Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika
tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca
kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada
debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki
Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun
mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula
berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu
walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari
sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku
supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil
ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak
1000 kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan