Nampaknya
catatan sejarah negara berkemungkinan akan berubah apabila dapatan
hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan mendapati bahawa Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya diasaskan pada tahun 1262
dan bukannya 1400. Dapatan ini tentunya akan memeranjatkan banyak
individu atau pihak bagaimanapun menurut Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim,
pengerusi jawatankuasa berkenaan, keputusan itu adalah muktamad.
MELAKA – Penemuan terbaru sekumpulan sembilan penyelidik tempatan bahawa Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400 adalah muktamad serta akan dimaklumkan kepada kerajaan Pusat dalam masa terdekat.Pengerusi jawatankuasa penyelidikan berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim berkata, hasil kajian yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali itu juga akan didokumentasikan di Arkib Negara. Selain itu kata beliau, hasil keputusan tersebut akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa seberapa segera.“Keputusan tersebut adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam masa terdekat ini,” (Sumber: Kosmo online).
Saya terus mencari maklumat lanjut
berkaitan Kesultanan Melayu Melaka melalui enjin carian sekadar untuk
membuat perbandingan. Berikut adalah dapatan saya:
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka. (Sumber: Portal 51 Tahun Merdeka)
MELAKA: Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata 1278 itu dipilih berdasarkan kepada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskhah itu, yang menjadi asas rujukan dan sumber oleh kumpulan penyelidik berkenaan.“Jawatankuasa Penyelidik bersetuju Melaka bermula sebagai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu pada 1278,” katanya. (Sumber: Arikib Berita Harian Online 17/4/2010)
Petikan yang kedua itu menyebabkan saya
agak keliru sedikit sebab sebelum ini saya tidak mengikuti
perkembangan/berita tentang penyelidikan tersebut. Harap jika ada
sesiapa yang mengetahui maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut,
boleh bincangkan di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan