Selasa, 18 Oktober 2011

BUDDHA.

Buddha

Pendekatan medium 漫画 (Manga) dalam memudahkan pemahaman orang lain bukan suatu perkara yang ganjil dalam masyarakat Jpon sehingga berjaya menarik minat orang ramai tanpa mengira usia.. Pelbagai genre buku daripada sejarah, matematik, geografi, malah topik agama juga boleh didapati dalam bentuk 漫画! Konsep hiburan disamping mendapat ilmu bermanfaat boleh dikatakan asas dalam masyarakat Jpon kerana artis @ pelawak sering dihimpunkan dengan para akademik dalam satu rancangan TV bercorak informasi..    

漫画 Buddha merupakan salah satu hasil karya Osamu Tezuka yang agak terkenal kerana menceritakan kisah hidup Buddha dari perspektif yang agak unik.. Ia mempunyai 8 jilid dan telah dilukis bermula tahun 1972 sehingga tahun 1983.. Agama @ ajaran Buddha merupakan salah satu ajaran yang terkenal di Asia dan dikhabarkan mula berkembang sejak abad ke 6~4 BC.. Ajaran ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama, atau lebih dikenali sebagai Buddha (The Awakened One)~ Pengikut ajaran Buddha pada masa kini dilaporkan melebihi 1 bilion dan Jpon juga boleh dikatakan mempunyai pengikut Buddha paling ramai.. 


Menurut 漫画 ini, Siddhartha dilahirkan di sebuah tempat bernama Lumbini (kini Nepal) sekitar tahun 563 BCE dan dibesarkan di Kapilavastu.. Ibu bapa Siddhartha merupakan raja bagi negeri tersebut dan di khabarkan mereka telah mendapat mimpi konon nya Siddhartha itu bakal menjadi "Raja Dunia" suatu hari nanti.. Perwatakan Siddhartha dilaporkan berbeza berbanding orang lain di mana ketika kecil, dia tidak berminat dengan senjata dan menguasai ilmu mempertahankan diri.. Malah Siddhartha juga mempunyai tubuh badan yang lemah jadi lebih gemar kepada bidang falsafah.. 


Hidup dikalangan masyarakat yang mengamalkan sistem kasta, Siddhartha berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut memandangkan mereka semua adalah manusia yang dilahirkan dengan cara yang sama.. Dipendekkan cerita, Siddhartha melarikan diri daripada Istana dan memilih untuk menjadi seorang pertapa meskipun sudah berkahwin dan mempunyai anak di dalam kandungan isterinya.. Sepanjang tempoh pertapaan, Siddhartha mengenal pelbagai jenis pertapa yang kebanyakannya berfikir cara yang sesuai untuk membersihkan jiwa ialah dengan menyeksa diri.. 


Pelbagai jenis pertapaan yang telah Siddhartha sendiri lalui dan alami bertahun-tahun sehinggalah dia memilih untuk bertapa mengikut caranya tersendiri.. Hasilnya "wahyu" itu datang ketika dia sedang duduk di bawak sebuah pokok Bodhi.. Brahman memunculkan diri dan meletakkan tanda di dahi Siddhartha sebagai tanda "kesedaran" lantas memberikan nama samaran "Buddha" kepada Siddhartha.. Setelah itu, Buddha mula meluaskan ajarannya ke setiap tempat dan menambah pengikut setiap kali Buddha singgah ke suatu kawasan.. Dalam 漫画, Buddha dikatakan mempunyai kuasa misteri yang boleh berinteraksi dengan jiwa seseorang termasuk binatang.. 

Jalan cerita 漫画 begitu menarik kerana menunjukkan bagaimana Buddha meluaskan pengaruh ke suatu kawasan, kemudian reaksi pengikut yang berpecah-belah setelah Buddha maju ke negeri yang lain, bagaimana pengikut terawal Buddha sendiri mengendahkan ajaran semata-mata ingin melunaskan dendam yang tersimpan sejak lama, gambaran mengenai kerajaan awal India dsb.. Malah "pengikut" Buddha sendiri ada yang merancang untuk membunuhnya kerana sifat benci.. 


Ajaran Buddha
Buddha mengajar bahawa setiap benda hidup (manusia, binatang, tumbuhan) di dunia ini mempunyai ikatan antara satu sama lain.. Dunia ini berfungsi kerana setiap benda hidup itu saling bantu-membantu antara satu sama lain.. Jika seseorang itu berbelas kasihan dengan sesuatu, maka sesuatu itu akan membantu orang itu sebagai balasan.. Buddha juga mengajar supaya mengamalkan cara hidup yang betul dan bermoral.. Berikut merupakan "rukun" Buddha:


  • Buddha - The teachings of heaven
  • Dharma - The teachings of truth
  • Sangha - The gatherings of righteous

Sesungguhnya setiap ajaran itu mempunyai pelbagai "mazhab" dan hal yang sama juga boleh didapati dalam ajaran Buddha.. Ada pendapat yang mengatakan Buddha itu sendiri jelmaan tuhan dan ada juga yang mengaggap Buddha itu sebagai "Nabi".. Dalam 漫画, Buddha menemukan jawapan kepada segala persoalan tentang kehidupan apabila melihat senyuman pada muka seorang pesakit; konon nya senyuman pesakit itu seperti senyuman Tuhan dan kesimpulannya setiap manusia boleh menjadi Tuhan?.. Buddha dikatakan mati dalam keadaan berbaring secara mengiring setelah "menyempurnakan" tugasnya pada sekitar tahun 483 BC..     



p/s Hari Wesak merupakan salah satu hari istimewa bagi penganut Buddha di Malaysia.. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca 漫画 Buddha, boleh melihat melalui sini~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin