Anda tahu anda buat.
4) Amalan wahabi berasal dari negara timur
tengah. Ianya diperkenalkan untuk mengatasi masalah khurafat dan bidaah
yang berlaku di sana. Orang arab mudah terpengaruh dengan kedua-duanya
jadi sebagai jalan terbaik untuk menghapuskan khurafat dan bidaah adalah
dengan menyuruh mereka melakukan perkara yang perlu sahaja. Jika amalan
tersebut hendak diperkenalkan di Malaysia, tidak sesuai jadinya.
Masyarakat islam Malaysia tidak sama dengan masyarakat arab. Mereka
tidak mudah terpengaruh dengan perkara khurafat dan bidaah. Amalan
mereka sentiasa dipantau oleh para alim ulama.Malaysia adalah Malaysia.
Tidak cukupkah badan pemantau yang ada di Malaysia.
Kesimpulan
Pertembungan dua fahaman ini tidak akan
berkesudahan jika pihak wahabi tidak berlapang dada dengan amalan pihak
tradisi. Selepas ini konflik antara kedua-dua pihak mungkin tercetus
lagi. Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Alhamdulillah di kesempatan, cuti yang
sekejap hujung minggu ni untuk saya menyambung penulisan saya, yang
terhenti hampir 2 bulan. Dan terniat saya untuk menulis ni atas usaha
menyampaikan kepada semua, moga-moga manfaat akan kita peroleh bersama.
Syukur juga semalam saya dapat menghadiri majlis ilmu di kolej dan tajuk
ini lah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz. Dan kata-kata guru saya
dulu, andai kita tak dapat berdiri dikhalayak untuk menyampaikan
(Seperti seorang ustaz dan pemimpin), maka jangan tinggalkan usaha
menyampaikan, dan bermula dari sini lah usaha saya untuk menyampaikan
yang bermanfaat melalui penulisan. Dan kalau dilihat, ramai lagi
para-para ilmuan, ustaz dan ustazah menyampaikan ilmu mereka melalui
karya penulisan mereka. Ini hanyalah sekadar intro =). Perenggan
seterusnya akan mengulas lebih lanjut tentang tajuk yang ingin saya
sampaikan.
Pertamanya, dalam penerangan al-fadhil ustaz berdasarkan surah Luqman yang telah dibaca oleh student, maksudnya “Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan
menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan
kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.” dimana
disini secara jelas hukum mentaati dan berbakti kepada orang tua iaitu
ibu bapa kita adalah WAJIB, dan dijelaskan lagim oleh ustaz, bahawa
antara dosa-dosa besar adalah mensyirikkan ALLAH, derhaka terhadap ibu
bapa, membunuh orang dan lari dari medan perang. Dan maksud derhaka
disini ialah tidak berbakti dan tak mentaati ibu bapa.
Sebenarnya , dalam Al-Quran itu
sendiri selain daripada surah Luqman itu sendiri, ada banyak lagi ayat
dalam Al-Quran berkaitan dengan kewajipan mentaati ibu bapa, antara lain
yang saya tahu dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud “Dan
Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya
kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah
satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada
keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan
ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu
terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai
Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku
waktu kecil” . Dan dalam surah An-Nisa’:36 bermaksud ”Dan
sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan
berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang
miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan
dirinya”
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti
kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan
(mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi
bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka
kepada kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan
rezeki. Maka Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab
adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh
itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah
kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Hukum taat kepada ibu bapa itu wajib, maka
haram untuk kita meninggalkan kewajipan tersebut, maksudnya disini
seorang anak itu wajib mentaati kedua ibu bapa, dan jika tidak
mentaatinya, maka dikira sebagai anak derhaka. Harus diingat
sesungguhnya keredaan ALLAH itu terletak pada keredhaan kedua-dua orang
tua kita.
Bagaimana pula cara berbakti kepada ibu bapa?
Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka
janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak
yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar
dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar
manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu
tidak akan dapat membalas jasanya. Maka cara berbakti kepada mereka
adalah memenuhi hak mereka.
Disini ada satu kisah, ketika Abdullah bin
Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan
kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin
Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”
Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat
membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Al-fadhil ustaz juga menyebut, daripada
seuah hadis, bahawa sesungguhnya kita tidak akan dapat membalas jasa
orang tua kita, melainkan apabila mereka itu menjadi hamba, dan kita
membeli serta memerdekakan mereka. Seterusnya adalah kita harus jalankan
amanah yang diberikan mereka kepada kita, doakan kesejahteraan mereka
walaupun mereka telah tiada, berbuat baik dengan sahabat-sahabat mereka
dan mencukupkan keperluan mereka.
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang
siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka
hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari,
Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka
mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah
siltulrahim.
Cukup sekadar ini sahaja lah penulisan
saya, dan harapan semoga ini banyak memberi manfaat bersama. InsyaALLAH
ada masa akan saya sambung dengan penulisan yang lain.
****Terima kasih buat al-fadhil ustaz, dan kebanyakan isi
dalam penulisan ni hasil perkongsian dari ustaz dan juga blog
ustaz-ustaz di certain IPT =) Moga-moga ALLAH memberkati mereka atas
perkongsian ilmu-Mu****
Sejadah Berdiri Dan Iman
(ARTIKEL NI SAYA COPY DARI SUMBER INTERNET, TERIMA KASIH BUAT HAMBA ALLAH YANG MENYAMPAIKAN, SEMOGA USAHA KITA DIBERKATI)
ASSALAMUALAIKUM….
Maaf kerana agak lama tidak
menulis. Kali ini tergerak di hati saya untuk mengulas satu isu yang
agak melucukan saya : Sejadah berdiri. Cerita sejadah berdiri seingat
saya sudah lama diperkatakan. Dulu ianya tidak sensasi kerana media
tidak memainkan peranan. Tapi sekarang jadi cerita sensasi pulak bila
media yang mensensasikannya.
IMAN DAN PERCAYA
Saya sebagai seorang islam hanya
wajib beriman dan percaya kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga anda
tidak dapat tidak mesti percaya 100%. Kepercayaan kepada keduanya
diterjemahkan melalui pegangan dan amalan seperti yang ditunjukkan di
dalam Al-Quran dan Hadis. Semua amalan tersebut bersandarkan kepada
beberapa asas iaitu kerana inginkan pahala yang boleh membawa ke syurga
dan enggan kepada dosa yang boleh membawa ke neraka. Juga kerana
takutkan perkara – perkara dahsyat di padang mahsyar seperti melintas
titian sirat, matahari sejengkal di atas kepala, tenggelam di dalam
peluh sendiri, timbangan amalan baik dan buruk dan berbagai lagi
peristiwa akhirat. Semua peristiwa tersebut berlaku setelah kematian
kita. Tidak ada siapa pun di antara kita yang pernah melihatnya. Kalau
ada tentulah mustahil sebab orang yang telah mati di dunia tidak akan
kembali semula ke situ. Jadi bagaimana kita tahu peristiwa-peristiwa
tadi? Mestilah melalui Kalam Allah dan Sabda Rasulnya. Percaya saya
kepada keduanya adalah sepenuhnya tidak berkurang sedikit pun walaupun
hanya sekadar cerita. Jika tidak begitu, cacatlah iman saya!
Ada pun percaya kepada manusia hendaklah dengan hati hati dan tidak mutlak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman,
jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum
tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatanmu itu.“
( Alhujuraat : 6 )
Ayat di atas meminta kita
menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita yang disampaikan kepada kita.
Jangan terus mempercayai sepenuhnya.
BERDIRI SENDIRI ATAU ADA YANG MENDIRIKAN?
Selepas media melaporkan sejadah
berdiri di dalam surau sebuah sekolah di Kelantan, hari – hari
berikutnya turut menyaksikan sejadah turut berdiri di beberapa tempat
lain seperti di Kedah dan Pulau Pinang. Yang menariknya sejadah yang
dikatakan berdiri sendiri itu bukannya berdiri tegak seperti persepsi
saya semasa mula – mula membaca tajuk isu berkenaan. Rupanya selepas
melihat gambar, tidak seperti yang disangkakan. Keadaan yang boleh
dibuat oleh tangan manusia.
Soalan : Bolehkah beberapa orang
budak nakal menceroboh masuk ke surau tersebut pada waktu malam dan
meletakkan sejadah mengikut acuan orang yang sedang duduk solat?
Soalan lagi : Tidak perasankan bahawa sejadah itu yang jenis tebal dan keras semuanya? Mengapa tidak ada yang nipis?
YANG TAK HAIRAN DAN YANG HAIRAN
Yang Tak hairannya bagi saya ialah :
1) Sejadah yang dikatakan berdiri tapi tak berdiri pun. duduk saja.
2) Media yang kerjanya adalah
untuk mencari cerita menarik dan mensesasikannya walaupun tahu isu itu
hanya untuk bagi laku akhbar saja.
Yang hairannya pula ialah : ORANG
RAMAI YANG BERPUSU-PUSU MELIHAT KEJADIAN YANG BELUM TENTU BENAR ATAU
TIDAK. LAINLAH KALAU KITA LIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI.
Secara tak langsung orang yang
datang tengok dah diperbodohkan oleh orang lain. Saya rasa orang yang
buat kerja tu tengah gelakkan orang yang percaya. Media pun sama sekali
la. Mungkin mereka tahu tapi buat-buat tak tahu.
KHURAFAT DAN TANGGUNGJAWAB
Janganlah kejadian seperti ini
membawa kepada khurafat yang boleh menjejaskan akidah orang islam.
Sepatutnya orang yang mula-mula melihatnya kena sembunyikan cerita dan
jadikan ianya pengajaran untuk diri sendiri bukannya menyebarkan kepada
orang lain yang belum tentu selamat dari fitnah atau tidak. Kalau betul
pun, itu untuk dirinya. Nah sekarang apa dah jadi? pening orang
dibuatnya. Kalau kejadian itu palsu habis semua kena tipu. Mana lebih
baik dia sorang yang tertipu berbanding semua orang kena tipu. Tengoklah
sekarang ni sejadah tempat lain pun berdiri sama. Ntah-ntah esok lusa
semua sejadah di semua masjid berdiri habis.
MANA LEBIH BAIK ANTARA PERCAYA DAN TIDAK?
Bagi saya lebih baik jangan
percaya sebab cerita tu datang dari manusia bukannya dari Al-Quran
mahupun Hadis. Biarlah orang yang melihatnya sahaja yang percaya dan
menganggap dirinya dipilih untuk melihat kejadian tersebut. Untuk orang
lain…selidik dahulu dan jika ada alasan yang kukuh untuk dipercayai,
terpulanglah. Asas yang boleh dilihat untuk percaya cerita seseorang
ialah si pencerita itu adil atau tidak( maksud adil ialah tidak fasik /
tidak melakukan larangan Allah dalam kehidupannya ). Syarat ini
bertepatan dengan ayat 6 surah Al-Hujuraat.
Si pendakwa kejadian ini boleh
kiaskan ianya dengan mimpi. Jika seseorang itu bermimpi perkara yang
baik, eloklah diceritakan kepada ahlinya sahaja yang pandai menafsirkan
mimpi. Tidak boleh diceritakan kepada sebarangan orang takut nanti
disalah tafsirkan mimpi itu, buruk padahnya. Lebih-lebih lagi mimpi
buruk, jangan diceritakan kepada sesiapa. Itu yang diajar oleh islam.
حديث أبى سعيد الخدرى : إذا رأى أحدكم الرؤيا يحبها ،فإنما هى من الله ،فليحمد الله عليها وليحدث بها،وإذا رأى غيرذلك مما
يكره فإنما هى من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره
“Apabila seseorang darimu melihat
mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah
dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia
melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari
syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan
ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan
mudarat kepada nya.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Begitulah yang sepatutnya
dilakukan oleh orang yang mula-mula melihat sejadah dalam keadaan”
berdiri” itu. (Pada saya duduk.tengok gambar betul-betul).
PENGAJARAN
1) Selidik cerita adalah suruhan Allah.
2) Jadikan kisah tafsir mimpi sebagai timbangan.
3) Iman manusia mudah terusik jika diuji sedikit sahaja oleh Allah S.W.T.
4) Bertaubatlah dari segala bentuk penipuan jika ada.
5) Mendirikan solat tetap kewajipan kepada semua orang islam. Jangan abaikan. Berita balasan neraka lebih perlu dipercayai.
Sekian Terima kasih.
Wassalam.
Renungan Untuk Diriku
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau
bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian
yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk
menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang
menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar
kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang
masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk
Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan
yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali
menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai
SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan
janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada
Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa
senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu
iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan
terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU
SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana
kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu
menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang,
tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah
bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA
tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah
bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga
sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di
Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di
dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan
semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah
benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di
kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap
akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan
semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi
sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami
sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang
liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang
diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan
bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan
penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya
mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah
Al-A’sr ..
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat,
bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka
semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR
AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan
TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah
saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?” Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka
putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian” Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan
orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt
memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:”Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku
telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur
mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu
mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat
Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman
yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di
bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah
kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”
* Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ”
Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua
yang kamu lakukan.” Surah Al-Baqarah : 237
“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”
Hukum Muzik Dalam Islam
Muzik berasal dari perkataan
Yunani yang digunakan bagi menunjukkan seni atau kemahiran bermain alat
hiburan. Ilmu muzik pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas
irama. Sementara ahli muzik ialah orang yang mahir berkenaan dengan
muzik.
Dari segi istilah, muzik ialah
ilmu yang membahaskan tentang selok belok nada dan irama, cara-cara
menggubah lagu, penciptaan alatan muzik dan bunyi yang terhasil dari
alat-alat muzik.
Masalah Cabang :
Mendengar muzik hukumnya adalah
berbeza – beza di kalangan ulama. Ia merupakan masalah cabang bukannya
masalah asas. Oleh itu tidak sepatutnya seorang muslim itu menuduh
seorang muslim yang lain sebagai fasik hanya kerana mendengar muzik.
Juga tidak boleh baginya mengatakan pendapatnya sahaja yang betul tanpa
menghormati pendapat orang lain dalam masalah ini. Lainlah jika masalah
yang dibincangkan merupakan masalah asas seperti solat. Solat lima waktu
memang disepakati oleh semua orang islam bahawa hukumnya wajib. Lalu
jika ada orang yang mengatakan sebaliknya, layaklah disanggah kata-kata
tersebut.
Tetapi dalam masalah mendengar
muzik ini, ada ulama yang mengatakan boleh dan ada juga ulama yang
mengatakan tidak boleh. Dengan demikian janganlah dengan masalah yang
sekecil itu membawa kepada perpecahan di kalangan imat islam. Tiada
dalil yang jelas mengatakan bahawa muzik itu haram. Jika ada sudah tentu
tidak berlaku perselisihan di kalangan ulama.
Pendapat para ulama
Imam Al-Ghazali menyatakan
:”…Hiburan itu ‘ubat’ kepada hati yang menyembuhkan ‘penyakit’ letih,
lalu berpatutanlah ianya dihalalkan tetapi janganlah berlebihan
sepertimana halnya ubat yang tidak boleh diambil berlebihan…”
Katanya lagi :”Jika alatan muzik
yang digunakan adalah alat yang melambangkan ahli maksiat iaitu
seruling, gitar (dan seumpamanya) dan alat gendang dari kaca seperti
drum maka ianya adalah diharamkan….”
Qadhi Iadh mengatakan bahawa muzik
hanya halal kepada ahli ilham iaitu orang yang pandai memanipulasikan
muzik itu untuk mendapat ilham. Adapun bagi orang lain, hukumnya adalah
haram.
Ibnu Hazmin : Sesiapa yang
mendengar muzik dengan tujuan menyumbangkan perkara maksiat, maka dia
adalah seorang yang fasik. Dan sesiapa yang mendengarnya dengan tujuan
untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, maka ianya dibolehkan.
Antara ulama lain yang membahaskan dan mengatakan muzik itu harus ialah : Izz bin Abdussalam, Al-Qurtubi dan As-Syaukani.
Antara ulama lain yang membahaskan dan mengatakan muzik itu harus ialah : Izz bin Abdussalam, Al-Qurtubi dan As-Syaukani.
Kesimpulan :
Hukum mendengar muzik telah
menjadi pertikaian ulama sejak zaman awal islam lagi. Mereka bersatu
pendapat dalam beberapa perkara tetapi pada masa yang sama berselisih
pendapat dalan beberapa perkara yang lain.
Mereka bersepakat mengatakan bahawa setiap nyanyian yang mengandungi unsure maksiat, hukumnya haram.
Dan mereka juga sependapat tentang halalnya nyanyian tradisi yang tidak menggunakan alatan muzik yang dinyayikan di tempat-tempat yang dibenarkan syarak seperti di majlis perkahwinan, menyambut kepulangan orang hilang, hari-hari perayaan dan seumpamanya dengan syarat penyanyi bukanlah seorang wanita. Penyanyi wanita hanya dibenarkan dikhalayak wanita sahaja.
Tatapi dalam masalah penggunaan alatan muzik, mereka berselisih pendapat. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan tidak boleh.
Mereka bersepakat mengatakan bahawa setiap nyanyian yang mengandungi unsure maksiat, hukumnya haram.
Dan mereka juga sependapat tentang halalnya nyanyian tradisi yang tidak menggunakan alatan muzik yang dinyayikan di tempat-tempat yang dibenarkan syarak seperti di majlis perkahwinan, menyambut kepulangan orang hilang, hari-hari perayaan dan seumpamanya dengan syarat penyanyi bukanlah seorang wanita. Penyanyi wanita hanya dibenarkan dikhalayak wanita sahaja.
Tatapi dalam masalah penggunaan alatan muzik, mereka berselisih pendapat. Ada yang mengatakan boleh dan ada yang mengatakan tidak boleh.
Apa pun dapatlah disimpulkan bahawa nyanyian yang disertakan dengan alatan muzik atau tidak, hukumnya adalah halal dan dibolehkan dengan syarat tidak menjurus kea rah maksiat. Walaupun begitu, jika asyik dengan muzik sepanjang masa, akan menjadikan muzik itu makruh pula dan boleh jadi juga haram.
Bijak Menjaga Hati Isteri
Setiap lelaki di bekali
dengan sikap kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi
yang sukar. Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan
untuk keluar dari masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah
lelaki yang faham akan situasi isterinya dan tahu cara mengurus
isterinya. Sebab itulah lelaki merupakan ketua keluarga. Suami perlu
bersikap sabar apabila dimarahi dan dileter oleh isterinya, kerana
suami yang sabar akan tingkah laku isterinya yang suka bercakap atau
beleter, akan dihapuskan segala dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku
kepada Nabi Allah Ilyas yang berdoa supaya dianugerahkan kepadanya
isteri yang kuat beleter, kerana ia mengetahui inilah cara beliau
menghapuskan dosa dan cara mudah untuk masuk kedalam syurga Allah.
Setiap suami kena bijak menghadapi
isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu
pasal mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini
makhluk emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak
menghadapinya, tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar
isteri beleter atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan
terasa perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada
suaminya, waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat
yang lembut dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka
ketika mana ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.
Sering-seringlah menghargai diri
isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaganya untuk
suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga anak, mengemas
rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya ialah setiap
kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran yang
berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan
kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah
dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian
dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata
tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang
berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya,
ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Sebenarnya dari sudut psikologi
isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika mana suami
tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh mesti
akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan tidak
membantah.
Ada pepatah yang mengatakan bahawa
wanita ini diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau
nak menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut
kerana kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita
itu sangat lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali
ia diabaikan.
Waktu yang paling bahaya ialah
waktu ia dalam keadaan haid atau tidak suci, selalunya wanita ini
seringkali berkeadaan tidak menentu emosinya, kadang-kadang tak
pasal-pasal dimarahi oleh isteri. Jadi waktu sebegini suami kena faham
dan kena bersikap berdiamkan diri, berdiamkan diri ini adalah lebih
baik, atau keluar dari rumah pergi mengeteh dan sebagainya. Waktu
seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda sendiri kemarahannya, dan dia
sendiri tidak sedar akan kelakuannya.
Bagi suami janganlah terlalu
garang dengan isteri dan terlalu kasar atau keras suara dengan isteri.
Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa dirinya tidak dihargai dan
tidak berguna untuk suami dan paling bahaya apabila isteri mengatakan
suaminya hanya baik ketika ingin bersama dengannya sahaja. Semua
perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan keberontokan
rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut dimarahi, suami
pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang sepatutnya. Kalau
masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus melenting dan
memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur isteri. Pernah
ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang tawar tanpa
gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam minuman
Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga berkedut
kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening
Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut,
Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang
dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak
berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.
Setiap kali ada pertelingkahan,
pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang dahulu memohon maaf
atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang sebenarnya
tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan isteri tentang
situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut seperti
dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu lintas,
bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada isteri
ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk
menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman
kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.
Yang penting di sini, setiap
perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah isteri itu sebagai teman
bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang dialami. Situasi seperti
ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada suami untuk keluar
dari masalah tersebut dengan disokong oleh isteri.
Jangan sesekali ada konsep seperti
“isteri perlu diajar dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri”
ini semua akan mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah
kepada anak-anak ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat
menenangkan diri kita dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam
sangat melarang suami memukul isteri dan menengking isteri, kecuali
nasihat suami atas perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh
isteri barulah boleh dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa
mencederakan isteri. Sebab pukulan itu adalah untuk mengajar isteri
bahawa perbuatannya itu adalah salah.
Jadikan isteri sebagai teman yang
paling rapat dan disayangi, jadilah isteri kita sebagai tempat
penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran. Suami
juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat
mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami yang bijak juga adalah
suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang
diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh
Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga mawardah warahmat dan
menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.
Hukum Menyambut Perayaan Orang Kafir dan Menerima Hadiah Darinya
Assalamualaikum
warahmatullah. Tentang persoalan di atas, apakah hukumnya jika kita
menyambut ataupun mengambil bahagian dalam acara ataupun perayaan orang
kafir, dan apakah hukumnya jika kita menerima hadiah daripada mereka?
Dalam permasalahan ini, kesepakatan ulama’ menyatakan hukumnya haram
kita meraikan perayaan tersebut, walaupun sekadar bersuka sahaja, hal
ini telah diterangkan oleh Nabi S.A.W, “Janganlah kau meniru sesuatu kaum itu, barangsiapa yang meniru sesuatu kaum itu, maka dia termasuk dalam golongan itu”
Bermakna disini adalah larangan keras kita meniru sesuatu kaum itu,
termasuklah perayaan mereka, dan jika kita meraikan perayaan mereka,
bermakna kita juga meraikan kekafiran dan meredhai kemungkaran mereka.
Sedangkan ALLAH menyeru manusia melakukan yang ma’ruf dan menjauhi yang
mungkar.
Tidak menjadi masalah menerima
hadian dari orang yang bukan muslim, tetapi tidak boleh atas sesuatu
yang tidak dibenarkan seperti diatas (cth meraikan sesuatu perayaan
mereka). Misalannya seorang jiran memberi hadiah kepada kita, pada
hari-hari biasa, maka dibolehkan. Tetapi jika hadiah itu diberi atas
sebab memperingati Tuhan mereka, atau hadiah berupa dari penyembahan
mereka, maka itu diharamkan, kerana hal yang demikian itu sama maksudnya
seperti kita membenarkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan.
Juga sama juga hukumnya kita menerima hadiah berupa sesuatu yang
terdapat dalam agama mereka, umpamanya salib dan patung Jesus.
Begitu juga dengan bonus yang
diberikan oleh syarikat kepada pekerja. Bonus itu dibenarkan, tetapi
jika bonus itu diberi sempena menyambut perayaan-perayaan seperti Hari
Natal, maka pekerja dilarang menerima bonus tersebut, halnya sama
seperti di atas, dimana jika kita menerimanya, bererti kita seolah-olah
meredhai kemungkaran yang dilakukan.
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua. =)
Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh Agama Lain
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.. Kita umat Islam, berdiri
atas kalimah syahadah yang sama, mengaku bahawa ALLAH itu tuhan yang
Esa.. Apa yang ingin saya share ini adalah berkaitan isu pengguanaan
kalimah ALLAH oleh agama lain (pernah dibangkitkan oleh penganut Agama
Kristian.. Firstly, ini adalah perkara asas dalam semua agama, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan, di mana kita mengaku bahawa Tuhan kita adalah
ALLAH yang Maha Esa.. So, bagaimana pula dengan Kristian ni? Sebelum itu
saya mengajak pembaca merenung semula kisah Isa ibnu Maryam, benarkah
Nabi Isa disalib? Kita umat Islam percaya kisah Nabi Isa A.S dimana Nabi
Isa A.S tidak disalib malah diangkat ke langit, tetapi mereka (penganut
Kristian) percaya Nabi Isa A.S disalib.. Maka cuba fikir, 2 perkara
berbeza ini jika wujud, sebenarnya very confusing.. Sebab itu kita
jangan sesekali samakan Nabi Isa dengan Jesus Christ kerana kedua-duanya
berbeza.. Inilah kaitannya dengan penggunaan kalimah ALLAH, jika
dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam agama mereka, nescaya
tercemarlah nama ALLAH yang Maha Esa.. Kerana apa? Firstly, akan
tercemarlah sifat-sifat ALLAH, kerana dalam al-Quran disebutkan ALLAH
itu satu, tiada sekutu, tiada anak dan tidak diperanakkan.. Sedangkan
dalam agama Kristian, Trinity adalah pegangan mereka, maka jika mereka
menggunakan kalimah ALLAH sebagai Tuhan mereka, maka akan wujud sekutu
bagi ALLAH (na’uzubillah) iaitu Jesus Christ sebagai anak ALLAH, dan Roh
Qudus.. MasyaALLAH, tercemar nama ALLAH, all muslims must concern about
this.. Ingat, jika berhujah mengenai Christianity, jangan sesekali
gunakan kalimah ALLAH dan Nabi Isa, sedangkan dalam bibble mereka
sendiri tak menggunakan kalimah ALLAH, malahan menggunakan perkataan
Lord, God, Father, Jesus.. Jika digunakan kalimah ALLAH bagi Lord
ataupun God, bermakna di sini wujudnya sifat Tuhan yang mempunyai anak
iaitu Jesus sedangkan dalam Islam, ALLAH itu tiada mempunyai anak.. Jika
penganut agama Kristian dibenarkan memakai salib, maka saya juga yakin
jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH ini, maka tidak mustahil
kalimah ini akan juga diguna pakai bersama salib mereka, sama ada pada
tiang salib, rantai perhiasan ataupun penggunaan dan terteranya kalimah
ALLAH di gereja.. Justeru, kita yang mengaku diri kita Islam,
seharusnya berani menegakkan agama kita yang satu, menegakkan kalimah
syahadah yang menjadi pegangan kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan