HAK ANAK-ANAK MENURUT ISLAM
Allah telah memberikan anak-anak hak atas ibu-bapa mereka seperti ibu-bapa mempunyai hak keatas anak-anak mereka.
Telah diriwayatkan bahawa Ibn 'Umar berkata: "Allah telah memanggil mereka abraar (orang yang baik) kerana mereka
menghormati (barru) bapa-bapa mereka.
Seperti ayah anda ada hak atas anda, begitu juga anak-anak anda ada hak atas anda.
Al-Adab al-Mufrad, 94.
Rasulullah (SAW) bersabda, mengikut satu hadith yang diriwayatkan Abdullah ibn 'Umar, ". dan anak-anak anda ada hak
atas anda." Muslim, 1159.
Hak anak atas ibu-bapa mereka termasuk beberapa yang datang walaupun sebelum anak-anak itu dilahirkan, contohnya:
1 - Memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu yang baik.
Adalah diriwayatkan dari Abu Hurayrah (RA) yang Nabi (SAW) bersabda: "Seorang perempuan dikahwini untuk empat sebab:
hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatan agamanya. Berkahwinlah dengan seseorang yang taat agamanya,
semoga tangan anda di seliputi debu (iaitu semoga anda makmur)."
(Riwayat al-Bukhaari, 4802; Muslim, 1466).
Shaykh 'Abd al-Ghani al-Dahlawi berkata: Pilihlah dari kalangan wanita yang taat beragama dan baik, dan yang berketurunan baik,
kerana perempuan yang berketurunan tidak baik, sifat buruknya mungkin di turunkan kepada anak-anak nya.
Allah berfirman (yang bermaksud):
"Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;
dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,"
[al-Nur 24:3]
Bahkan Islam menasihatkan keserasian dengan tujuan harmoni dan untuk mengelakkan seorang menjadi malu
jika dia berkahwin ke dalam keluarga yang tidak sesuai.
Sharh Sunan Ibn Maajah, 1/141
Hak selepas anak-anak dilahirkan:
1 - Adalah Sunnah untuk membuat tahneek kepada anak-anak selepas dia dilahirkan:
Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik (RA) berkata: Anak Abu Talhah sakit. Abu Talhah keluar dan anak itu mati,
dan apabila Abu Talhah kembali dia berkata, "Apa khabar anakku?" Umm Sulaym (isterinya) berkata, 'Dia lebih diam
dari biasa." Maka isterinya membawa makanan dan dia makan, kemudian dia mengadakan persetubuhan dengan isterinya,
dan apabila selesai isterinya berkata, "Mereka telah kebumikan anak itu." Pagi esoknya, Abu Talhah pergi kepada
Rasulullah (SAW) dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Dia berkata, "Adakah kamu mengadakan
persetubuhan malam tadi?" Dia berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Ya Allah, rahmatilah mereka." Isterinya kemudian
melahirkan seorang bayi lelaki. Abu Talhah berkata kepada ku, "Jaga lah dia sehingga aku membawanya ke Rasulullah (SAW)."
Dia membawa bayi itu kepada Rasulullah (SAW) dan aku mengirimkan sedikit kurma dengan dia. Rasulullah (SAW) mengambil
bayi dan bersabda, "Ada apa-apa bersamanya?" Mereka berkata, "Ya, sedikit kurma." Rasulullah (SAW) mengambil beberapa
kurma dan mengunyahnya, kemudian baginda ambil sedikit dari mulut baginda dan letak kurma itu dalam mulut anak itu (tahneek),
dan menamakan anak itu 'Abdullah.
Riwayat al-Bukhaari, 5153; Muslim, 2144
Al-Nawawi berkata: Ulama bersepakat yang adalah mustahabb( digalakkan) untuk membuat tahneek dengan kurma untukanak
selepas anak itu dilahirkan; jika tiada kurma maka gunakan sebarang yang manis. Kurma itu harus dikunyah sehingga ia
menjadi cukup lembut untuk ditelan, maka mulut anak itu dibuka dan sedikit kurma diletakkan dalam mulutnya.
Sharh al-Nawawi 'ala Muslim, 14/122-123
2 - Anak-anak itu mesti diberikan nama yang baik, seperti 'Abdullah atau 'Abdul Raman.
Adalah diriwayatkan dari Naafi' yang Ibn 'Umar berkata: Rasulullah (SAW) bersabda : "Nama-nama kamu yang disukai Allah
ialah 'Abdullah dan 'Abdul Raman." (Riwayat Muslim, 2132)
Adalah mustahabb (digalakkan) untuk memberi anak-anak itu nama Nabi: Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik bersabda:
Rasulullah (SAW) bersabda: "Seorang anak telah dilahirkan kepada ku malam tadi dan aku memanggilnya dengan nama bapa ku Ibrahim."
Riwayat Muslim, 2315
Adalah mustahabb (digalakkan) untuk menamakan anak itu pada hari ke tujuh,tetapi tiada salah untuk menamakan nya pada
hari kelahiran nya, sebab hadith yang dipetik diatas.
Telah diriwayatkan dari Samurah ibn Jundub yang Rasulullah (SAW) bersabda:"Setiap anak berada dalam tuntutan untuk
'aqiqah nya yang sepatutnya disembelih untuknya pada hari ke tujuh, kepala nya harus dicukur dan dia diberi nama.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2838; disahihkan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami', 4541
Ibn al-Qayyim berkata: Tujuan memberi nama adalah untuk mengenal-pasti sesuatu itu, kerana jika sesuatu yang tiada
nama maka susah untuk merujuk nya. Jadi dibenarkan untuk menamakan anak pada hari kelahirannya, dan dibenarkan untuk
menangguhkan memberi nama hingga hari ketiga, atau sehingga hari 'aqiqah, atau sebelum atau selepas itu.
Hal ini adalah besar ruangnya"
Tuhfat al-Mawlud, halaman 111
3 - Adalah Sunnah untuk mencukur kepala anak-anak pada hari ketujuh dan untuk memberi sedekah dengan perak
seberat rambut itu .
Telah diriwayatkan yang 'Ali ibn Abi Taalib berkata: Rasulullah (SAW) menyembelih seekor biri-biri untuk'aqiqah
bagi al-Hasan, dan baginda bersabda, "Wahai Faatimah, cukur kepalanya dan beri sedekah dengan perak seberat rambutnya.
" Jadi Fatimah menimbang rambut itu dan beratnya adalah satu dirham atau sebahagian dari satu dirham.
.
Riwayat al-Tirmidhi, 1519; di kelaskan hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Tirmidhi, 1226.
4 - Adalah mustahabb (digalakkan) untuk si bapa untuk membuat 'aqiqah, seperti dinyatakan dalam hadith yang dipetik
diatas, "Setiap anak berada dalam tuntutan untuk'aqiqah nya."
Dua biri-biri dikorbankan untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Telah diriwayatkan daripada 'Aishah yang Rasulullah (SAW)
mengarahkan mereka (untuk mengorbankan) dua ekor biri-biri yang sama untuk lelaki dan seekor untuk perempuan.
Riwayat oleh al-Tirmidhi, 1513; Saheeh al-Tirmidhi, 1221; Abu Daud, 2834;al-Nasaa'i, 4212; Ibn Maajah, 3163
5 - Khatan Telah diriwayatkan Abu Hurayrah berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: " Fitrah ada dalam lima perkara,
atau lima perkara ialah sebahagian daripada fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,
memotong kuku dan mencukur misai."
Riwayat oleh al-Bukhaari, 5550; Muslim, 257
Hak anak-anak dalam pendidikan dan asuhan:
Telah diriwayatkan daripada 'Abdullah (RA) yang Rasulullah (SAW)
bersabda:
"Setiap dari kamu adalah pengembala dan bertanggung-jawab untuk
biri-biri
nya. Pemimpin yang memimpin manusia adalah pengembala dan
bertanggung-jawab
atas mereka. Lelaki adalah pengembala untuk ahli rumahnya dan
bertanggung-jawab atas mereka. Perempuan adalah pengembala atas rumah
dan
anak-anak suaminya dan bertanggung-jawab atas mereka. Hamba adalah
pengembala atas harta tuannya dan bertanggung-jawab atas harta itu.
Setiap
kamu adalah pengembala dan setiap kamu adalah bertanggung-jawab atas
biri-biri kamu."
Riwayat oleh al-Bukhaari, 2416; Muslim, 1829.
Jadi ibu-bapa mesti berhati-hati dalam mengajar anak-anak mereka
tugas-tugas
dalam Islam dan kebaikan lain yang di syaratkan dalam shariah, dan
hal-ehwal
dunia yang mereka perlu dengan tujuan untuk hidup secara sopan dalam
dunia
ini.
Manusia sepatutnya mula dengan mengajar mereka benda-benda paling
penting,
kemudian benda lebih penting. Jadi dia mula mengajar mereka 'aqidah
yang
betul, bebas dari syirik dan bid'ah. Kemudian dia mengajar mereka
tatacara
ibadah, terutamanya solat. Kemudian dia mengajarkan mereka dan melatih
mereka adab dan sifat mulia, dan semua yang baik-baik.
Allaah berfirman (yang bermaksud):
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia
memberi
pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
besar.""
[Luqmaan 31:13]
Adalah diriwayatkan daripada 'Abd al-Malik ibn al-Rabee' ibn Sabrah
dari
bapa nya yang datuknya berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: "Ajarlah
anak-anak bersolat bila dia berumur tujuh tahun, dan pukul dia jika dia
tidak solat bila dia berumur sepuluh tahun."
Riwayat oleh al-Tirmidhi, 407; Abu Daud, 494. Di kelaskan sahih oleh
Shaykh
al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami', 4025
Telah diriwayatkan al-Rubayyi' bint Mu'awwidh berkata: Rasulullah (SAW)
menghantar pesanan pada pagi Hari Asyura' ke kawasan yang orang Ansaar
tinggal (di pinggir Madinah), dengan bersabda: Sesiapa yang tidak
berpuasa
pada pagi ini, biarkan dia tidak makan sepanjang hari, dan sesiapa yang
mulai berpuasa pagi ini, biarkan dia menyempurnakan puasanya. Dia
berkata:
Kami selalu melakukan puasa
ini selepas itu, dan kami selalu mengajak anak-anak kami puasa dan
membuat
untuk mereka mainan dari kapas; jika seorang dari mereka menangis untuk
makanan kami akan beri dia mainan itu sehingga sampai masa untuk buka
puasa.
Riwayat oleh al-Bukhaari, 1859; Muslim, 1136
Telah diriwayatkan al-Saa'ib ibn Yazeed berkata: Saya di bawa untuk
menunaikan Haji dengan Rasulullah (SAW) apabila saya berumur tujuh
tahun.
Riwayat oleh al-Bukhaari, 1759
Mengajar Adab dan Sifat Mulia:
Setiap ibu-bapa mesti melatih anak-anak mereka dengan sifat mulia dan
adab
sopan, sama ada kepada Allah, Nabi Nya Rasulullah (SAW), kearah Qur'aan
dan
ummah mereka , dan dengan sesiapa yang mereka kenal dan ada hak atas
mereka.
Mereka tidak sepatutnya berperangai buruk dengan siapa yang mereka
bergaul,
jiran mereka atau kawan mereka.
Al-Nawawi berkata:
Si ayah mesti mendisiplinkan anak-anak nya dan mengajar mereka apa yang
dia
perlu tahu akan tanggung-jawab agama. Pendidikan ini adalah wajib
kepada si
ayah dan semua mereka yang menjaga anak-anak sebelum anak-anak itu
mencapai
usia remaja. Ini dinyatakan oleh al-Shaaf'i dan sahabatnya. Al-Shaafa'i
dan
sahabatnya berkata : Pedidikan ini wajib atas si ibu, jika tiada si
ayah,
kerana ia adalah sebahagian dari asuhan anak-anak dan mereka ada hak
dalam
hal itu dan perbelanjaan untuk pendidikan itu bolehlah diambil daripada
harta si anak itu sendiri. Jika si anak tiada harta maka orang yang
wajib
menanggung dia hendaklah menanggung pendidikannya, kerana itu adalah
salah
satu perkara yang dia perlukan. Wallahualam.
Sharh al-Nawawi 'ala Saheeh Muslim, 8/44
Si ayah mesti membesarkan mereka dengan adab mulia dalam semua perkara,
makan, minum, berpakaian, tidur, keluar dari rumah, masuk ke rumah,
memandu
kenderaan, dan sebagainnya, dan dalam semua hal-ehwal mereka. Dia mesti
mengasuh mereka dengan sifat manusia baik, seperti suka berkorban,
mengutamakan yang lain, menolong orang, adab mulia dan sifat dermawan.
Dia
mesti menjauhkan mereka dari sifat buruk seperti sifat penakut,
kedekut,
adab buruk, kurang cita-cita, dan sebagainya.
Al-Manaawi berkata:
"Seperti ibu-bapa anda mempunyai hak atas anda, begitu juga anak anda
ada
hak atas anda, bahkan banyak hak, seperti mengajar mereka
tanggung-jawab
individu, mengajar mereka adab Islam, memberikan mereka pemberian yang
sama
, sama ada itu hadiah, wakaf, atau hadiah lain. Jika keutamaan di
tunjukkan
tanpa alasan, itu dianggap tidak sah oleh sesetengah ulama dan makruh
oleh
yang lain.
Fayd al-Qadeer, 2/574
Si ayah mesti melindungi anak-anak lelaki dan perempuan nya dari
perkara
yang boleh membawa mereka dekat kepada Neraka. Allaah berfirman (yang
bermaksud)
"Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat-malaikat
yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."
[al-Tahreem 66:6]
al-Qurtubi berkata
al-Hasan mentafsirkan ayat ini dengan berkata, Suruhlah mereka dan
larang
mereka. Seorang ulama berkata: (Frasa) peliharalah (atau lindungilah)
dirimu
termasuk anak-anak, kerana anak-anak sebahagian dari diri nya, seperti
dalam
ayat (yang bermakna): ".Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama
mereka atau sendirian ." [al-Nur 24:61], di mana saudara-mara tidak
dinyatakan secara individu. Jadi si ayah sepatutnya mengajarkan
anak-anak
perkara yang halaal dan perkara yang haram, dan mengajarkan anak-anak
menjauhi dosa, dan mengajarkan anak-anak hukum lain.
Tafseer al-Qurtubi, 18/194-195.
Perbelanjaan:
Ini ialah satu tugas si bapa terhadap anak-anaknya; maka dilarang si
bapa
dari mengabaikan atau cuai dalam hal ini, bahkan dia diwajibkan untuk
melaksanakan tugas ini dengan sepenuh hati.
Telah diriwayatkan 'Abdullaah ibn 'Amr (RA) berkata: Rasulullah (SAW)
bersabda: "Cukup berdosa bagi seseorang jika dia mengabaikan mereka
yang dia
diwajibkan menanggung."
Riwayat Abu Daud, 1692; di anggap hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam
Saheeh
al-Jaami', 4481.
Hak utama yang lain ialah memberikan anak itu asuhan baik dan
menjaganya
dengan cermat - terutamanya jika anak-anak itu perempuan. Rasulullah
(SAW)
menggalakkan amalan mulia ini.
Telah diriwayatkan 'Aishah isteri kepada Rasulullah (SAW) berkata:
Seorang
perempuan datang kepada ku dengan dua orang anak perempuan dan meminta
makanan dari ku, dan aku tidak menjumpai sesuatu kecuali satu biji
tamar
yang aku berikan kepada nya. Dia berkongsi tamar itu dengan dua anak
perempuannya, kemudian dia bangun dan pergi. Rasulullah (SAW) masuk dan
aku
memberitahunya apa yang telah berlaku. Baginda bersabda: "Sesiapa yang
menjaga anak-anak perempuan itu dan menjaga mereka dengan baik, mereka
akan
jadi pelindung untuk dia dari Neraka."
Riwayat al-Bukhaari, 5649; Muslim, 2629
Satu perkara penting lain yang merupakan hak anak-anak yang mesti
diberi
perhatian ialah melayan anak-anak dengan adil . Hak ini ditegaskan oleh
Rasulullah (SAW) dalam hadith sahih: "Takutilah Allah dan layan
anak-anak
kamu dengan adil." (Riwayat al-Bukhaari, 2447; Muslim, 1623).
Tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada perempuan atas
lelaki,
sebagaimana tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada lelaki
atas
perempuan. Jika si bapa membuat kesalahan ini dan menunjukkan keutamaan
kepada sesetengah anak-anak nya atas yang lain, dan tidak melayan
mereka
dengan adil, ini akan mendorong kepada banyak keburukan, seperti:
Bahaya itu akan menimpa si bapa itu sendiri, kerana anak-anak itu yang
dinafikan atau ditekan akan membesar dengan membencinya. Rasulullah
(SAW)
memaklumlan hal ini dalam hadith yag diriwayatkan Muslim (1623) apabila
dia
berkata kepada Abu al-Nu'maan, "Adakah kamu mahu mereka menghormati
kamu
dengan adil?" Dia berkata, "Ya." Dalam perkataan lain, jika anda mahu
mereka
semua menghormati anda dengan adil, maka jadilah adil dalam memberikan
mereka hadiah.
Akibat buruk lain ialah anak-anak membenci satu sama lain, dan
menyalakan
api kebencian dan permusuhan antara merek

Tiada ulasan:
Catat Ulasan