Musim
Haji 1421 bersamaan dengan musim Haji Rasulullah
Kassim Bahali
Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia, jauh dan dekat sedang membuat perjalanan menuju Baitullah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima bagi mengerjakan ibadat haji. Mereka datang dengan pelbagai cara samada melalui jalan darat, laut dan udara, ada yang berjalan kaki atau berkenderaan dengan menempuh pelbagai halangan dan kesukaran semata-mata memenuhi seruan haji.
" Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan
Ulamak bersependat bahawa Rasulullah cuma sekali sahaja menunaikan haji selepas hijrah iaitu pada tahun kesepuluh hijrah. Haji yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dikenali sebagai Hajjatul-Wada (Haji perpisahan). Ianya seolah-olah baginda mengucapkan selamat tinggal kepada semua sahabat-sahabatnya yang hadir ketika bersama-samanya sebelum pemergiannya yang terakhir menuju Allah.
Pejalanan haji Rasulullah S.A.W disertai ramai para sahabat. Mereka telah berkumpul dan bersedia untuk bersama Rasulullah S.A.W dan menurut riwayat mengatakan jumlah kesemuanya mencapai seratus dua puluh empat orang. Rasulullah bersama isteri-isterinya dan para sahabat bertolak dari Madinah selepas mengerjakan solat zohor pada hari Sabtu 25 Zulkaedah 10H bersamaan 22 Febuari 632 M. Kemudian setelah sampai di ZulHulaifah baginda dan rombongan bermalam di sini. Diriwayatkan Jibrail Alaihi Salam
datang kepada baginda dan berkata" Lembah Aqiq ini adalah yang paling diberkati sekali. Lakukan solat di sini dan pakailah pakaian Ihram untuk haji dan umrah."
Pada keesokan hari selepas zohor baginda mandi untuk berihram setelah itu baginda melakukan solat di Mesjid Zulhulaifah. Selepas melakukan solat Rasulullah S.A.W keluar dari mesjid dan menungggang unta betinanya, Qaswa dan menyebut Labbaik dengan kuat. Semasa dalam perjalanan menuju Mekah Jirail Alaihi Salam muncul memberitahu Rasulullah S.A.W supaya memberi tahu sahabat supaya mereka menyebut Talbiyah dengan kuat. Di dalam kitab "Fadilat Haji" Maulana Muhammad Zakariya, ini mereka lakukan tatakala mereka tiba di lembah Rowha mereka lakukan solat dan Baginda bersabda "Tujuh puluh orang Nabi-Nabi telah melakukan solat di sini".
Selepas lapan hari perjalanan mereka sampai di Zee-Tuwa berhampiran Mekah dan bermalam di sana. Keesokan pagi pada hari Ahad 4 Zulhijah bersamaan 1 Mac 632M baginda mandi dan melakukan solat Dhuha untuk memasukki kota Mekah. Ini bermakna setelah meninggalkan Madinah pada hari Sabtu dan menempuh perjalanan selama sembilan hari akhirnya mereka sampai dan memasukki kota Mekah pada hari Ahad 4 Zulhijah ( 1 Mac 632M).
Setibanya di Mekah Baginda terus menuju ke Mesjidil Haram lalu mencium Hajarul Aswad dan melakukan tawaf. Selepas bertawaf baginda mengerjakan solat dua rakaat di Makam Ibrahim dengan membaca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Baginda mencium Hajar Aswad sekali lagi, kemudian mendaki bukit Safa sehingga dapat melihat Kaabah. Di atas bukit itu Baginda berdiri dan berdoa agak panjang, membaca tahmid dan takbir. Kemudian melakukan Saie antara Safa dan Marwa. Setelah selesai Saie di Marwa baginda memerintahkan mereka yang tiada binatang untuk disembelih, membebaskan diri dari Ihram. Kemudian baginda pergi ke tempat kediamannya dan tinggal di Mekah selama empat hari.
Selepas melakukan solat Dhuha pada 8 Zulhijah baginda dan rombongannya berangkat ke Mina. Kesemua sahabat menyertai baginda memakai Ihram untuk haji. Menurut riwayat surah Mursalat telah diturunkan pada petang itu.
Pada keesokan pagi selepas matahari terbit pada hari Jumaat 9 Zulhijah bersamaan 6 Mac 632M mereka meneruskan perjalanan ke Arafah. Sebahagian sahabat mendirikan khemah di Namirah untuk baginda Rasulullah dan baginda tinggal sekejap di situ kemudian menungggang untanya, Qaswa menuju ke lembah Arafah dan di sanalah baginda menyampaikan khutbahnya yang masyhur. Selepas khutbah Bilal diperintahkan melaungkan azan dan mereka mendirikan solat Jamak zohor dan Asar. Selepas solat baginda menunggang untanya ke dataran Arafah, baginda duduk di atasnya dan berdoa dengan panjang sehingga maghrib. Baginda memohon keampunan untuk umatnya dengan tangisan yang begitu banyak dengan penuh kerendahan diri. Selepas terbenam matahari baginda berangkat meninggalkan Arafah sebelum melakukan solat maghrib. Setibanya di Muzdalifah Baginda berwuduk dan mendirikan solat maghrib dan Isya'. Keesokan harinya Baginda menuju ke Mina dan melontar batu di Jamratul Aqabah dengan mengenderai unta setelah matahari agak tinggi. Seterusnya baginda ke tempat penyembelihan korban dan menyembelih korban sebanyak 63 ekor kambing. Kemudian baginda bercukur dan meneruskan perjalanan sampai ke Mekah. Setibanya Rasulullah segera mengerjakan tawaf Ifadah. Pada hari itu juga Baginda segera kembali ke Mina untuk bermalam. Keesokan harinya setelah matahari gelincir beliau menuju ke tempat melontar. Di Mina Baginda tinggal selama tiga hari sampai hari Tasriq berakhir. Selanjutnya beliau segera ke kota Mekah untuk mengadakan tawaf Wida di malam hari. Setelah itu Baginda dan rombongannya segera meninggalkan kota Mekah ke Madinah.
Musim Haji 1421H
Dari serah yang dibentangkan secara ringkas di atas rombongan haji Rasulullah S.A.W telah telah bertolak meninggalkan Madinah pada Sabtu, 25 Zulqaedah 10H bersamaan 22 Febuari 632M dan 1 Zulhijah 10H bersamaan 27 Febuari 632M. Musim haji Wida yang telah dilakukan oleh Baginda selepas musim sejuk . Musim Haji dari setahun ke setahun akan jatuh pada tarikh yang berbeza menurut taqwim Miladiah. Ini kerana Taqwim Hijrah mengandungi 354 hari setahun berbanding taqwim Miladiah yang mengandungi 365 hari dalam setahun. Dengan yang demikian musim Haji akan melalui musim-musim yang berbeza samada musim sejuk atau musim panas. Taqwim Hijrah berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi manakala perubahan musim berdasarkan pergerakan matahari dalam setahun. Dalam masa setahun matahari akan berada enam bulan di Hemisfera Selatan dan enam bulan di hemisfera Utara. Matahari akan melintasi garisan Khatulistiwa dari hemisfera selatan ke utara pada 21 atau 22 Mac. Matahari akan melintasi garisan Khatulistiwa kali kedua pada 22 September dari hemisfera Utara ke selatan. Bahagian utara Bumi mengalami musim panas apabila matahari berada di hemisfera utara dan musim sejuk di selatan Bumi. Apabila matahari berada di hemisfera selatan pula bahagian utara Bumi mengalami musim sejuk dan selatan musim panas. Tetapi bahagian Bumi yang berdekatan dengan Khatulistiwa tidak mengalami perubahan musim yang ketara seperti yang dialami oleh penduduk Bumi yang tinggal jauh dari Khatulistiwa. Ketika musim Haji 1421H ini matahari masih lagi di hemisfera selatan dan sedang menuju ke hemisfera utara.
Musim Haji 1421H berlaku ketika perubahan dari musim sejuk ke musim panas.
1 Zulhijah 1421H bersamaan 25 Febuari 2001M dan hari wukuf 9 Zulhijah 1421H bersamaan 5 Mac 2001M. Tarikh ini hampir sama dengan musim Haji Wida Rasulullah S.A.W iaitu 1 Zulhijah 10H bersamaan 27 Febuari 2001M dan hari wukuf 9 Zulhijah 10H bersamaan 6 Mac 632M. Peredaran musim Haji yang hampir sama seperti ini berlaku lebih kurang setiap 33 tahun. Pergerakan dan kedudukan matahari ketika Haji Wida (10H) dan Haji 1421H juga hampir sama. Matahari terbit pada hari wukuf 9 Zulhijah 10H pada 6:36 pagi dan 6:39 pagi (waktu Mekah) pada 9 Zulhijah 1421H. Waktu Maghrib 9 Zulhijah 10H pada 18:29 petang manakala pada 9 Zulhijah 1421H pada 18:27 petang (waktu Mekah). Waktu Zohor 9 Zulhijah Haji Wida pada 12:34 tengahari dan juga 12:34 tengahari (waktu Mekah) pada musim Haji 1421H.
Menurut riwayat waktu wukuf Haji Wida keadaan cuacanya sangat panas seperti yang disebut di dalam hadis (yang dicatatkan di dalam Kitab Sahih Bukhary) diriwayatkan
oleh Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a
" Rasulullah S.A.W pergi pada pagi hari ketika sudah selesai mengerjakan solat subuh, yakni pada paginya hari 'Arafah, sehingga sampailah Baginda S.A.W di Arafah. Kemudain berhenti di Namrah, yakni tempat pemberhentian imam yang sedang berada di Arafah. Ini dilakukan sampai waktu Zohur dan setelah selesai mengerjakan solat Zohur lalu pergilah Rasulullah S.A.W di waktu siang yang sangat panas udaranya. Seterusnya beliau S.A.W menjamak antara solat Zohur dan Asar. Sehabis itu beliau S.A.W mengucapkan khutbah di hadapan orang ramai, terus pergi, kemudian mengerjakan wukuf."
Ketinggian (altitud) matahari pada tengahari wukuf Haji Wida hampir sama dengan wukuf Haji 1421H iaitu pada ketinggian lebih kurang 63 darjah dan 64 darjah masing-masing di langit selatan. Oleh yang demikian jemaah Haji musim 1421H mungkin dapat merasakan suasana musim dan cuaca seperti Haji Wida Baginda Rasulullah S.A.W jika tiada faktor-faktor lain yang mempengaruhi cuaca semasa dunia.
Semuga para jemaah Haji dapat menghayati ibadat Haji seperti mana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W, mudah-mudahan dikurniakan Haji yang Mabrur.
Kassim Bahali
Umat Islam dari seluruh pelusuk dunia, jauh dan dekat sedang membuat perjalanan menuju Baitullah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima bagi mengerjakan ibadat haji. Mereka datang dengan pelbagai cara samada melalui jalan darat, laut dan udara, ada yang berjalan kaki atau berkenderaan dengan menempuh pelbagai halangan dan kesukaran semata-mata memenuhi seruan haji.
" Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan
datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan menderai unta yang
kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh". ( Haj:27)
Perjalanan
Haji RasulullahUlamak bersependat bahawa Rasulullah cuma sekali sahaja menunaikan haji selepas hijrah iaitu pada tahun kesepuluh hijrah. Haji yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dikenali sebagai Hajjatul-Wada (Haji perpisahan). Ianya seolah-olah baginda mengucapkan selamat tinggal kepada semua sahabat-sahabatnya yang hadir ketika bersama-samanya sebelum pemergiannya yang terakhir menuju Allah.
Pejalanan haji Rasulullah S.A.W disertai ramai para sahabat. Mereka telah berkumpul dan bersedia untuk bersama Rasulullah S.A.W dan menurut riwayat mengatakan jumlah kesemuanya mencapai seratus dua puluh empat orang. Rasulullah bersama isteri-isterinya dan para sahabat bertolak dari Madinah selepas mengerjakan solat zohor pada hari Sabtu 25 Zulkaedah 10H bersamaan 22 Febuari 632 M. Kemudian setelah sampai di ZulHulaifah baginda dan rombongan bermalam di sini. Diriwayatkan Jibrail Alaihi Salam
datang kepada baginda dan berkata" Lembah Aqiq ini adalah yang paling diberkati sekali. Lakukan solat di sini dan pakailah pakaian Ihram untuk haji dan umrah."
Pada keesokan hari selepas zohor baginda mandi untuk berihram setelah itu baginda melakukan solat di Mesjid Zulhulaifah. Selepas melakukan solat Rasulullah S.A.W keluar dari mesjid dan menungggang unta betinanya, Qaswa dan menyebut Labbaik dengan kuat. Semasa dalam perjalanan menuju Mekah Jirail Alaihi Salam muncul memberitahu Rasulullah S.A.W supaya memberi tahu sahabat supaya mereka menyebut Talbiyah dengan kuat. Di dalam kitab "Fadilat Haji" Maulana Muhammad Zakariya, ini mereka lakukan tatakala mereka tiba di lembah Rowha mereka lakukan solat dan Baginda bersabda "Tujuh puluh orang Nabi-Nabi telah melakukan solat di sini".
Selepas lapan hari perjalanan mereka sampai di Zee-Tuwa berhampiran Mekah dan bermalam di sana. Keesokan pagi pada hari Ahad 4 Zulhijah bersamaan 1 Mac 632M baginda mandi dan melakukan solat Dhuha untuk memasukki kota Mekah. Ini bermakna setelah meninggalkan Madinah pada hari Sabtu dan menempuh perjalanan selama sembilan hari akhirnya mereka sampai dan memasukki kota Mekah pada hari Ahad 4 Zulhijah ( 1 Mac 632M).
Setibanya di Mekah Baginda terus menuju ke Mesjidil Haram lalu mencium Hajarul Aswad dan melakukan tawaf. Selepas bertawaf baginda mengerjakan solat dua rakaat di Makam Ibrahim dengan membaca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Baginda mencium Hajar Aswad sekali lagi, kemudian mendaki bukit Safa sehingga dapat melihat Kaabah. Di atas bukit itu Baginda berdiri dan berdoa agak panjang, membaca tahmid dan takbir. Kemudian melakukan Saie antara Safa dan Marwa. Setelah selesai Saie di Marwa baginda memerintahkan mereka yang tiada binatang untuk disembelih, membebaskan diri dari Ihram. Kemudian baginda pergi ke tempat kediamannya dan tinggal di Mekah selama empat hari.
Selepas melakukan solat Dhuha pada 8 Zulhijah baginda dan rombongannya berangkat ke Mina. Kesemua sahabat menyertai baginda memakai Ihram untuk haji. Menurut riwayat surah Mursalat telah diturunkan pada petang itu.
Pada keesokan pagi selepas matahari terbit pada hari Jumaat 9 Zulhijah bersamaan 6 Mac 632M mereka meneruskan perjalanan ke Arafah. Sebahagian sahabat mendirikan khemah di Namirah untuk baginda Rasulullah dan baginda tinggal sekejap di situ kemudian menungggang untanya, Qaswa menuju ke lembah Arafah dan di sanalah baginda menyampaikan khutbahnya yang masyhur. Selepas khutbah Bilal diperintahkan melaungkan azan dan mereka mendirikan solat Jamak zohor dan Asar. Selepas solat baginda menunggang untanya ke dataran Arafah, baginda duduk di atasnya dan berdoa dengan panjang sehingga maghrib. Baginda memohon keampunan untuk umatnya dengan tangisan yang begitu banyak dengan penuh kerendahan diri. Selepas terbenam matahari baginda berangkat meninggalkan Arafah sebelum melakukan solat maghrib. Setibanya di Muzdalifah Baginda berwuduk dan mendirikan solat maghrib dan Isya'. Keesokan harinya Baginda menuju ke Mina dan melontar batu di Jamratul Aqabah dengan mengenderai unta setelah matahari agak tinggi. Seterusnya baginda ke tempat penyembelihan korban dan menyembelih korban sebanyak 63 ekor kambing. Kemudian baginda bercukur dan meneruskan perjalanan sampai ke Mekah. Setibanya Rasulullah segera mengerjakan tawaf Ifadah. Pada hari itu juga Baginda segera kembali ke Mina untuk bermalam. Keesokan harinya setelah matahari gelincir beliau menuju ke tempat melontar. Di Mina Baginda tinggal selama tiga hari sampai hari Tasriq berakhir. Selanjutnya beliau segera ke kota Mekah untuk mengadakan tawaf Wida di malam hari. Setelah itu Baginda dan rombongannya segera meninggalkan kota Mekah ke Madinah.
Musim Haji 1421H
Dari serah yang dibentangkan secara ringkas di atas rombongan haji Rasulullah S.A.W telah telah bertolak meninggalkan Madinah pada Sabtu, 25 Zulqaedah 10H bersamaan 22 Febuari 632M dan 1 Zulhijah 10H bersamaan 27 Febuari 632M. Musim haji Wida yang telah dilakukan oleh Baginda selepas musim sejuk . Musim Haji dari setahun ke setahun akan jatuh pada tarikh yang berbeza menurut taqwim Miladiah. Ini kerana Taqwim Hijrah mengandungi 354 hari setahun berbanding taqwim Miladiah yang mengandungi 365 hari dalam setahun. Dengan yang demikian musim Haji akan melalui musim-musim yang berbeza samada musim sejuk atau musim panas. Taqwim Hijrah berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi manakala perubahan musim berdasarkan pergerakan matahari dalam setahun. Dalam masa setahun matahari akan berada enam bulan di Hemisfera Selatan dan enam bulan di hemisfera Utara. Matahari akan melintasi garisan Khatulistiwa dari hemisfera selatan ke utara pada 21 atau 22 Mac. Matahari akan melintasi garisan Khatulistiwa kali kedua pada 22 September dari hemisfera Utara ke selatan. Bahagian utara Bumi mengalami musim panas apabila matahari berada di hemisfera utara dan musim sejuk di selatan Bumi. Apabila matahari berada di hemisfera selatan pula bahagian utara Bumi mengalami musim sejuk dan selatan musim panas. Tetapi bahagian Bumi yang berdekatan dengan Khatulistiwa tidak mengalami perubahan musim yang ketara seperti yang dialami oleh penduduk Bumi yang tinggal jauh dari Khatulistiwa. Ketika musim Haji 1421H ini matahari masih lagi di hemisfera selatan dan sedang menuju ke hemisfera utara.
Musim Haji 1421H berlaku ketika perubahan dari musim sejuk ke musim panas.
1 Zulhijah 1421H bersamaan 25 Febuari 2001M dan hari wukuf 9 Zulhijah 1421H bersamaan 5 Mac 2001M. Tarikh ini hampir sama dengan musim Haji Wida Rasulullah S.A.W iaitu 1 Zulhijah 10H bersamaan 27 Febuari 2001M dan hari wukuf 9 Zulhijah 10H bersamaan 6 Mac 632M. Peredaran musim Haji yang hampir sama seperti ini berlaku lebih kurang setiap 33 tahun. Pergerakan dan kedudukan matahari ketika Haji Wida (10H) dan Haji 1421H juga hampir sama. Matahari terbit pada hari wukuf 9 Zulhijah 10H pada 6:36 pagi dan 6:39 pagi (waktu Mekah) pada 9 Zulhijah 1421H. Waktu Maghrib 9 Zulhijah 10H pada 18:29 petang manakala pada 9 Zulhijah 1421H pada 18:27 petang (waktu Mekah). Waktu Zohor 9 Zulhijah Haji Wida pada 12:34 tengahari dan juga 12:34 tengahari (waktu Mekah) pada musim Haji 1421H.
Menurut riwayat waktu wukuf Haji Wida keadaan cuacanya sangat panas seperti yang disebut di dalam hadis (yang dicatatkan di dalam Kitab Sahih Bukhary) diriwayatkan
oleh Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a
" Rasulullah S.A.W pergi pada pagi hari ketika sudah selesai mengerjakan solat subuh, yakni pada paginya hari 'Arafah, sehingga sampailah Baginda S.A.W di Arafah. Kemudain berhenti di Namrah, yakni tempat pemberhentian imam yang sedang berada di Arafah. Ini dilakukan sampai waktu Zohur dan setelah selesai mengerjakan solat Zohur lalu pergilah Rasulullah S.A.W di waktu siang yang sangat panas udaranya. Seterusnya beliau S.A.W menjamak antara solat Zohur dan Asar. Sehabis itu beliau S.A.W mengucapkan khutbah di hadapan orang ramai, terus pergi, kemudian mengerjakan wukuf."
Ketinggian (altitud) matahari pada tengahari wukuf Haji Wida hampir sama dengan wukuf Haji 1421H iaitu pada ketinggian lebih kurang 63 darjah dan 64 darjah masing-masing di langit selatan. Oleh yang demikian jemaah Haji musim 1421H mungkin dapat merasakan suasana musim dan cuaca seperti Haji Wida Baginda Rasulullah S.A.W jika tiada faktor-faktor lain yang mempengaruhi cuaca semasa dunia.
Semuga para jemaah Haji dapat menghayati ibadat Haji seperti mana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W, mudah-mudahan dikurniakan Haji yang Mabrur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan