Kebakaran bangunan biasanya berlaku
tanpa sebarang amaran dan menyebabkan penghuni bangunan yang terbabit
hanya mempunyai sedikit masa untuk bertindak sama ada untuk memadam
kebakaran itu ataupun menyelamatkan diri.
Terdapat empat peringkat kemarakan api iaitu peringkat awal nyalaan (incipient fire), peringkat kemarakan (fire growth), peringkat kemarakan maksimum (fully developed fire) dan peringkat penurunan kebakaran (fire decay).
Kebakaran biasanya boleh dikawal daripada merebak pada peringkat awal nyalaan sekiranya dikenal pasti dengan segera. Ia akan menjadi kritikal dan serius apabila berada di peringkat kemarakan dan peringkat kemarakan maksimum.
Oleh itu, langkah pencegahan terhadap risiko kebakaran merupakan kaedah yang paling efektif untuk mengelakkan ancaman kebakaran. umpama pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati’ atau ‘sediakan payung sebelum hujan’.
Terdapat empat akta dan undang-undang utama yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran di Malaysia.
Ini merangkumi aspek utama dalam keselamatan kebakaran bangunan. Setiap akta atau undang-undang tersebut, walaupun mempunyai skop-skop yang berlainan, tetapi ia perlu dirujuk bersama-sama bagi memastikan peraturan-peraturan dan keperluan tersebut dipatuhi secara yang optimum.

Tanggungjawab keselamatan kebakaran
untuk sesebuah bangunan perlu dilakukan bersama-sama di antara pemilik
bangunan, penghuni (kakitangan dan pelawat) dan pihak yang berkuasa.
Kebakaran dan kerugian
Di Malaysia, kebakaran memang telah diketahui sebagai ancaman kepada nyawa, harta benda dan alam sekitar.
Pada tahun 2006 kerugian akibat kebakaran sebanyak lebih RM760 juta, yang menyebabkan 71 nyawa terkorban dan 86 orang cedera, daripada 18,913 kes kebakaran yang berlaku pada tahun 2006.
Pada tahun 2007, ia melibatkan 20,225 kes kebakaran dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM 812 juta, meragut 87 nyawa dan 67 orang cedera.
Pada tahun 2008 pula, 21,524 kes kebakaran telah berlaku, 88 nyawa terlibat dan 79 orang cedera. Jangkaan kerugian mencapai RM1,044 juta.
Memandangkan kerugian tinggi disebabkan oleh kebakaran, maka keselamatan kebakaran merupakan aspek kawalan yang terpenting dalam sesebuah masyarakat.
Tip keselamatan kebakaran
Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran yang dapat membantu untuk mencegah kebakaran :

- Pasang alat pengesan asap di setiap tingkat, tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
- Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah dilatih menggunakannya.
- Jangan sekali-kali menghisap rokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
- Elakkan membuat penyambungan yang boleh membebankan litar elektrik.
- Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
- Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya daripada kanak-kanak.
- Anda disyorkan supaya meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah
Terdapat empat akta dan undang-undang utama yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran di Malaysia.
Ini merangkumi aspek utama dalam keselamatan kebakaran bangunan. Setiap akta atau undang-undang tersebut, walaupun mempunyai skop-skop yang berlainan, tetapi ia perlu dirujuk bersama-sama bagi memastikan peraturan-peraturan dan keperluan tersebut dipatuhi secara yang optimum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan