Allah Nak Turunkan Bala Bencana Di Putrajaya...??? Satu Lagi Projek Kerajaan **
Tiger Show di Marriot Hotel, Putrajaya
Apa yang boleh dikatakan gambar-gambar Tiger Show
di Putrajaya tempoh hari sangat menjijikkan. Mana tidaknya terdapat
dakwaan dalam satu acara di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember
2010, mereka yang hadir bukan sahaja ada jamuan makan malam tetapi turut
“disajikan “dessert” dengan jantan-jantan yang hadir pada masa itu
tersenyum puas saling “bercakaran harimau” dengan penari separuh bogel
yang dibawa. Apa lagi Jabatan Agama Islam, siasat lerr….
Salam untuk semua, demi Allah laknat atas penganjur! Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..
Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..
Gambar pertunjukan ala 'Tiger show' ini dirakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah..mereka bukan sahaja 'dijamu' dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..
Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa ternyata telah melampaui batas dan mencemar maruah Islam...apa reaksi mereka? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..
Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thailand..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, PUTRAJAYA, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!
Bantah 'Hub Hiburan' Najib!
Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..
Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi menangguh atau membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik di SINI..
Ambil tindakan
Untuk yg terakhirnya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..
Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis juga berharap pihak berkuasa mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran dan norma2 Islam!
Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan