Selasa, 18 Oktober 2011

HUKUMAN SEBAT KE ATAS PESALAH

Sebatan mengikut kaedah Sivil

1- Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.
2- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4- Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.
5- Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.
6- Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.
7- Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum.
Sebatan mengikut kaedah Syariah
1- Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan.
2- Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.
3- Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa.
4- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk.
5- Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.
6- Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah.
7- Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit.
8- Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja.
                                                                                                                                                                                                                                                                               








Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin