a) Murtad: adalah
salah satu jenis kufur yang paling jahat. Murtad bermaksud seorang
muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain. Kekufuran setelah
Islam adalah lebih buruk dan jahat daripada kufur semulajadi.
“Sesiapa yang murtad antara kamu
daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu
maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan
menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya”
(Surah al-Baqarah 2: 217)
Murtad adalah tindakan pengkhianatan terhadap agama dan umat Islam sama
seperti seseorang yg mengkhianati negara dan penduduknya dengan
berpaling tadah kepada musuh negara itu. (Rujukan: Prof Qardhawi, Fi
Fiqh al Awlawiyat: Dirasat jadidah fi Dhau'i al Qur'an wa al sunnah
(Keutamaan Feqah: Satu kajian baru dari Perspektif alQur'an dan as
Sunnah), Dhoha, Qatar, 1994.
b) Kufur : ia adalah
lawan iman bermaksud ingkar. Jika iman bermaksud membenarkan, kufur pula
ialah menafikan atau mengingkari atau dengan lebih tepat seseorang yang
mengingkari atau menafikan kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw.
Kufur yang paling tinggi ialah kufur terhadap Allah sebagai Rabb,
Pencipta dan Pengurus alam buana ini sebagaimana kafirnya kaum Atheis.
Seterusnya ialah kufur syirik, kufur ahlil Kitab, kufur murtad dan kufur
munafiq.
Firman Allah,"barangsiapa yang kafir
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya
dan hari Kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat
sejauh-jauhnya." maksud ayat Surah an Nisaa': 136 (Rujukan: Prof
Qardhawi, Fiqh Awlawiyat)
c) Terbatal syahadah :
Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang
yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah
mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya
syahadah atau iman seperti :
1. Sujud/tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.
2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia. Sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi s.a.w., Hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta larangan-Nya dan sebagainya.
3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir. Atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam, sedangkan hal keadaannya secara ikhtiar (pilihan sendiri, bukan paksaan).
4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya. Begitu juga mengatakan yang haram itu halal. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 217:

(sila rujuk: Syaikh Muhammad Abdullah
alKhatib, Nadzarat fi Risalah at Ta'alim; Dr Abd Rahman Khalid, al Hadd
al Faasil baina al Kufr wal Iman (Garis Pemisah antara Kufur dan Iman)
dan Buku Indahnya Hidup Bersyariat.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan