Selasa, 18 Oktober 2011

HORMATI AZAN SEMASA MASUK WAKTU.

Dilemma Azan…..setaraf dengan lagu kebangsaan? atau setakat penentu waktu
sholat sahaja? Tak lebih tak kurang? Anda sahaja yang tahu isi hati…..
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati…. mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan
lidahnya ketika maut menghampirinya.”
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata
apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri….
mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri….!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba…. maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah… yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut… Allah menjanjikan syurga
untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,…dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. “Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah……semasa sakaratul maut menghampiri kami…… amin..amin..amin Yarobbal a’lamien..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin