Saya bawakan sepenuhnya tulisan yang dipaparkan berkenaan tajuk di atas.
Jika ditanyakan, siapakah manusia paling jahat yang pernah hidup di atas muka bumi ini? Tentu ada yang menjawab, Firaun. Betul, Firaun memang jahat. Firaun telah dilaknat Allah. Siapa yang tidak mengatakan Firaun itu jahat, maka dia juga boleh dikatakan sebagai orang yang jahat. Tetapi anehnya cerita Firaun yang jahat ini banyak dipaparkan di dalam al-Quran. Pasti ada sesuatu yang Allah kehendaki kita belajar daripada Firaun.
Apakah pelajaran itu?
Lihat Piramid. Satu bangunan besar yang dibina daripada bongkah batu yang berjuta-juta tan beratnya. Mengapa piramid yang misteri dan ajaib itu dibina? Sebenarnya piramid dibnina sebagai persediaan Firaun menghadapi kehidupan akhiratnya. Firaun - sejahat-jahat manusia itu pun rupa-rupanya percaya kepada kehidupan di akhirat. Dan bukan itu sahaja. Malah dia membuat persediaan untuk menghadapi kehidupan yang diyakininya itu. Ini sesungguhnya satu sindiran buat kita. Apakah pula persediaan kita untuk menghadapi kehidupan akhirat?
Sedangkan Firaun yang jahat itu pun begitu serius membuat persediaan untuk menghadapi saat yang pasti itu. Siapa yang tidak membuat persediaan (preparation) akan terpaksa membuat pembetulan (correction).
Begitulah ketetapan hidup di dunia ini. Namun tidak di semua tempat, keadaan dan masa yang kita boleh membuat pembetulan. Di akhirat nanti, tidak akan ada lagi peluang untuk memperbetulkan apa-apa. Jadi tidak ada pilihan buat kita melainkan membuat persediaan di dunia ini. Ingatlah, kejayaan kita di dunia merupakan petanda kejayaan di akhirat.
Oleh yang demikian adalah satu yang wajar untuk kita mempersiapkan diri bagi menghadapi Hari Akhir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan