1) PENDAHULUAN
.
Setiap individu yang berkahwin mengimpikan
satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan
penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa.
Setiap anggota keluarganya saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan
menjalankan aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh kerelaan. Perjalanan
hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan
mengambil berat di antara satu sama lain, sentiasa memberi sokongan semasa
menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan. Selain daripada itu, setiap
suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan membina hubungan erat
dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka sentiasa sensitive
dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.
Kebahagiaan hidup sebuah keluarga banyak
bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri.
Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik.
Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan bahawa krisis adalah suatu perkara
lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan
rumahtangga tersebut. Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan
kebijaksanaan suami dan sokongan daripada isteri yang pengasih.
2) PENGERTIAN KONFLIK
RUMAHTANGGA
.
Merupakan satu keadaan di mana kehidupan suami
isteri sentiasa berada di dalam suasana yang tidak harmoni dan berkonflik.
Suami isteri saling benci membenci di antara satu sama lain.
Krisis rumahtangga boleh di dapati di dalam
keadaan-keadaan :
.
1.
Jelas / Ketara : iaitu suami isteri mudah bertengkar, saling tuduh menuduh,
maki hamun dan cepat bercekalan sebaik-baik sahaja dan sesuatu yang tidak kena.
.
2.
Tidak jelas : di mana perselisihan suami isteri tidak dapat dilihat dengan mata
kasar dan mereka kelihatan rukun dan damai tetapi sebenarnya kehidupan mereka
hambar tidak mesra dan perhubungan yang renggang. Keadaan rumahtangga yang
sedemikian selalunya memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan jiwa
anak-anak.
.
3) TAHAP-TAHAP KONFLIK DALAM
RUMAHTANGGA
.
Krisis dalam rumahtangga selalunya mengambil
masa yang panjang untuk sampai kepada kemuncaknya. Dalam jangka masa yang sama
ini dapat dilihat tahap demi tahap berlaku dan suasana menjadi semakin genting
jika salah satu pihak / keduanya tidak mengambil sesuatu inisiatif untuk
membendungnya. Di antara tahap-tahap atau petanda berlaku krisis di dalam
rumahtangga ialah ;
.
i. Penurunan tahap aktiviti :
Selalu
suami atau isteri tidak lagi seaktif biasa, kerja-kerja atau tanggungjawabnya
tidak dilaksanakan dengan sempurna, suka termenung dan berfikir.
.
ii. Tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan
semua ahli keluarga
Suami
isteri tidak boleh saling menghormati di antara satu sama lain.
Selalunya
mereka akan menghadkan masa untuk berinteraksi seminima yang boleh ataupun
hanya sekadar perlu sahaja. Nada suara akan turut berubah, kian menurun atau
kerap gunakan bahasa yang kasar dan kesat. Di samping suka menggunakan
kata-kata sindiran ataupun perli.
.
iii. Seringkali menunjukkan tingkahlaku permusuhan
terhadap pasangannya
Suami
atau isteri saling tuduh menuduh bahawa pasangannya adalah sumber kebosanan
atau penderitaan yang dialaminya dan pasangannya juga yang sering menjadi
sasaran kemarahan serta suka menentang apa-apa cadangan atau tindakan pasangan.
.
iv. Kurang keupayaan mengawal emosi sendiri
Di
dalam keadaan ini kerap terjadi ketegangan emosi, suka menengking ahli keluarga
dan selalu menimbulkan ketegangan dalam perhubungan keluarga.
.
v. Selalu mengasingkan diri
Pada
tahap ini suami atau isteri suka mengasingkan diri (boikot). Di antara mereka
berdua tidak lagi bertegur sapa dan segala keperluan diuruskan melalui
perantaraan ataupun secara ‘message’ (nota). Mereka selalunya akan tidur
berasingan dan kedua-dua pihak dan hakikatnya sudah tidak menjalankan fungsi
dan tugas masing-masing walaupun masih tinggal di dalam satu rumah.
.
vi. Kerap bertengkar
Pertengkaran
yang sengit kerap terjadi. Mereka akan bergaduh asal saja bersua muka. Suami
isteri sering mencari-cari punca kemarahan pasangan dan segala ketidakpuasan
hati diluahkan di samping kata-kata ungkitan. Kadangkala bila kemarahan
memuncak akan libatkan masalah keluarga, keturunan dan sebagainya.
.
vii. Mengambil tindakan yang nekad.
Apabila
pergaduhan suami isteri berlaku, kerap kali juga mereka mengambil sesuatu
tindakan yang agresif seperti menggunakan kekerasan fizikal terhadap pasangan.
Selain daripada itu ada di antara suami isteri yang ambil tindakan keluar rumah
atau buat hubungan sulit di luar rumah. Di dalam setengah-setengah keadaan,
kedapatan pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan sokongan daripada
pihak-pihak lain bagi memperkuatkan (backing) tindakan seperti sokongan
ibubapa, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya.
.
v. Pengaduan
Apabila
sesuatu isu yang terjadi di dalam rumahtangga berpanjangan tidak diselesaikan,
pihak suami / isteri akan membuat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu seperti
imam, ketua kampung ataupun ke pejabat agama untuk diambil tindakan sewajarnya
terhadap pasangan.
.
ix. Tuntutan cerai
Kemuncak
kepada krisis di antara suami isteri ialah masing-masing akan mengemukakan
tuntutan perceraian melalui pejabat Kadi / Mahkamah.
.
4)
KATEGORI KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh berlaku sama ada
berpunca daripada pihak suami atau pihak isteri. Oleh itu, kedua-dua pihak yang
memainkan peranan dalam mewujudkan sebuah rumahtangga bahagia ataupun
menjadikan rumahtangga mereka porak poranda.
.
1.
Krisis yang disebabkan oleh isteri berlaku apabila isteri enggan memenuhi
kehendak suami, sering marah, benci serta tidak taat kepada suami. Isteri juga
meninggalkan tugas dan kewajipannya serta meninggikan diri serta berlaku curang
terhadap suami. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan isteri bertindak
sedemikian, termasuk faktor pada diri isteri sendiri, suami dan factor-faktor
luaran.
a.
Faktor diri isteri sendiri meliputi kecantikan diri, kedudukan dan pendidikan.
b.
Suami memberi pengaruh yang kuat kepada seorang isteri. Ia meliputi cara
pergualan, akhlak dan juga perlaksanaan tanggungjawab. Seringkali hal ini
menjadi factor penggerak kepada isteri untuk berfungsi dengan baik di dalam
sebuah rumahtangga.
c.
Pengaruh luar meliputi rakan atau jiran, media massa dan juga keluarga (mertua,
ipar dan sebagainya).
2.
Konflik rumahtangga yang berpunca daripada pihak suami terjadi apabila seorang
suami bersikap keras, isteri tidak bergaul dengan baik, tidak menjalankan
kewajipan terhadap isteri, buat hubungan dengan perempuan lain dan sebagainya.
Di
antara faktor-faktor yang mempengaruhi ialah faktor diri dan faktor luaran:-
a.
Faktor kepada diri suami sendiri ialah kedudukan, pendidikan dan juga pembawaan
diri.
b.
Faktor luaran meliputi pergaulan, persekitaran dan keluarga.
.
5)
PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh berlaku disebabkan
oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun ia boleh disimpulkan kepada tiga
faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri untuk bersefahaman dan seterusnya
mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan
pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan
membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif
seringkali terjadi di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa
pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi
pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami
isteri di dalam menyampaikan hasratnya.
Di
antara teknik agresif ialah :
a. Paksaan : Memaksa pasangan menerima
apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang keras, ugutan dan
sebagainya.
b. Menyakinkan : Dengan cara pujuk
rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan pasangan bahawa untuk
kebaikan bersama.
c. Penilaian : Memberi penilaian
kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan pasangan.
d. Melindungi : Tidak menyatakan
sesuatu dengan sebenarnya.
e. Menangguhkan : Melengah-lengahkan
sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya dilupakan atau sebagai
satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan orang lain : Berlaku
bila seseorang rasa marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula
mencari sasaran untuk melepaskan kemarahan.
2. Tanggungjawab
Pertelingkahan
di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan
kewajipannya dengan sempurna.
Tanggungjawab
di dalam rumahtangga meliputi :-
a. Nafkah : Suami tidak disediakan
nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.
b. Tempat tinggal : Tidak menyediakan
tempat tinggal yang selesa dan kadang kala tidak menjelaskan sewa dan
sebagainya.
c. Kebajikan : Termasuk soal
perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan anak-anak dan pendidikan
kerohanian.
d. Keselamatan : Perlindungan dari
segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih sayang : Kasih sayang di
antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan
bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia
akan semakin pudar dan berkurangan.
3. Seksual
Seksual
di dalam sesebuah perkahwinan merupakan suatu tuntutan biokologikal. Ia juga
merupakan terjemahan kepada perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri. Oleh
itu, hubungan seksual adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh
kerelaan di antara suami dan isteri. Kerapkali berlaku krisis rumahtangga bila
suami / isteri mengalami masalah seksual seperti :
a.
Rendah nafsu atau perbezaan keinginan di antara suami isteri disebabkan oleh
penyakit atau kejemuan.
b.
Nafsu yang tinggi.
c.
Penghindaran seks. Suami isteri sering kali menolak atau mencari helah untuk
tidak membuat hubungan seks.
d.
Enggan melakukan seks dengan pasangan tetapi dalam masa yang sama berkeinginan
untuk melakukannya dengan orang lain.
e.
Tidak ada tindakbalas / dingin.
f.
Tidak sampai ke kemuncak
g.
Keuzuran
h.
Ketakutan
i.
Takut mengandung
j.
Sakit semasa atau selepas melakukan seks.
.
.
6)
CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Di
dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli
keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam
firmannya, yang bermaksud :
“Kaum
lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana
Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum
perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah
An- Nisa : 4)
.
Sesuai
dengan tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada suami
maka beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi persoalan-persoalan
yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah bila berlaku krisis dengan
penuh hikmah dan kebijaksanaan.
.Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a.
Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam rumahtangga.
b.
Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c.
Sebab-sebab kejadian.
Setelah
tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami
sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah
laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan
sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala
usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Bagaimanapun
jika suami mendapati punca masalah adalah daripada faktor luaran suami mesti
melakukan tindakan-tindakan berikut :
1. 1.
Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.
2. 2.
Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3. 3.
Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.
4. 4.
Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh
buat pilihan
i.
Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri
semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah
menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan
isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka
hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil
tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah
mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat
kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan
ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah
An-Nisa’: 34)
.
7) MENASIHATI ISTERI
.
Dalam menghadapi sesuatu permasalahan suami
sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh bijaksana. Nasihat yang
diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh
teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami juga mesti memberi
panduan apa yang patut isteri lakukan dan peringatan-peringatan supaya menjadi
pegangan isteri. Suami juga hendaklah bersedia memaafkan isteri di atas
kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang dilakukan oleh suami hendaklah dengan
cara yang lembut, sopan dan berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah
SAW, maksudnya:
Dari Abi Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w.
bersabda ,
“Sesiapa
yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu
peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah
membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan
bahagiannyan yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha
meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa
bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”
(Riwayat
Muslim)
.
MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR
.
Merupakan langkah yang kedua yang disarankan
kepada suami untuk bertindak setelah langkah pertama menemui kegagalan. Langkah
ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
a. Suami tidak melakukan persetubuhan dengan
isterinya.
b. Tidur berasingan (berlainan bilik).
c. Tidak bertegur sapa atau bercakap hanya
sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur dengan cara membelakangkan isteri
Tempoh bagi suami melaksanakan tindakan ini
ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan kepada tindakan yang telah
diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila Rasulullah marah terhadapnya.
Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga 4 bulan (120 hari) mengikut
keperluan.
Dalam melaksanakan tindakan ini suami tidak
boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh melampau di dalam tindakannya. Apabila
isteri telah kembali taat suami hendaklah memberhentikan semua tindakan dan
suami tidak boleh sekali-kali mencari jalan untuk menyusahkan isteri atau
membalas dendam.
.
.
9) PUKUL
.
Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh
suami terhadap keengkaran isteri setelah langkah pertama dan kedua tidak
memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan isteri tentang
sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Sabda Rasulullah
SAW; maksudnya :
“Hendaklah kamu memukul isteri-isteri kamu
apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara yang baik”.
Di dalam melaksanakan langkah ini, syarak
telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut :
1.
Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang boleh meninggalkan
sebarang kesan.
2.
Tidak memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya seperti dada.
3. Tidak menggunakan alat-alat yang boleh
mencederakan.
Selain daripada itu, suami mestilah bertindak
di dalam keadaan yang waras dan tidak sekali-kali dengan mengikut perasaan
marah atau dendam. Islam melarang keras suami memukul isteri yang tidak membuat
kesalahan. Sebolehnya mengelakkan daripada memukul isteri, sekali pun
langkah-langkah terdahulu telah gagal.
.
.
10) MELANTIK ORANG
TENGAH
.
Setalah suami melakukan ketiga-tiga langkah
terdahulu dan didapati tidak menampakkan apa-apa kesan positif malahan
bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami masih mengharapkan kebaikan maka
suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah
An-Nisa’ : 35, maksudnya :
.
Dan jika bimbangkan perpecahan di antara
mereka berdua (suami isteri) maka lantikan orang tengah untuk mendamaikan
mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan,
jika orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan nescaya
Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat iaitu sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahui lagi di dalam pengetahuannya”.
ii. Konflik yang berpunca daripada pihak
suami.
.
Dalam menghadapi konflik rumahtangga yang
berpunca daripada sikap buruk suami, isteri hendaklah bertindak berdasarkan
firman Allah SWT, (Surah An-Nisa’ : 128) maksudnya :
.
Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz
atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak apa bagi keduanya mengadakan
perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka
walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ……..
.
Daripada ayat di atas, tindakan yang patut
dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami dengan menyatakan bahawa suami
sebagai tempat perlindungan isteri dan anak, isteri hendaklah memberi peluang
kepada dirinya dan suami untuk meneruskan kehidupan suami isteri di samping
meningkat potensi diri bagi menarik minat dan kesedaran suami supaya untuk
memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam keadaan ini, pihak isteri
tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau mencerca. Suami di atas
kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
.
Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu
isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak tertentu seperti
keluarga sahabat atau orang tengah yang dilantik untuk membaiki keadaan
rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak daripada krisis rumahtangga mungkin
isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan isteri perlu menunjukkan
permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun semasa krisis, isteri tidak
boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa persetujuan daripada pihak
suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan (kes-kes deraan dan sebagainya).
.
11) KESIMPULAN
.
Krisis di atas suami isteri merupakan perkara
yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana rukun sekali
perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang
positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia
boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap
berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan
ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara suami isteri
selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia
Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan