Ahad, 16 Oktober 2011

SEJARAH PERKHIDMATAN BOMBA NEGERI KEDAH.

Sejarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

 Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahu 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.


 
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.
Pada 8hb Januari 1977, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Star


Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Star
MENYINGKAP TADBIR SEJARAH BALAI BOMBA ALOR SETAR
Sebelum tahun 1934 lagi Balai Bomba Alor Star telah pun wujud dan beroperasi dengan keanggotaan seramai 4 orang Fireman. Pada masa itu Balai Bomba merupakan sebuah garaj dan sebuah Land Rover bersama trailer bertempat di Pejabat Tanah Negeri Kedah sekarang ini iaitu berhampiran dengan Balai Besar.

Di dalam tahun 1939 dipercayai Balai Bomba telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang ini di Jalan Raja, Alor Setar. Bangunan tersebut yang mempunyai ruang jentera, pejabat dan 2 unit kuarters. Sebelum ini bangunan tersebut digunakan oleh Polis, Bahagian Trafik disediakan dengan kemudahan Bilik Kawalan dengan satu talian telefon bernombor 221 bagi panggilan kecemasan dan biasa.
Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 Balai Bomba berkenaan masih di tempat yang sama. Bantuan keanggotaan dan pengawasan adalah dibawah Polis Alor Setar.

Pada masa ini sebanyak 2 buah jentera Bomba iaitu sebuah jentera jenis Dennis No. K 2209 dan sebuah jentera water tender 500 gelen bernombor K 8437.

Semasa Malayan Union dalam tahun 1946 Balai ini mempunyai keanggotaan seramai 4 orang Fireman dan seorang pemandu iaitu Encik Yaakob bin Lebai Amin dengan diketuai oleh Leading Fireman Encik Abu Bakar bin Haji Saad yang juga menjalankan tugas pemandu.
Didalam tahun 1949, Perkhidmatan Bomba telah diletakkan di bawah Pentadbiran “Town Board” di mana Balai Bomba Alor Setar telah tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Alor Setar dimana “Chairman” Town Board adalah berkuasa penuh kepada Perkhidmatan Bomba ini.
Pada tahun 1951, jawatan “Station Officer” diwujudkan dan Encik Kassim bin Mansor yang berpangkat “Superintendent” telah menjawat jawatan tersebut.

“Station Officer” bukan sahaja bertanggunjawab kepada Balai Bomba Alor Setar malah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah. Pada masa ini keanggotaan telah bertambah mempunyai 3 orang leading fireman iaitu Encik Yaakob, Encik Ghaffar dan Tuan Syed Zain dan terdapat seramai 15 orang fireman.

Bagi menampung keperluan keanggotaan ini, maka pada penghujung tahun 1952 penambahan 3 blok quarters (quarters sekarang) telah didirikan dengan pendaftaran PWD 129, PWD 564 dan PWD 565.

Pada tahun 1958 sebuah jentera baru jenis Bedford No. K 5281, 500 gelen telah dibekalkan bagi menggantikan jentera Bedford yang sediada yang telah rosak.

Di dalam tahun  1961 Balai ini telah mendapatkan penambahan sebuah jentera dari jenis Wheel Escape Ledder (KA 1681) diikuti pula pada tahun 1964 gantian sebuah lagi jentera baru jenis Bedford No. KA 5603.

Sepanjang Perkhidmatan ini beberapa kebakaran besar telah berlaku di antaranya pada tahun 1951, sebahagian dari Pekan Kuala Kedah telah musnah dan diikuti pula pada tahun 1969 sekali lagi kebakaran berlaku di mana hampir keseluruhan Pekan Kuala Kedah telah musnah.

Di dalam tahun yang sama juga, kebakaran di “ Pekan Cowboy” Alor Setar telah memusnahkan sebanyak lebih kurang 112 buah rumah kedai.
Selepas Penyatuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pada tahun 1977 Encik Kassim bin Mansor telah tamat perkhidmatannya dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Abd Majid bin Othman.

Sehingga ke hari ini Balai Bomba Alor Setar telah mempunyai 3 jentera bomba jenis water tender 400 gelen, sebuah jentera penyelamat dan sebuah jentera Skylift. Keanggotaannya seramai 127 orang diketuai oleh Penguasa Bomba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin