Artikel ini telah dibaca sebanyak: 13,704 kali
Melaka sebelum ditawan Portugis atau
Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia Tenggara.
Semua masyarakat Melayu bangga dengan Melaka kerana pernah unggul dan
mencapai kemuncaknya sebelum ditawan Feringgi atau Portugis. Kehebatan Hang Tuah dan Tun Perak, pencetus wawasan empayar Melaka, memeriahkan lagi sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.
Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan
Parameswara atau Sang Nila Utama dari Temasek (Singapura) untuk mencari
penempatan baru. Melaka dinamakan sempena pokok Melaka yang diguna
Parameswara untuk berteduh. Kerajaan Melayu Melaka akhirnya berjaya
dibentuk oleh Parameswara, kesenimbungan dari kerajaan Melayu di
Singapura.
Kota Melaka berjaya menarik pedagang
luar datang berniaga termasuk utusan Maharaja China pada tahun 1405.
Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan sehingga Maharaja
Cina mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah dan negeri Melaka sebuah
kerajaan yang sah. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah
akhirnya berjaya menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang maju
dan mempunyai hubungan luar dengan Cina.
Ringkasan pemerintahan raja-raja Melaka.
1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar
Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh
Tun Perak dan Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman
kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur
Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah
Melaka mencapai zaman kemuncak kuasa
ketika di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dan empayar Melaka
meliputi Semenanjung Melayu, Singapura dan Sumatera. Tun Perak sebagai
bendahara pada ketika itu menjadi tulang belakang dan pencetus wawasan
empayar Melaka.
Kejatuhan Melaka bermula semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Beliau naik takhta setelah ayahandanya
Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia muda. Ketika itu Hang Tuah
dan Tun Perak sudah tua. Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah
yang tidak elok, sedikit sebanyak menyumbang kemerosotan pemerintahan
Melaka ketika itu. Kedatangan Portugis ke Melaka pada pada tahun 1509
tidak disenangi banyak pihak termasuk pedagang-pedagang Arab dan India
Muslim. Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang
suka membuat kacau.
Menurut sumber Sejarah Malaysia,
kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah
apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar
tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis
tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan
perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka
sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap
orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.
Bagaimanapun, perancangan tersebut telah
terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan
salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah
mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak
menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua
puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang
keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa
berlayar meninggalkan mereka.
Pada tahun 1511, satu armada Portugis
kembali dan menyerang Melaka setelah beberapa siri rundingan awal gagal.
Asal sebab Portugis menyerang Melaka kerana penawanan orang-orang
Portugis dan kepentingan Melaka kepada mereka setelah Goa, India.
Serangan pertama Portugis gagal, tetapi berjaya menawan Melaka pada
serangan ke-2. Sultan Mahmud Shah telah lari ke Pahang dan kemudiannya
menetap di Pagoh.
Bagaimana Melaka yang begitu kuat telah
kalah dengan mudah selepas serangan kedua Portugis? Mengikut sejarah
peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik
tidak akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal
ini, tentunya Melaka mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling
tadah.
Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah
yang telah disorokkan. Ada pihak yang tidak mahu masyarakat Melayu Islam
tahu sejarah sebenar. Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari bangsa
Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam. Mana mungkin Melaka
yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?
Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh
angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah?
Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak,
Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah,
mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut
kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah
menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka
ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah
dan bersama-sama menyerang Melaka.
Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan demikian.. Penulis tidak berkata demikian! Apapun
semuanya telah berlaku dan pengajaran yang pahit terpaksa kita telan
melihat empayar Melaka jatuh dalam sekelip mata. Bayangkan kesannya
setelah habis perang. Harta benda dirampas, rakyat menderita dan
dibunuh, perempuan/gadis Melaka dijadikan korban perang dan banyak lagi
kesan yang boleh kita fikirkan apabila perang berlaku dan berakhir..
Mengikut sejarah ‘rasmi’,
empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan
hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi,
tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri
yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum
ketawa!
Melayu ketika itu sudah pandai membuat
baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai
baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka).
Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah
pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada
teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan
Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api
terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.
Catatan pengembara dan pedagang awal
Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang
mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama
meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei,
Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di
Asia Tenggara.
Portugis sebenarnya dibantu oleh
kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas
hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari
Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa
dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal
dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja.
Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia
mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada
Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis
kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.
Sultan Mahmud Shah juga tidak
mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak
dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui
sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak
senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan
Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih
dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah –
masuk jarum.. Alahai sultan, mudahnya terpengaruh!!
Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang
sejarah Melaka dalam buku ” Kekerasan Dalam Sejarah”, hampir semua
sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara,
termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah
dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun
Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau
seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah
kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.
Kemuncak perselisihan antara Bendahara
Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk
Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila
kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah
disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk
Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya
Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan
menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan
Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun
Hamzah (masih kecil).
Akibat dari perbalahan dalaman ini
menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah.
Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2
dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan
Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.
Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja
sebagai pembelot.. Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari
pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh
pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam
ada musuh dikalangan kita!
Teringat kembali teater Tun Fatimah Srikandi Melaka yang dipentaskan tahun lepas di MaTiC..
Sumber:-
1. Sejarah Melaka – Sejarah Malaysia.
2. Wikipedia – Kesultanan Melaka
3. Penyelidikan ilmiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan