Telah
dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang
sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat
besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih
90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
Didapati kini
bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang
dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.
Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih
Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
Tanda-tanda menurut dalil
Penaklukan Baitulmuqaddis
“
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah
bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -
Sahih Bukhari”
Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah
manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan
datang." - Sahih Muslim ”
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzik
“
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -
Riwayat Ahmad dan Hakim ”
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ramai orang soleh meninggal dunia
“
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia" - Riwayat Thabrani ”
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak
mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad ”
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang."
Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan
belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
Kekayaan umum
dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut,
termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik
umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan,
harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan
menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar
kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi
pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina
(berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi
ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang
lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa
dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat
muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk)
umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan
angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau
tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji
secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
Memandang rendah kepada darah
“
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila
telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya
bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan
terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran
sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka
menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling
sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat:
Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan
berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya
berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." -
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar
dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari,
Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui
sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada
ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
Banyaknya berlaku gempa bumi
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat,
banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan
iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
”
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
Tanda-tanda kiamat besar
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tanda-tanda
kiamat besar menurut agama Islam merupakan suatu peralihan dari
tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia
semakin amat dekat dengan hari kiamat.
Antara tanda-tanda berikut menurut hadis
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa a.s.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Keluarnya suku Ya'juj dan Ma'juj.
Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
Runtuhnya Ka'abah
Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Ada azan tak di jawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan