Selasa, 18 Oktober 2011

KISAH PEMBUANGAN BAYI

KUALA LUMPUR - Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam.
Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Em xtaw nak cakap macam mana dah...nak salahkan sape?ibu ayah?menteri?polis?jais?jakim?perdana menteri? masalah yang hari ini dilihat semakin hari semakin serius...ini yang dilaporkan..yang tak dilaporkan cmne? manusia hari ini dah hilang pedoman hidup, dahlah banyak bwat dosa tambah lagi dosa yang dibuat...wahai2 insan durjana di luar sana kasihanilah kat baby2 yang xberdosa ini, yang lahir dari dosa yang telah korang lakukan...kalau xnak baby ni pun jangan lah buang sesuka hati...letak kat rumah kebajikan ke, kt depan umah orang ke...ada orang nak anak sampai susah2 g berubat sana sini..korang sesuka hati je buang anak..xde langsung rasa kesian ke kat baby tu...

Hakikatnya kita harus akui bahawa tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini, bukan masanya untuk menundingkan jari kepada mana2 pihak kita sendiri harus memainkan peranan..ibu bapa khususnya jika anak perempuan anda terutamanya telah mempunyai kawan lelaki, yang mana setelah diselidiki akhlakya, kemampuannya..dan telah menyatakan hasrat untuk mengawini anak perempuan maka disegerakan lah jangan ditangguh2 lagi jangan alasan belajar  contohnya dijadikan sebab untuk menghalang niat mereka ini...setiap apa yang kita lakukan kerana Allah insyaAllah dia akan beri yang terbaik untuk kita...belajar bukan lah halangan beri anak tersebut rasa bagaimana memikul tanggungjawab i allah semua ini akan mematangkan mereka...pihak2 lain seperti badan NGO haruslah memainkan peranan penting...undang2 perlu digubal, walau bagai manapun kesakitan itu harus dicegah terlebih dahulu sebelum penyakit tersebut datang..pihak media terutamanya mainkan peranan jitu sebarkan atau perbanyakkan info berkaitan keburukan gejala ini...

Justeru itu, kembali kepada kehidupan beragama adalah asas atau kekuatan menangani gejala ini kerana agama merupakan segalanya, kepincangan yang berlaku pada hari ini adalah kerana hilangnya roh atau kehidupan beragama itu sendiri, dengan mekanisme yang pelbagai, slogan dunia tanpa sempadan hari ini semuanya berada di hujung jari berbeza dengan kehidupan semasa ibu bapa kita dahulu. Apa yang disediakan pada kita hari ini seolah2 suatu hidangan bermacam2 jenis ikan yang lazat di hadapan seekor kucing,  boleh atau tidak kita larang kucing  dari memakan hidangan ikan tersebut? tentulah tidak sebab salah kita menghidangkan hidangan tersebut..begitulah analogi yang berlaku dalam kehidupan hari ini..kita dilarang dari minum arak kerana memabukkan tetapi arak masih dijual secara mudahnya di mana2 premis perniagaan tanpa ada sekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin