Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan
dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman.
Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan
Nabi Allah Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin
ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar
daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang
sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia
mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin
membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang
paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar
supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut
Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara
tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai
oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak
olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya
ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-
carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang
sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah
diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan
memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu
mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan
menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut
kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah
hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya.
Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit
pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara
tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut
kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda
bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab
"Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi
Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan
mutiara tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang
sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin
dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan
terlebih dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi
Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana
Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu
bahawa Bota adalah salahseorang hamba kepada orang lain. Beliau
berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai
pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk
berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin
Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana Menteri.
Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke
Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas
nikmatNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan