Selasa, 18 Oktober 2011

10 TIPS UNTUK MENCEGAH MASALAH PERKAHWINAN.

Seringkali dalam berumah tangga, ada masanya keadaan tidak seperti yang kita kehendaki iaitu kebahagiaan yang menjadi idaman. Ada ketikanya keadaan boleh tiba-tiba menjadi keruh disebabkan sesuatu yang tidak diduga berlaku dan menyebabkan terjadinya masalah perkahwinan itu yang menjadi suram. Namun harus diingat, ini adalah asam garam dalam hidup setiap pasangan. Apa yang perlu diketahui adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi yang tidak diduga ini akan berlaku baik dari tindakan suami atau isteri. Kunci utama dalam menghadapi masalah perkahwinan ini adalah sifat sabar dan tolak ansur. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda untuk menilai setiap tindakan yang dilakukan pada ketika situasi keruh itu.
  1. Ada pergaduhan terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu,  anda perlu terlebih dahulu berterus terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. Bersikap terus terang adalah jalan menuju perbincangan dan tolak ansur. Tindakan ini dapat membendung masalah perkahwinan anda.
  2. Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang  keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar. Statistik tinggi menunjukan penceraian dalam rumah tangga berlaku disebabkan masalah kewangan yang memuncak dan menular. Dalam menangani masalah ini, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berbincang dan seterusnya merancang perbelanjaan keluarga dengan berhemah. Dalam zaman kini, ramai suami isteri yang bijak menggunakan khidmat nasihat kaunseling dan pakar kewangan untuk mendapatkan panduan kewangan. Nampak seperti kelakar sehinggakan perbelanjaan dalam rumah tangga perlu mendapatkan nasihat pakar, tetapi sedarlah dalam arus kemodenan, duit menjadi perkara yang rutin dan penting sekarang ini. Elakan masalah perkahwinan berpunca dari kewangan.masalah perkahwinan
  3. Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda.Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. Peranan dan tanggungjawab suami isteri haruslah seimbang. Masing-masing perlu mengagihkan tugas sebaik mungkin bagi menjamin kerja dalam rumahtangga kosisten. Apabila sesuatu kerja kurang diberi perhatian oleh suami isteri, hal ini juga menyebabkan tercetusnya masalah perkahwinan anda. Walaupun suami merupakan ketua keluarga, isteri haruslah menjadi ‘setiausaha’ yang setia dan selalu membantu meringankan tanggunjawab suami.
  4. Sentiasa semai kasih sayang pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas. Walaupun anda seorang yang proffesional dalam melakukan setiap tugas dan tanggngjawab, kasih sayang harus juga disertakan. Apabila anda berlaku mesra terhadap keluarga anda, masalah perkahwinan sukar timbul kerana kasih sayang merupakan penyejuk suasana rumahtangga.
  5. Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda. Berbalik kepada sikap tolak ansur, kelebihan dan kelemahan yang ada pada suami isteri akan dapat disingkap secara tidak langsung apabila anda mengamalkan sikap tolak ansur. Apabila anda bersabar, dan mengalah, anda akan mudah berfikir dan menilai kelemahan anda dan pasangan anda. Seterusnya, anda akan mudah untuk memperbaiki kelemahan itu. Sikap tolak ansur mencegah masalah perkahwinan anda.
  6. Sentiasa luangkan masa bersama – sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan – kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda. Berlaku adil lah dalam bersosial. Utamakan sosial terhadap keluarga terlebih dahulu, kemudian barulah orang lain. Sebagai contoh, janganlah membuang masa dengan ‘berFacebook’ dan mengabaikan rumahtangga anda, selesaikan dahulu tanggunjawab utama untuk keluarga barulah anda melakukan perkara yang selainnya. hindari masalah perkahwinan berlaku dari perkara-perkara remeh ini.
  7. Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesautu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan dan dorongan untuk mengubah kesilapannya. Sentiasa memberi peringatan lebih baik dari menasihati. Berusahalah untuk meminati perkara yang disukai pasangan anda, kerana dengan ini anda akan mudah memahami perasaan dan tindakannya.
  8. Sentiasa ingat tarikh penting  dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda. Ramai yang cuai dan tidak mengambil kisah tentang tarikh-tarikh penting ini seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadinya. Kadang-kadang, sikap tak acuh ini boleh mendatangkan masalah perkahwinan. Tindakan anda yang sedikit boleh mencetuskan kebahagian dan kegembiraan pada tarikh-tarih ini.isu masalah perkahwinan
  9. Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat. Hal ini penting bagi menjamin kebahagian kekeluargaan bagi mana – mana pihak berterusan. Kadang-kadang masalah perkahwinan boleh berlaku dari luar dan kebiasaanya juga berpunca dari talian kekeluargaan bagi mana-mana pihak baik suami atau isteri.
  10. Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rahsuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu  kebahagiaan perkahwinan anda. Berbalik kepada tip kedua tadi, sering berlakunya masalah kewangan berpunca dari pinjaman dan penyelewangan melibatkan wang dan akhirnya merebak ke dalam rumahtangga anda. Seriusnya dalam hal ini, sering kali apabila masalah kewangan melanda, suami isteri akan mula membuat pinjaman tanpa memikirkan risikonya. Umpama ‘gali lubang untuk tutup lubang”. Elakan meminjam apabila masalah melanda kecuali pada situasi yang sangat kritikal sahaja dan jangan sesekali meminjam dari ceti haram atau sewaktu dengannya. Hindari masalah perkahwinan anda dari kewangan teruk yang boleh memusnahkan kebahagiaan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin