Beliau
adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata:
"Janganlah kalian membanding-bandingkan aku atas Yunus bin
Mata."
Mereka menamakannya Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah
seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah s.w.t kepada kaumnya.
Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran
dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari
kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi
mereka dengan syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan
dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun
yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus
di mana beliau merasakan keputusasaan dari kaumnya. Hatinya dipenuhi
dengan perasaan marah pada mereka namun mereka tidak beriman.
Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk
meninggalkan mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman-
Nya:
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam
keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan
mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam
keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
termasuk orang-orang yang zalim.'" (QS. al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi
Yunus selain Allah s.w.t. Nabi Yunus tampak terpukul dan marah pada
kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau meninggalkan kaumnya.
Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat
memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan
keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari
kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan
hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi
Yunus seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk
berdakwah di jalan Allah s.w.t. Namun keberhasilan atau tidak
keberhasilan dakwah tidak menjadi tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya
hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuhnya
masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t
semata.
Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari
tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan
batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk
melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba-
tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan
ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus
merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya
ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian
Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau
meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau
bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau
tidak mengetahui bahawa beliau lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju
ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau tidak membawa makanan dan
juga kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan tidak ada seorang
pun dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar
sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.
Si nahkoda perahu bertanya kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?"
Mendengar pertanyaan itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk
bepergian dengan perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam
waktu yang lama?" Nabi Yunus menampakkan suara yang penuh
kemarahan, rasa takut, dan kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil
mengangkat kepalanya: "Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang
pasang." Nabi Yunus berkata dengan mencoba sabar dan
menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah engkau mendahului agar
jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata:
"Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika
melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi
bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab:
"Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus berkata: "Tidak jadi
masalah."
Nahkoda itu memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang
berpengalaman di mana ia sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke
pelabuhan yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat
yang lain menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap
perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa Nabi
Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa Nabi Yunus
melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan
kesalahan kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang
bangkrut. Ia meminta kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos
sebanyak tiga kali lipat dari vang biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat
itu merasakan kesempitan dalam dadanya dan diliputi dengan kemarahan
yang keras dan keinginan kuat untuk meninggalkan negerinya sehingga ia
pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.
Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di
tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia
akan menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak
menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu
sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang naik dan
terkadang turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan
bagiku kamarku. Aku tampak letih dan ingin istirahat sebentar." Si
nahkoda berkata: "Memang itu tampak di raut wajahmu. Itu kamarmu,"
sambil ia menunjuk dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus
membaringkan diri di atas kasur dan beliau berusaha untuk tidur tetapi
usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan
dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur dengan tenang. Nabi
Yunus merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa dirinya.
Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya
berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya yang
gelisah itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di
kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh.
Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang
tergantung dalam jiwaku."
Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri
Nabi Yunus saat ia terbaring di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras
cukup memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat
tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan tibalah waktu pasang.
Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan
sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun
bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan
menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah
angin yang cukup kencang yang sangat mengerikan yang nyaris
menghancurkan perahu dan bergolaklah ombak yang cukup dahsyat
laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak itu meninggi bagaikan
gunung dan menurun bagaikan lembah.
Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para
awak perahu itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu
terdapat ikan paus yang besar yang mulai mengintai. Ia membuka
mulutnya. Kemudian terdapat perintah kepada ikan paus itu untuk
bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari
Allah s.w.t dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti
perahu itu sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang keras
tetap bertiup kemudian kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya
agar beban perahu dikurangi. Dan angin semakin bertiup kencang.
Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau
melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau berusaha berdiri
tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala perahu berteriak dan
berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya. Bersama
kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup
dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak.
Barangsiapa yang namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan."
Nabi Yunus mengetahui bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang
biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang
keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode
penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang
mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap
bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka
meyakini bahawa bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari
tuhan. Oleh kerana itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan
memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun
terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan
nama penumpang lainya, dan dilakukanlah undian. Yang keluar justru
namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang keluar
nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang
keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus harus
dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan Nabi
Yunus. Nabi Yunus mengetahui bahawa beliau berbuat kesalahan ketika
meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus mengira
bahawa Allah s.w.t tidak akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia
dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah s.w.t
memberikan pelajaran kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi
dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak
ada cahaya bulan. Bintang-bintang bersembunyi di balik kegelapan.
Warna air tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air
menutupi segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu berteriak:
"Lompatlah wahai musafir yang misterius." Tiupan angin semakin
kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau
menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun
terjun dan berada di permukaan lautan laksana sampang yang
mengambang. Ikan paus berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum
kerana Allah s.w.t telah mengirim padanya makanan malam. Kemudian
ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan
itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas
setelah memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan.
Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke
kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan,
kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan
bahawa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan panca
inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau
masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai
melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam
tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah,
dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada
Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya
aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah
s.w.t. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh.
Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus
masih bertasbih kepada Allah s.w.t. Beliau tidak henti-hentinya bertasbih
dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak makan, tidak minum,
dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan-
ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di
dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut
ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar
ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap
dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-
suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan
terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-
hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada
Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka
bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang
menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia
berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah s.w.t yang
memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di
perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui
batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan
bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan dan
menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci.
Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah
s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar
tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan
perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut
dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan
kepanasan di perut ikan. Beliau tampak sakit, lalu matahari bersinar dan
menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak
kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan
kembali bertasbih. Kemudian Allah s.w.t menumbuhkan pohon Yaqthin,
yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar
matahari. Dan Allah s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah
s.w.t memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang
diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari
kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah)
ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi
lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia
ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya
ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya
ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.
Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia
dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon
dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih.
Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan
hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (QS. ash-Shaffat:
139-148)
"Dan (ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam
keadaan marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan
mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam
keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku
adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan
doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami
selamatkan orang-orang yang beriman." (QS. al-Anbiya': 87-88)
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut
sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa
dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa?
Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi
kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu
yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan celaan (hukuman).
Jadi masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat dengan
Allah s.w.t: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi
al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t). Ini memang
benar. Sekarang, marilah kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau
meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi oleh orang-orang vang
menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau oleh orang
yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan dan
kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan
agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang
Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia
menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan ia tidak peduli dengan
hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan agama.
Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi - adalah hal
yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan hukuman-
Nya padanya.
Allah s.w.t memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah
di jalan-Nya. Allah s.w.t mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah
batasan dakwahnya dan beliau tidak perlu peduli dengan kaumnya yang
tidak mengikutinya dan kerana itu beliau tidak harus menjadi sedih dan
marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun-
tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman. Meskipun
demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari
keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah
s.w.t sehingga datang perintah Allah s.w.t melalui para malaikat-Nya
yang mengizinkan beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi.
Seandainya beliau pergi sebelumnya nescaya beliau akan mendapatkan
siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar
tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah
beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah s.w.t berfirman:
"Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu
imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala
mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab
yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan
kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal
bersama mereka nescaya ia akan mengetahuinya dan hatinya menjadi
tenang serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau
tergesa-gesa dan tentu sikap tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya
agar manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan mereka
adalah sebagai ungkapan kebenciannya kepada mereka atas
ketidakimanan mereka. Maka Allah s.w.t menghukumnya dan
mengajarinya bahawa tugas seorang nabi hanya menyampaikan agama.
Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak
bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak
dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan