Bolehkah Belajar Seks Dari Video dan Kitab Kamasutra ?
Dewasa ini kita disogokkan
dengan pelbagai informasi seks berupa youtube, video, e-book kamasutra,
buku-buku, siaran tv, astro dan pelbagai media cetak yang lainnya. Sedar
atau tidak, inilah punca utama masalah zina dan buang anak di seluruh
dunia saat ini - diransang dengan keghairahan seks tanpa pedoman
al-Quran dan Iman. Persoalannya, Bolehkah Belajar Seks Dari Video dan Kitab Kamasutra ?
Berdasarkan soalan yang dihantar kepada para ustaz, masyarakat sebenarnya menonton aksi seks atas beberapa sebab :
a) ingin mengetahui posisi terbaru yang boleh dipraktikkan bersama suami/isteri.
b) ingin belajar cara seks bagi pasangan akan berkahwin
c) ingin mengelakkan zina dengan mencapai klimaks apabila menonton filem porno bagi yang belum berkahwin
d) ingin belajar tentang seks walaupun masih sekolah
e) pengaruh kawan dan media massa
Kenapa bahan tersebut dijadikan sebagai rujukan ?
Ramai
yang menjadikan video seks, youtube dan kitab posisi kamasutra sebagai
bahan rujukan utama untuk mengetahui tentang perilaku seks kerana ia
mudah didapati di internet dan pasaran semasa. Ia juga mengajarkan
langkah demi langkah bagaimana untuk melakukan seks melalui video atau
gambar lengkap di e-book.
Apakah hukumnya belajar dari bahan tersebut ?
Hukumnya adalah Haram kerana
a) haram melihat aurat orang lain apalagi tanpa seurat benang pun yang menutupi badannya.
b) haram melihat orang melakukan seks walaupun melalui video
c) haram melihatnya walaupun dengan niat untuk belajar atau mengekang nafsu daripada berzina
d)
haram meniru cara seks bukan Islam seperti homoseks, lesbien, menjilat
kemaluan, memasukkan penis ke dubur, tiada doa dan sebagainya.
Islam mengiktiraf perasaan seks
manusia dengan memandunya dengan al-Quran dan as-sunah yang dihalalkan
setelah nikah. Seks sebelum nikah membawa sengsara di dunia dan akhirat
sedangkan seks setelah nikah adalah sedekah yang membawa ke Syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan