Ahad, 16 Oktober 2011

PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI

Saban tahun, apabila anda menghadiri majlis perkahwinan teman-teman, anda masih lagi 'solo'. Rakan-rakan lelaki yang lain sudahpun membawa tunang, isteri dan anak-anak tetapi anda datang melenggang tanpa pasangan. Jika diikutkan, anda lebih berjaya, lebih berkerjaya dan lebih kacak, namun anda masih belum berjaya merebut cinta dari seorang wanita!

Pada pandangan mata kasar, tiada apa yang menarik mengenai rakan-rakan anda. Walaupun begitu, mereka mempunyai rahsia 'tersembunyi' sehinggakan ada yang sanggup berkongsi kasih dan cinta dengan mereka! Ahh.. apa rahsia mereka sebenarnya?

Mengapa agaknya perkara ini terjadi kepada diri anda? Bagaimana rakan-rakan anda dapat memetik cinta dari gadis idaman mereka?

Mungkinkah anda sedang menghadapi masalah-masalah berikut :

  • Tidak percaya kepada cinta.
  • Tidak tahu apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman dambaan wanita.
  • Tidak tahu rahsia bagaimana menjadi lelaki terhebat dan menjadi kegilaan si gadis.
  • Tidak tahu apakah aset semulajadi yang ada dalam diri anda.
  • Tidak ambil kisah dan tidak faham langsung dengan sifat, perangai dan kemahuan wanita.
  • Tidak tahu bagaimana hendak memulakan langkah pertama.
  • Tidak tahu cara yang terbaik untuk mengekalkan perhubungan.
  • Tidak tahu apa yang harus di buat apabila putus cinta.
  • Menganggap cinta adalah perkara yang remeh dan tidak mempedulikannya!
  • dan banyak lagi...
Sekiranya salah satu dari masalah yang saya sebutkan di atas sedang dihadapi oleh anda, ini bermakna anda memang benar-benar mempunyai masalah dalam merebut cinta dan membina perhubungan dengan gadis idaman! Ya! Anda sedang menghadapi masalah besar dalam soal cinta...!

"Fakta Benar"

"Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bilangan lelaki yang belum berkahwin pada tahun 2002 adalah seramai 3.1 juta orang! Satu angka yang cukup besar dan amat mengejutkan bukan?"

Anda mungkin pernah menerima soalan seperti ini...
 
"Apa lagi yang kau tunggu...?"
 
atau;
 
"Kau bila lagi nak kahwin macam kawan-kawan kau..? Kau kena ingat, umur kau tu makin meningkat!"

Aduh! Pedih rasanya bila soalan sedemikian ditujukan kepada anda. Bila balik ke kampung, emak ayah pula selalu berkias teringin melihat anda di atas pelamin dan menimang cucu sebelum menghembuskan nafas yang terakhir!

Ditambah lagi dengan soalan-soalan 'cepu emas' dari rakan-rakan lama apabila anda menghadiri majlis kenduri-kendara, inilah soalan wajib yang ditujukan kepada anda - bila nak kahwin?, dah kahwin ke belum? atau dah ada calon ke? Sudah pasti anda rimas dengan soalan seperti itu bukan? dan seboleh-bolehnya anda malas hendak menjawab soalan tersebut.

Saya faham dengan situasi yang anda alami itu. Siapa yang tidak ingin mencintai dan dicintai? Siapa yang ingin hidup solo dan kesunyian hingga ke tua? Saya tahu anda hampir-hampir putus asa dan pasrah seandainya memang ditakdirkan anda hidup solo!

Adakah anda mahu membiarkan diri anda sepi tanpa cinta hingga ke akhir hayat? Adakah anda fikir cinta akan datang sendiri kepada anda? TIDAK! Cinta cuma akan datang pada mereka yang percaya dan berusaha mencari cinta!

"Tidak Mustahil Anda Mampu Memiliki Cinta
Dari Gadis Idaman Anda"

Ya! Memang benar anda boleh memiliki cinta dari gadis idaman anda! Namun begitu, anda perlu berusaha untuk mencari cinta tersebut! Saya akui, ekspedisi mencari cinta sangat mencabar dan banyak likunya kerana melibatkan soal hati dan perasaan. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar cinta tidak kecundang di tengah jalan dan membiarkan diri anda diselubungi kekecewaan!

Ramai lelaki yang tidak tahu cara yang sesuai untuk mempertahankan cinta dan gagal memahami orang perempuan yang akhirnya menyebabkan perpisahan!

Saya telah menyenaraikan beberapa fakta penting untuk anda renungkan :

  • Tuhan telah memberikan cinta untuk anda kongsikan dengan seseorang yang telah diciptakannya!
  • Ada cinta di dalam hati semua insan di dunia ini!
  • Anda perlu mencintai dan menghargai diri anda terlebih dahulu sebelum mencari dan mendambakan cinta dari seorang wanita.
  • Keyakinan diri adalah salah satu aset penting untuk mencuri cinta wanita!.
  • Duit bukan segala-galanya yang dicari oleh seorang wanita dalam memberikan cintanya!
  • Masih ramai lagi kaum wanita yang tidak berkahwin, maka anda sebenarnya masih ada pilihan dan tidak harus memilih untuk menjadi lelaki solo!
  • Segala apa yang ada pada anda adalah aset untuk anda jerat cinta wanita idaman anda.
  • Anda perlu memahami sifat-sifat kaum wanita untuk mengeratkan dan mengukuhkan cinta anda!
  • Putus cinta bukan penghujung sebuah kehidupan!
  • Segala-galanya ada dalam minda anda untuk mencipta satu hubungan cinta yang berkekalan!
Anda tidak perlu bimbang dan risau lagi selepas ini kerana segala rahsia, tips dan panduan untuk memikat dan menawan gadis idaman anda serta menjadi lelaki paling 'macho' dan hebat akan di dedahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin